''woi,kau termenung apa tu?''tanya Dina sambil mencuit bahuku.Aku sedikit terkejut sebelum menjawab pertanyaanya.''Aku terfikirkan hari pertama aku nak masuk kelas esok ...aku gementar sikit je''aku menyorokkan hal sebenar.The truth is,aku tengah fikirkan fasal pokok besar tu.''ala,tu biasalah,semua orang akan gementar''ujar Dina sambil tersenyum,Dina menepuk bahuku dan berlalu ke katilnya.Memandangkan hari sudah lewat malam,aku memutuskan untuk tidur sahaja.
Keesokan harinya,aku bersiap dan berjalan ke sekolah bersama Dina dan Dahlia.Kami masuk ke dalam kelas dan aku memperkenalkan diri manakala Dina dan Dahlia duduk di tempat masing~masing.Selesai memperkenalkan diri,Cikgu Azila menyuruhku untuk duduk di tempat yang kosong.Aku berjalan hingga ke tempat ku dan duduk di kerusi yang dibiarkan kosong,di sebelahku terdapat seorang gadis.Bibirnya kelihatan pucat dan tak bermaya.''Hai,nama saya Alya.. nama awak siapa?''aku memperkenalkan diri dan bertanya.Gadis itu hanya diam dan menunduk.''Ishh,sombongnya''bisik hatiku.Terasa diriku tak dihiraukan olehnya aku fokuskan diriku pada pembelajaran Bahasa Melayu yang diajar oleh Cikgu Azila.
kringgg....loceng waktu rehat berbunyi.Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru mereka.Suasana di luar kelas sedikit riuh rendah.''Awak tak pergi rehat ke''tanyaku kepada gadis itu tetapi dia hanya senyap dan menunduk sahaja.''macam patung cendana...karang tk pasal2 jadi model kedai ni,argh lantak kau lah''bisik hatiku.Aku tidak menghiraukan dan berjalan menuju ke meja Dina dan Dahlia.''Wei korang, budak sebelah aku tu sombong lha''aduku kepada mereka.''Ha?budak sebelah kau?''tanya Dahlia.''ye lha budak sebelah aku tu''jawabku.''Ko mimpi apa ni,Alya?''tanya Dina keliru dengan kerutan di dahinya.''ishh,aku tak mimpi lha''ujarku dengan geram.''Budak sebelah kau tu tak datang hari ni,ko tengok sape tadi?ujar Dahlia.Aku terkejut dan membelakangkan badanku untuk kepastian tetapi gadis tadi telah hilang.Badan aku sudah menggigil ketakutan.''Jadi,aku bercakap dengan siapa tadi?''tanyaku.''ishh, kau nii....dah lah jom pergi kantin''ujar Dahlia dengan geram.''Ya Allah,aku nampak apa tadi??''Aku beristifar di dalam hati.Aku tidak dapat menumpukan pembelajaranku di dalam kelas sehingga loceng tamat sekolah berbunyi kerana memikirkan hal tadi.Aku langsung tidak nampak gadis itu masuk ke kelas walaupun waktu rehat telah habis 4 jam yang lalu.~~~~~~~~
malam....
dormAku bergolek~golek di atas katil tetapi tidak dapat terlelap walau sekejap pun.Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 pagi tetapi mataku tidak menunjukkan tanda~tanda hendak tidur.Dahlia dan Dina dah lama tidur.Siap berdengkuq lagi tu.Tersengih aku mendengar mereka berdengkur.Tiba~tiba,aku teringatkan tentang pokok besar tu.''Apa kisah yang terjadi dekat pokok besar tu ye?''aku tertanya~tanya.Sedang aku mengelamun,sayup~sayup aku terdengar seseorang memanggil namaku.''Sape pulak panggil nama aku ni''bisik hatiku.Aku menoleh ke arah Dahlia dan Dina.Aku menelan air liur.Mereka masih nyenyak tidur di atas katil.''Kalau bukan mereka panggil nama aku,siapa yang panggil nama aku?''aku tertanya~tanya.Aku cuba menghiraukan panggilan itu.Tetapi ia menjadi kuat seakan~akan berada di sebelahku.Aku menutup mata serapat yang mungkin.
Tiba~tiba,ia bertukar kepada tangisan seorang gadis.Aku menjadi takut dan menyelubungkan diriku ke dalam selimut.Aku mengiggil ketakutan.Mataku kian memberat dan terlelap.

YOU ARE READING
ASRAMA
Hororkisah ini menceritakan seorang gadis bernama Alya dan dua orang rakannya iaitu dina dan dahlia.Terdapat banyak pengalaman misteri yang dilalui oleh Alya dan rakannya.Ikuti kisah mereka semua.