Katil!!

1K 67 6
                                    

     ''Baaa....!!!!''

      ''Oh Mak kau!!!''Latahku sambil mengurut dada.Aku menoleh ke arahnya.''Laa..Lina rupanya''desisku.''Woi,kau nak aku jalan ke apa??!!''sergahku.Lina hanya ketawa.
     
     ''Ishh,kau ni gurau pun tak boleh ke?''tanyanya dengan muncung yang memanjang.Merajuk lah tu.''Ehh,macam mana pula kau dapat bilik kitaorang ni?''tanyaku sedikit hairan.''Dah bilik kau je yang ada katil kosong''jawabnya. 
     
    ''Owhh....masuklah,kemaskan barang~barang kau tu.''aku mempelawanya untuk masuk.Dia membuka kasut dan berlalu ke arah loker untuk menyimpan barangnya.

      ''Kat atas ni katil aku ke?''tanyanya sambil menunding jari ke arah katil dua tingkat.
     
     ''Taklah,kat atas tu katil india tepi jalan tu.''perliku.''Mestilah tu katil kau,kalau tidak katil siapa lagi''sambungku lagi sambil menggeleng kepala.Lina hanya tersengih.

     ''Murid~murid diminta ke dewan asrama sekarang.''Kedengan suara Cikgu Ramli dari corong pembesar suara.

       ''Woi,Lina jom pergi dewan.''Kataku lalu menggoncang katil dua tingkat milik Dina dan Dahlia.''Woi bangun,cikgu ada bagi taklimat''jeritku.
  

''Yelah~yelah''Aku dan Lina berlalu ke dewan sementara Dina dan Dahlia berada di tandas untuk membasuh muka.

    

      Setibanya aku dan Lina di dewan,kami berdiri di barisan tingkatan dua.Suasana di dalam dewan sungguh riuh~rendah.Lagi teruk dari pasar.Ceh,Gurau je.

      Selepas beberapa minit,Dina dan Dahlia muncul dan beratur di belakang aku.

  

      ''Oi,kau bukan nak tunggu kita orang.''Kata Dina yang berada di belakangku.

      

      ''Dah korang lambat sangat,aku blahlah''aku menjawab.''Tulah,petang~petang jangan tidur''sambungku lagi.

  

      ''Eleh,dia pun tidur''Dahlia mencelah.Aku hanya tersengih.Kantoi sudah.

     

      ''Kamu semua dah habis bercakap''Cikgu Ramli berkata sambil memegang mikrofon.Suasana yang bising tadi bertukar menjadi sunyi sepi.Gila tak senyap.Ini cikgu yang paling garang tau dalam sekolah ni.Mula~mula aku pun tak tau.Lepas Dina Dan Dahlia kenalkan aku dengan cikgu Ramli tu.Barulah aku tahu.

      ''Saya diterima aduan daripada murid~murid dan warden di asrama bahawa ada sesetengah murid~murid  yang melanggar peraturan di dalam asrama.Ada yang hisap rokoklah,Ada yang membulilah.Yang paling saya kecewa ialah ada sesetengah murid~murid bermain permainan yang mensyirikkan.Contohnya,Spirit of the coin.Saya malu dengan murid~murid yang buat hal seperti itu.Mulai hari ini saya akan awasi kamu semua.Tak kira di mana kamu berada.Dekat kantin ke,dekat belakang blok asrama ke,dekat bawah katil kamu ke.Itu sajalah pengumuman saya.Murid~murid boleh bersurai.''Ucap Cikgu Ramli dengan panjang lebar.   

      Semua murid berlalu ke bilik mereka,termasuk aku,Dina,Dahlia dan Lina.

~~~~~~~

malam

    Aku bergolek~golek di atas katil tetapi mataku tidak mengantuk.Aku teringat pesanan cikgu Ramli pada petang tadi. ''Dekat bawah katil''bisik hatiku.Otak aku ligat membayangkan Cikgu Ramli di bawah katil.Aku mengiring ke sebelah kanan di mana katil Dina dan Dahlia berada.Jarak katil aku dan mereka adalah tiga meter.Aku terpandang di bawah katil mereka.

     Zapp...bulu roma aku berdiri tegak.Peluhku telah membasahi dahi dan rambutku.''Takkanlah cikgu dah tukar jantina jadi perempuan,ya Allah tolonglah aku.''bisik hatiku.Rambutnya yang  panjang mengurai itu menutup mukanya.Walaupun mukanya ditutup tetapi aku tahu dia sedang merenungku.Aku menutup mata dan membaca ayat~Kursi sebanyak tiga kali.

  

    Selepas beberapa minit membaca,aku membuka mata dan memandang di bawah katil mereka.''Fuh,benda tu dah takde.''Aku mengambil selimut untuk menutup badanku dan menutup mata lalu terlelap.

Hope enjoy....jngn lupe vote ye...

ASRAMAWhere stories live. Discover now