Prolog

2.4K 186 37
                                    

YING pandang Yang.

​Yang pandang Ying.

​Bibir terkunci saat diri mengatur semula detak jantung. Mata mengambil alih untuk berbicara. Masing-masing tahu apa yang hati rasa, apa yang desakan tubuh mahukan ketika ini.

He wants more.

​And...

​She wants more too.

Perlahan tangan tergenggam satu sama lain. Menutup ruang jari yang terbuka. Erat.

​"What happened to us, Ying?" Suara serak Yang memecah kesunyian bilik.

​Senyap. Ying tak memberi jawapan. Hanya renungannya saja masih tepat, tak mahu ditala ke lain arah. Sesaat, nafas dihela. Terdengar berat.

​"I sendiri tak tahu. Kita dah jauh. Dah tak macam dulu."

​"Dekat mana silapnya?" Yang bertanya lagi. 

"Dekat mana kurangnya?" Ying juga mengutara persoalan hampir sama maknanya.

Mata Yang pejamkan rapat-rapat. Membiarkan air jernih jatuh mengekspresi perasaan. Sebelum terasa tangan kasar Ying menyeka lembut.

"Stop crying, my Yang." Ying lihat kelopak mata Yang terangkat. Hujung bibirnya nampak ternaik sedikit, tersenyum nipis yang tak ada seri.

"Dalam hati you, I masih lagi your Yang?"

"Always. Semalam, hari ini dan esok. You akan tetap jadi my Yang. My sayang."

"What if kalau tak ada hari esok?"

Riak muka Ying mula berubah.

"What if hubungan you dengan I hanya setakat hari ni saja?"

Renungan Ying juga dah mencerun tajam.

"What if..."

"What if you berhenti fikir macam tu. Come on, Yang. We just..."

"Apa yang kita buat tadi tak ubah apa-apa, Ying. Keadaan still sama."

"Mana you tahu masih sama?"

Yang mengeluh.

Langsung bibir Ying terketap rapat. Dia bingkas bangkit. Sebelum menoleh dengan riak tak puas hati. Dan juga kecewa pastinya.

"What do you want then, Yang? Berpisah dengan I?"

Yang turut ikut bangun. Menentang pandangan Ying. Lama-lama.

"You akan lepaskan I, Ying?"

"You betul-betul nak I lepaskan you?"

Tiada jawapan daripada kedua-duanya. Takut mahu mendengar isi hati yang bakal terluah.

Mungkin ke itu jalan paling terbaik?
.
PS: Nak tahu apa jadi pada dua orang ni? Vote lebih 100, SK up Day 1. Happy berPKP! #KitaJagaKita #StayHome :)

YINGYANG - #ebookWhere stories live. Discover now