Day 4 | Yang

1.3K 157 22
                                    

Note: Untuk mengelakkan keliru, Ying is Fazreen. Dan, Yang is Dayang. Setiap day POVnya lain. Berselang-seli diantara Ying dan Yang. Tengok POV dulu ya. Takut tertukar nanti. Hampun kalau anda pening. Happy reading! :)

.

"YANG!"

"Emmm." Malas aku nak menyahut panjang-panjang bila Ying memanggil dari dapur.

Mata masih fokus pada skrin telefon. Baca kisah-kisah kelakar geng para suami beli barang dapur. Kalau aku suruh Ying ni, confirm akan tersilap beli juga.

"Yang! Tolong I kejap." Suara Ying menjerit kedengaran lagi.

"You buatlah sendiri. I tak nak."

"Ms. Dayang, pleaselah tolong suami you ni. Tak kesian ke dekat I?"

Isy, dia ni kan. Memang tak boleh tengok aku senang langsung.

Dengan malasnya, aku bangun. Masuk saja ke ruang dapur, Ying tengah tergaru-garu kepala di depan kitchen aisle.

"Benda senang pun tak pandai buat ke? Kata terror sangat." Sengaja aku kasi ayat pedas.

Tadi bukan main berlagak kata 5 minit saja dah siap. Ini nak dekat setengah jam, satu apa pun tak jadi. Buat sepah dapur adalah.

"Kenapa I buat tak jadi ya?" Ayat Ying seperti lebih kepada berbicara dengan diri sendiri.

"You ikut tak step tu satu-satu? Cara buatnya bukan susah mana. Mudah sangat-sangat."

"Ikut. Tapi, krim Nescafe tu tetap pahit. You buatkanlah, Yang. I teringin ni."

Aku jeling Ying.

Mengada lebih. Orang nak buat Dalgona viral tu, dia pun sibuk nak juga. Buat sendiri tak reti.

"You memang tak boleh tengok I senang, kan? Mulalah you nak suruh macam-macam."

"Minta buatkan air saja pun, Yang. Dahlah malam semalam you kecewakan I."

"You jangan nak ungkit apa jadi malam semalam ya. You yang tak nak tanya I dulu."

"Yalah, I yang salah. So, malam ni dah boleh ke?"

Aku terus tepuk bahu dia. Haih, nafsu tu!

"I tak ada masa nak layan you, Ying. Dahlah, you buatlah Dalgona ni sendiri." Kaki mahu melangkah.

Tak sempat jauh, pinggang aku dah dia sauk. Ditarik dekat sehingga rapat ke dadanya. Aku tentang berani matanya walau jantung dah terasa seperti mahu meletup. Cuba pamer riak biasa sebagai topeng.

Ying perhatikan segenap wajah aku. Sebelum suaranya berbisik garau.

"You ada banyak masa selama PKP ni, Yang. I bukannya minta berjam-jam. Sekejap saja. Itu pun you nak berkira. Sepatutnya masa macam nilah you kena ambil berat pasal I. Jaga makan minum I. Jaga..."

"Enough, Ying. Fine. I buatkan." Cakapnya langsung aku potong. Banyak pula poin dia nak tembak aku balik ya.

"Good. Macam nilah isteri yang baik." Ying tepuk-tepuk perlahan kepala aku.

Tubuhnya aku tolak menjauh. Tak suka dia perlakukan aku begitu.

"Okey, you buat. I teman you." Ying sandarkan badan ke kitchen aisle. Berpeluk tubuh memerhati tanpa lepas.

Sedar Ying sedang melihat di tepi, aku cuba tenangkan diri.

Nescafe, gula dan air panas aku campurkan dan pukul sehingga kembang. Dalam itu, Ying dah isikan susu full cream ke dalam satu gelas berisi kiub ais. Dan aku terus letakkan krim ke atasnya.

Sekejap saja...

Dah siap!

"Nah, untuk my darling aka my Ying. Khas untuk you." Gelas aku suakan ke depannya dengan satu kerlingan.

Dia senyum. Gelas dicapai dan...

"Here. You rasa dulu." Ying dah dekatkan gelas ke bibir aku.

"Tak payahlah. You jelah minum."

"No. You minum juga." Arahnya sedikit mendesak.

Mahu tak mahu, aku turutkan sajalah. Aku hirup sedikit. Okey, sedap. Tak pahit sangat sampai boleh sakit otak. 10 out of 10 untuk hasil tangan sendiri.

"Sedap?"

"Well... You know me, Ying. Pernah ke apa yang I buat tak sedap?"

Bibir kiri Ying ternaik sedikit. Dia mendekat dan dalam sekelip mata bibirnya dah mendarat di bibir aku.
Buat nafas aku jadi terhenti seketika.

"Ying..."

"Ada krim dekat bibir you. I tolong bersihkan je." Sesudah itu, selamba dia menonong keluar dari situ.

Keluhan aku lepaskan sedikit keras.

Tolong bersihkan?

Ah, alasan!
.
PS: Jangan lupa vote sampai lebih 100 okay! #StayHome :)

YINGYANG - #ebookWhere stories live. Discover now