Day 1 | Ying

1.5K 130 21
                                    

Note: Untuk mengelakkan keliru, Ying is Fazreen. Dan, Yang is Dayang. Setiap day POVnya lain. Berselang-seli diantara Ying dan Yang. Tengok POV dulu ya. Takut tertukar nanti. Hampun kalau anda pening. Happy reading! :)

.

SATU. Dua. Tiga.

"Sampai tiga beg sekali?"

"Kenapa pun kalau sampai tiga? Ada masalah pada you, Mr. Fazreen?"

Huh. Aku tahu nada itu. Tahu dan kenal sangat. Nada tak mahu mengalah.

"Kenapa you tak borong je satu supermarket tu? Boleh bawa balik lagi empat lima enam beg."

Yang hanya buat tak tahu bila aku kata begitu. Tak terkesan langsung bila aku sindir.

Memang hati keras betul.

"I tak tahu pula you tergolong dalam kalangan panic buying punya orang."

"Well, I am not." Laju Yang memangkah.

"Yes, you are. Kita duduk berdua je dalam rumah ni, Yang. Barang dapur banyak-banyak macam ni you nak buat apa?"

Pergerakan Yang mengeluarkan barang-barang dari beg terhenti. Dia pandang muka aku tepat.

"You know what, Ying. Untuk you yang tak pernah ambil tahu pasal hal barang dapur dalam rumah ni, better you tutup mulut tu dan duduk diam-diam. Thank you."

Counterattack daripada Yang buat aku terdiam.

Okey. Kibar white flag sekarang.

Aku give up.

"Kalau you banyak bunyi lagi, lepas ni you jelah yang keluar beli barang dapur."

"Why me?" Ya. Kenapa aku pula?

"I nak diet dalam tempoh PKP ni. Kalau you nak makan makanan lain, pergi beli barang dapur you sendiri."

Jawapan Yang itu buat aku tergelak. Bukan setakat hati, dengan perut aku sekali terasa geli.

"Wait a second. You? Diet?" Aku sambung gelak lagi. Ini memang kelakar.

Yang tarik nafas dalam-dalam dengan rasa terpaksa. Jelas bibirnya terketap rapat.

"Apa yang kelakar sangat tu, Ying?"

"I rasa since kita kahwin lebih dari lima tahun ni, dah berpuluh, no, beratus kali maybe, you sebut pasal diet. Tapi..." Aku kemam bibir. Senyum sinis aku tarik.

"But, what? Habiskan ayat you tu, Ying." Yang dah berpeluk tubuh. Menunggu kata-kata yang bakal aku keluarkan.

"Sekali pun tak pernah berjaya. Still, tengah-tengah malam you gigih keluar bilik cari snack dekat dalam fridge tu hah." Peti sejuk yang besar dan tinggi di sudut tepi dapur itu aku tunjuk.

Yang? Diet? Dalam satu ayat?

Hell no.

Yang senyum dengan kepala terangguk-angguk.

Mata perhatikan saja dia berjalan keluar dari hujung kitchen aisle. Mendekat rapat berdiri di depan aku. Wajahnya sangat dekat sampai pipi aku terasa hela nafasnya. Dada aku ditepuk-tepuknya perlahan.

"Awww. You're so sweet, Ying. Still kenal I luar dan dalam."

"Part diet you tu memang I takkan lupa sampai bila-bila, Yang." Bibirnya aku perhatikan. Niat hati mahu menyentuh permukaan lembut dan gebu itu aku tahan.

Dalam aku leka...

Buk!

"YANG!" Laju tangan aku tekap ke dada kiri. Boleh jatuh jantung bila dia tiba-tiba saja buat serangan curi dengan menepuk kuat dada aku tadi.

Sakit gila!

"Kalau you say anything pasal diet I lagi..." Ayat Yang terhenti. Dia tunduk melihat ke bawah.

Aku perhatikan matanya hala ke mana. Nope. Bukan ke arah lantai. Tapi...

Ke bahagian bawah tubuh aku.

Atau lebih tepatnya, ke bahagian privasi aku!

"Yang. Don't." Aku beri amaran siap-siap. Aku tahu dia nak buat. Dia nak 'seksa' aku!

Wajahnya diangkat kembali, menentang aku tanpa rasa takut. Reaksi ala-ala Joker dia pamer.

"Then shut your mouth, Ying." Biasa saja ayatnya, tapi penuh bisa sebenarnya. Dia berlalu keluar dari ruang dapur itu. Tak menoleh lagi.

Aku pandang dia.

Aku pandang bahagian privasi aku. Cepat-cepat aku cover dengan tangan.

Bila Yang dah mengugut begitu...

Yeah. Aku kalah dan dia menang besar kali ini.

"Damn it."

.

PS: Next part POV Yang pula ya. Vote lebih 100 kita up! #KitaJagaKita #StayHome :)

YINGYANG - #ebookWhere stories live. Discover now