Day 5 | Ying

1.6K 170 20
                                    

Note: Untuk mengelakkan keliru, Ying is Fazreen. Dan, Yang is Dayang. Setiap day POVnya lain. Berselang-seli diantara Ying dan Yang. Tengok POV dulu ya. Takut tertukar nanti. Hampun kalau anda pening. Happy reading! :)

.

iPHONE yang berbunyi buat perhatian aku teralih. Skrin yang menyala aku pandang.

"Yang?"

Laju panggilan itu aku jawab.

"You dekat mana?"Suara Yang jelas sedikit tegang di hujung talian. Seperti sedang menahan marah.

"I dekat ofis atas. Kenapa?"

"I ada hal nak cakap dengan you. Busy lagi?"

"Tak dah. You tunggu situ. I turun..."

"Tak payah. I naik." Yang memintas laju. Talian terus diputuskan.

Aku pandang skrin yang dah gelap.

Pelik. Sangat pelik. Pagi tadi semasa bersarapan bersama mood dia elok saja. Apa yang tak kenanya?

Siapa yang dah rosakkan hari dia?

Pintu tiba-tiba dibuka tanpa sebarang ketukan. Yang muncul dengan muka beku. Itu tandanya dia betul-betul tengah marah.

Aku bangun dan berjalan mendekat ke arahnya. Matanya tetap menentang aku tepat sampailah aku dah berada hanya selangkah daripadanya.

"Yang." Namanya aku seru bila dia masih senyap.

Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum telefonnya ditekap ke dada aku sedikit kuat.

"Baca," arahnya.

iPhonenya aku ambil dari tangannya. Skrin yang dah memang menyala aku lihat. Ada screenshot conversation terpampang di situ.

"I tak ada masalah you nak ada hubungan dengan mana-mana perempuan pun, Ying. I don't care at all. Just..."

Aku pandang Yang. Liur aku telan.

"You better bagi tahu Baby you tu supaya stop hantar screenshot perbualan you berdua dekat I. Kalau tak, I takkan diam. Teruk dia kena dengan I nanti."

Screenshot tadi aku pandang semula. Rasa bengang pada Sarimah mencanak naik. Tak sangka langsung aku yang dia boleh buat sampai begini.

Ah, that woman!

"Yang, let me explain. Dengar apa I nak cakap dulu." Lengannya cuba aku raih. Namun, laju saja dia tepis dan menjauh.

"I tak nak dengar explanation you. Dan, you tak ada apa nak dijelaskan. You nafikan macam mana pun, I tahu hakikat sebenar hubungan you dengan dia."

"No. Look, ni conversation lama. Semua ni tak ada makna pun. Mesej biasa je."

Yang senyum sinis.

Telefonnya di tangan aku diambil semula. Ditayang di depan muka aku, tepat.

"Mesej biasa? You tengok ni. You baca balik apa yang you tulis. You berbalas kata rindu dengan dia. You berbalas kata sayang dengan dia. Itu yang you kata biasa?"

Kata-kata untuk aku membela diri sendiri langsung lenyap. Aku akui aku memang salah. Bukti dah jelas ada. Aku kenal Yang. Bila dia dah ada bukti begini, segala penjelasan hanyalah sia-sia.

"Fine. I'm sorry. I minta maaf."

Bibir Yang nampak terketap. Tangannya terus jatuh ke sisi. Memerah wajahnya. Begitu juga matanya yang dah dilapisi air mata. Tunggu masa saja untuk jatuh.

Aku memaki diri sendiri.

Apa yang aku dah buat selama ni?

"Thank you. Sebab akhirnya you mengaku." Hanya itu balasan daripada Yang. Ringkas dan sinis. Sebelum dia berpaling dan berjalan mahu keluar.

Melihat responsnya begitu, aku melangkah laju untuk menghalang. Berdiri di depannya. Namun, sikit pun wajahnya tak dialih untuk melihat aku. Hanya beku, statik ke depan.

"I love you, Dayang. Hati I tak pernah berubah."

Dan, tak akan pernah berubah. Sampai bila-bila.

"Kalau you sayang I, you takkan sayang orang lain, Fazreen."

"I tak ada perasaan dekat Sarimah. Mesej tu..." Kata-kata aku terhenti sendiri. Aku jadi tak tahu nak jelaskan bagaimana.

"Mesej tu apa, Ying? Tipu?"

"Mesej tu real. Memang I yang tulis. I..."

Udara aku sedut dalam-dalam sebelum meluahkan.

"Apa yang jadi dalam our marriage buat I jadi macam ni."

Kali ini, wajah Yang terdongak sedikit. Tajam pandangannya.

"You nak gunakan hubungan kita untuk tutup salah you sendiri?" Tubuh Ying beralih ke sisi.

"Tak. Bukan tu maksud I."

"Then what? You salahkan I jadi punca perkahwinan kita macam ni? Jadi sebab you ada skandal dengan perempuan tu?"

"I tak cakap macam tu, Yang."

"Tapi, you jelas bermaksud macam tu!"

Nafas aku tahan. Cuba mengawal rasa tercabar bila Yang provoke begitu.

"You tahu apa yang jadi pada kita sekarang ni berpunca daripada kita sendiri, Yang. I tak nak kita macam ni lagi. I nak betulkan keadaan."

Yang menggeleng sebelum tergelak perlahan.

"Bila you dah kantoi macam ni, baru you tiba-tiba dapat petunjuk nak betulkan our marriage? Seriously, Ying? You buat joke ke apa?" Yang mencemik.

Aku tahu dia marah. Tapi, aku dah nekad.

Sekarang atau aku akan hilang Yang.

Buat selamanya.

.

PS: Siapa yang salah dalam hal ni? Yang atau Ying? Jangan lupa vote sampai lebih 100 okay! #StayHome

YINGYANG - #ebookWhere stories live. Discover now