part 4

1 0 0
                                    

Malam itu.. Amirah dengan pantas menyiapkan semua kerja sekolahnya yang diberi oleh guru-guru 'kesayangan' nya.

Hah!

Sayang la sangat

Dah siapkan semua kerja sekolah, Amirah mulakan ulangkaji nya serba sedikit.

Dia hanya ulang kaji mengikut apa yang dia jadualkan untuk diri nya.

Dia kena maintainkan atau naikkan result. Kalau tak mahu ibunya bakar komik-komik animenya.

Huh!

Sorry man..

Akan ku sanggup renangi lautan berapi..
Akan ku sanggup..
Erkk
Apa lagi eh
Haaa semua lah aku sanggup demi semua kesayangan aku ni
Haha.

Tepat saja jam 10.30 malam.. amirah mula memanjat katilnya.
Komik seterusnya untuk dibaca diambil oleh amirah..
Semua komiknya disusun mengikut urutan..
Yang mana yang latest akan berada di rak bahagian atas sekali..
Semua koleksinya dibeli menggunakan duit simpanannya..
Sanggup tak makan disekolah kalau terlupa bawa bekal..

Semuanya hanya untuk komik
Hehe
Over kan!

Tapi takpe asalkan bahagia..

Baru sahaja Amirah menaiki katilnya, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada wassap masuk

'hai, tidur dah ke?'

What??
Stranger!??
Oh shit
Sorry man
Tidak akan aku layan
Buang masa.. baik aku baca kesayangan aku

Selepas itu, bunyi wassap masuk bertalu- talu.

Haih.. apakah?

'hai... read je?'
'kejamnya'
'amirah!...'
'tidur dah ke??¿'
'mimpi aku....😊'

What the fxck???

Amirah hanya memandang sepi wassap dari stranger itu.

Sapa pulak la hooman ni?
Haih

Amirah hanya berfikir-fikir mahu balas atau tidak..

Hmmm tanya je lah

'who?'

Hanya sepatah amirah balas, tu pon antara ikhlas atau tak.

'your admirer💕'

Si stranger hanya membalas dua patah perkataan..
Dan perkataan itu bagi amirah sangat lah annoying

'wtf?'

Amirah mula berbahasa kasar tanda tidak selesanya

'sweet dream honey💞.. GN💕'

Amirah hanya memandang wassap itu dan terus tutup malas ambil peduli.

Terus dia membuka komiknya untuk memulakan pembacaan...
Mulutnya terkumat kamit mengutuk gerangan manusia yang menghantar wassap pelik-pelik kepadanya.

Dah la buang masa aku nak baca komik
Pastu serabutkan kepala aku je
Haih

Tapi...
Mana stranger tu dapat nombor aku?

Cinta Anime💕Where stories live. Discover now