Amirah membaca surat lelaki misteri di kantin tadi
'amende la semua ni?'
Amirah membuka surat itu dan hanya tertulis
TINGKAT 2
7.00 AM'Coiiii amende? Nak ajak jumpa pukul 7 pagi ke apa? Memang tak la. 7 pagi aku baru nak turun sarapan kat rumah kot.'
Amirah terus sahaja simpan surat itu dalam bukunya kerana cikgu matematik sudah masuk ke kelas.
Balik sahaja dari sekolah, Amirah berjalan seorang diri kerana Fatin diambil oleh ayahnya kerana ada urgent katanya.
Jadi Amirah hanya berjalan seorang diri.
Amirah laju sahaja masukkan earphone mp3 nya kedalam lubang telinganya.
Aku bukannya takut jalan sorang camni, cuma aku bosan. Terpaksa lah layan lagu.
Dengan ralik Amirah berjalan sambil mendengar lagu dari mp3 miliknya, lagu perfect bermain di telinga.
Perfect- simple plan
Lagu paling dia minat kerana mempunyai maksud yang mendalam.
Yaaaa minat masing-masing kan, mana boleh sapa-sapa halang kan?
Tiba-tiba ada basikal di sebelahnya, amirah terkejut dan terus melihat gerangan disebelahnya.
'eh laki tadi'
"Kau.. laki rehat tadi. Kau nak apa? Kau sapa? Kita kenal ke?"
"Pergh, banyak soalan kau."
Amirah hanya memandang lelaki itu dengan pandangan kosong.
"Kau, amirah kan?"
"Bukan.."
Laju Amirah menjawab tanpa sempat berfikir.
"Serius laaaa... "
Laki itu memandang Amirah dengan serius
"Dah taw, pehal kau tanya?"
Amirah terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu.
"Aku nak kawan dengan kau. Boleh?"
"Tak boleh. Tak payah. Aku tak suka banyak kawan. Sorang cukup dah."
"Kalau camtu aku nak jadi pakwe kau la. Boleh? Pakwe pon kena sorang jugak kan?"
"Takpayah! Aku tak berminat nak ber pakwe. Dan aku tak berminat dengan kau."
Amirah terus memasukkan earphonenya kembali ke dalam telinga nya.
Hah!
Semak. Semua ni semak
Aku balik baca komik lagi best.
![](https://img.wattpad.com/cover/218546305-288-k716257.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Anime💕
Romansaciri-ciri lelaki pujaan aku hanyalah dalam watak animasi.. siapa dia? aku pon tak tahu. wujud ke tidak perwatakan macam tu pon aku tak tahu. tapi aku suka. tu ja