part 1

7 0 0
                                    

Ainnur Amirah..
Nama yang agak simple seperti orangnya.

Amirah khusyuk membaca koleksi komik jepun miliknya.

Dalam biliknya yang agak luas itu, terdapat sebuah almari tingginya tiga tingkat dan memiliki 9 lubang untuk mengisi buku-buku koleksinya itu.

Itu pon masih tidak mencukupi..
Ayah dan ibunya tak larat membebel padanya supaya berhenti membeli semua buku-buku itu.

Tapi baginya tu satu perkara yang sangat mustahil, kerana dia tak kan berhenti daripada membeli komik-komik kesukaannya...

"Aaaaaaa.... Comelnya laki ni... Waaaaaa.. hehehee... Hahaha...."

Amirah tergolek-golek diatas katilnya sambil membaca buku komik 'putera nakal'.

"Adikk... Ooo adikkk..."
Ibunya, Nurul Aminah memanggilnya daripada tingkat bawah.

"Eiii.. budak bertuah ni. Harap anak dara ja. Bertuah la kalau nak jenguk-jenguk sikit kat dapur ni. Cuti-cuti pon terperap je kat biliknya"

"Adikkk oooo adikkk...."

Ibunya mula menaiki tangga untuk ke bilik Amirah

'budak ni.. selagi tak kena pulas telinga tu dulu memang idok le dia nak menyahut'

"Ainnur Amirah binti Ahmad Farissss!!!!!!!"

Alamakkk!

Amirah dengan terkejut terus bangun duduk di atas katilnya.

"Adik buat apa? Dari tadi ibu panggil tak menyahut pon?"

"Hmmm tak buat apa ibu. Ada ni haaa tengah mencari putera idaman. Ehek"

"Mengada! Tak de nya putera idaman dalam komik. Berangan lah kau. Sampai bila-bila takkan jumpa."

Amirah hanya buat tak tahu apa yang dibebelkan oleh ibunya.

"Adikkkk.. cepat lah turun ke dapur. Temankan ibu buat kek coklat. Cepatlah!"

Ibunya mula buat muka bila anaknya buat tak tahu atas bebelannya tadi.

"Haaaa yelah yelah.. adik nak turun la ni. Jom ye ibu ku sayang. Jom2"

Amirah tahu ibunya ni nakkan perhatian je daripada dia. Bosan sanggat la tu. Hehe

Cinta Anime💕Where stories live. Discover now