53. hostel

393 33 0
                                    

Pelajar dan bekas pelajar sekolah berasrama pasti tahu hostel boleh dikategorikan sebagai pusat aktiviti paranormal. Waktu minggu orientasi, selain daripada sesi suai kenal bersama senior, setiap pelajar juga bakal 'diperkenalkan' dengan segala hantu jembalang yang wujud di setiap ceruk pelosok hostel.

"Kat bilik ni dulu ada student bangun pagi, berdiri atas katil double decker dia, sekali kepala putus kene libas kipas siling."

"Kat balkoni ni dulu ada budak tergelincir waktu sidai baju waktu malam."

"Kat toilet ni, kalau basuh baju lepas midnight, ada orang takde muka datang teman."

Familiar tak semua tu? Tahu tak apa yang paling seram tentang cerita-cerita senior tu? Tak siapa tahu kesahihannya. Sekadat urban legend atau benar-benar berlaku? Warden pun seolah-olah dah bersepakat tak nak komen langsung tentang hal ini.

Lihat saja bilik hostel. Walaupun boleh memuatkan sepuluh orang dengan katil double decker, itu tak menjamin pelajar akan selamat daripada 'gangguan' di waktu malam. Tidur dia atas, takut 'member' di bawah yang berdengkur sebenarnya bukan manusia. Kalau tidur kat bawah, takut juga malam-malam terjulur rambut panjang dari atas melihat kita tidur.

Lebih mencemaskan bila tiba di hujung minggu dan ramai yang pulang ke rumah. Dan kita, untuk sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tak boleh balik dan tersangkut di bilik hostel seorang diri. Nak tidur buka lampu, takut warden marah. Jadi, tidurlah dalam bilik gelap sambil mata terkebil-kebil memandang objek putih di hujung bilik yang  bergerak-gerak dalam gelap.

"Hurmmmm. Tuala member gantung kat katil tu. Kena tiup angin kipas," bisik hati kita sambil pejam mata dalam gelap, memaksa diri suruh tidur.

Tapi bila kita hampir terlelap, 'tuala' tu melompat datang dekat hujung katil dan terlentok tengok kita menggigil berselubung dalam selimut. Tuala ke?

###
##
#
End.

Hai korang! :3 Setelah sekian lama tak update creepypasta ni huhuhuh. And i wanna say sorry kepada pembaca-pembaca sekalian.🙏 Maybe lepas ni memang akan slowupdate since tahun ni kite ada SPM *cry* so i'm supeeer busy :(

Dan terima kasih sangat-sangat kepada yang masih lagi baca dan vote cerita ni. Really THANK U SO MUCH love y'all. <3♡

sekarang kita semua tengah melanda dengan wabak penyakit covid-19 jadi sila jaga kesihatan korang dan selalu cuci tangan ok,, kite memang rase sangat sedih cuti dilanjutkan cause we can't go to school😭😭😭 belajar pon kene belajar sendiri kat rumah.. and banyak homework cikgu bagi so that's why takde masa untuk mengupdate story :( InsyaAllah kalau ade mase kite update :) And thank u again for your support! ❤





CREEPYPASTA | MalayWhere stories live. Discover now