Pernah tak bila orang tegur kita, kita melenting? Kita naik angin? Kita marah dia balik? Atau sejak tu kita terus bermasam muka dengan dia?Awak,
Didik hati supaya CUBA terima teguran, terima nasihat. Saya tekankan perkataan CUBA. Ya faham, mungkin awak terasa, malu. Tapi CUBA, husnudzon.
Fikir balik, teguran dia tu berhikmah atau tidak? Dia menegur di khalayak ramai atau sembunyi-sembunyi?
Jika dia menegur secara berhikmah, maka terimalah. Bagaimana pula jika tidak berhikmah?
Juga sama. Terima.
Akuilah kesilapan diri. Cuba check balik dan perbaiki diri sendiri. Tak salah pun rendahkan ego, terima hakikat bahawa there is something wrong with yourself.
Dan saat itulah, diri kita mula belajar dan tahu bahawa sebenarnya segala bentuk teguran dan cacian makian itu semua adalah tak lain tak bukan-- Daripada Sang Pencipta.
Manusia yang menegur, hanyalah penyampai sahaja. Hidayah yang muncul, juga datangnya daripada Allah. Dan manusia itu sekadar asbab. Pernah dengar ayat ini bukan?
Maka jom!
Ayuh sama-sama cuba perbaiki diri. Lihat teguran dan cacian yang diterima dari sudut positif. Ajar diri husnudzon. Ajar buka hati untuk terima teguran kebaikan. And eventually.. we can be the better person every single day.
Bi idznillah. :)
Wallahua'lam.
—ns
YOU ARE READING
Coretan Nurdinah
RandomSetiap bait ayat yang dilakar- selain sebagai pengubat hati; moga sedikit sebanyak menjadi ladang pahala buat diri ini. In shaa Allah. Semoga bermanfaat! ❤