ALI melemparkan pandangannya ke luar tingkap bilik. Air milo panas yang baru dibancuhnya tadi dihirup perlahan sambil tangannya membelai Comot yang asyik tidur. Comot semakin tua, semakin tidak larat. Dia sudah tidak mengikuti misi Ali kerana umurnya hampir menjangkau lapan tahun.
Angin sepoi-sepoi pagi meniup wajah mulus Ali. Terpejam matanya melayan alam sambil badannya dipanasi minuman kegemarannya.
TET! TET! TET!
"Opocot!"
Ali terkejut beruk. Air milo panasnya hampir sahaja terjatuh dari tangan. Sedang asyik dia melayan perasaan, tiba-tiba ada yang mencelah.
Ali mendengus kecil. Air milonya diletak ke tepi. Dia melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya. Sekali lagi dia mendengus. Terpapar nama Alicia di muka skrin telefon itu.
"Ni pagi-pagi buta call mesti nak membebel lah ni,"omong Ali kepada dirinya sendiri sebelum menyahut jeritan telefonnya.
"Haih... hello."
"Kau baru bangun ah?"
Ali menjauhkan telefon dari telinganya setelah mendengar pekikan Alicia. Dia menggulingkan biji matanya sebelum membalas kata-kata Alicia.
"Mana ada. Harini aku bangun pukul 6 pagi. Siap jogging lagi,"balas Ali disusuli ketawa kecil.
"Jumpa aku dekat Mamak Maju. Secepat mungkin. Aku akan tiba di sana nanti."
Panggilah terputus. Ali mengerutkan dahinya. Macam mustahak. Ada misi ke? Bukankah dia masih dalam tempoh bercuti lagi?
Ali menggeleng kepalanya. Tanggapan tadi segera dibuang. Dia terus bangun dari duduknya dan bersiap ke tempat yang diarahkan Alicia.
MOTOR Ali diparking di tepi Restoren Mamak Maju. Dia membuka helmetnya dan diletakkan di atas tempat duduk motor. Motor yang dibawanya bukan kaleng-kaleng, malah motor superbike
yang paling terbaru. Maklumlah, anak
Doktor Ghazali.Ali melilaukan matanya ke sekeliling. Dia tersenyum selepas dia dapat menangkap kedudukan Alicia. Gadis itu sedang bermain dengan telefonnya sambil mulutnya menyumbat maggi goreng berperisa durian.
"Hehe boleh terkejutkan ni,"bisik Ali kepada dirinya sendiri.
Perlahan-lahan Ali memasuki restoren itu sambil matanya memerhatikan Alicia dari belakang. Akhirnya dia tiba di belakang Alicia. Baru sahaja dia ingin menyergah rakannya itu, Alicia terlebih dahulu mengangkat tangan kanannya.
"Aku dah nampak kau dari tadi. Tayah nak prank aku,"kata Alicia, sedikitpun tidak menoleh ke belakang.
Ali mencebikkan bibirnya sebelum dia mengambik tempat di hadapan Alicia. Matanya tiba-tiba terpaku melihat Alicia yang kelihatan agak jelita pada tengah hari itu. Wajahnya jarang sekali tercalit mekap tetapi hari ini lain. Rambutnya yang sering diikat tocang itu dilepaskan menuruni bahunya. Pakaiannya juga... wow. Ali tertarik. Shalala lala lala~
Adakah... ini cinta pandang pertama?
Alicia perasan pandangan lain macam Ali itu. Mata Ali menjadi kuyu dan bibirnya tersenyum kecil. Alicia mengecilkan matanya, menyampah melihat gelagat lelaki itu.
"Kau kenapa?"soal Alicia.
"Takde. Kau nampak cantik harini," kata Ali lalu mengangkat keningnya beberapa kali.
Alicia sekadar menggulingkan biji matanya. Maggi gorengnya segera dihabiskan dan air sirap bandungnya dihirup sehingga kering.
"Aku ada hal penting nak bincang dengan kau,"kata Alicia sebaik sahaja menelan makanannya tadi.