ALI tiba di hadapan rumahnya. Dia menjenguk-jenguk bahagian dalam rumahnya yang kelihatan seperti tiada orang. Ali kemudiannya mengerling ke jam tangannya.
"Dah pukul enam. Takkan ayah tak balik lagi? "soal Ali kepada dirinya sendiri.
Ali membuka kasutnya dan menekan butang keselamatan rumahnya untuk membuka pintu utama. Kasut tadi diletakkan di rak yang berdekatan dengan pintu masuk.
"Assalamualaikum! Ayah? "
Tidak disahut. Ali mengeluh nafas kecil. Nampaknya tekaan itu betul. Ayahnya masih bertapa di pejabatnya.
"Tak pe. Dah biasa alone, "kata Ali pada dirinya sendiri.
Dia terus mengorak langkah menuju ke peti ais untuk mencari makanan apa yang ada tetapi hampa kerana tidak ada benda yang boleh di makan.
Ali mengeluh berat. Dia terus mencapai telefon pintarnya dan berjalan perlahan menuju ke ruang tamu. Dia segera merebahkan dirinya sambil tangannya sibuk melayari media sosial. Comot yang entah dari pula datang menonong dan menggesek kepalanya di tangan Ali. Ali sekadar tersenyum lebar dan membalas tingkah laku Comot dengan mengusap perlahan kepala kucing betina itu.
"Aduh rasanya malam ni makan maggi lagi ah. "
Ali mencapai alat kawalan jauh televisyen yang terletak tidak jauh daripadanya. Dia kemudiannya menekan apa-apa sahaja siaran yang ada untuk menghilangkan rasa sunyinya.
"Ni ke drama yang tengah famous tu? "soal Ali kepada dirinya sendiri.
Namun, dia tidak berminat dengan cerita cinta, dimana watak utamanya terlalu baik dan tidak boleh bezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Akhirnya, melakukan tindakan yang terang lagi bersuluh tidak masuk akal atas alasan 'cinta'.
Ali meneruskan aktivitinya melayari Internet. Sesekali dia menghidu ketiaknya yang berpeluh kerana tidak mandi sejak dia keluar pagi tadi tetapi dia malas hendak membersihkan dirinya sendiri.
"Kembali lagi bersama Buletin Cyberaya. Viral kerana seorang pelakon lelaki, Nadhir Nasar telah mengikat tali ribbon di bla bla bla... "
Ali masih leka bermain telefonnya. Sekali-sekala dia gelak terkekek kerana membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Viktor kepadanya.
"Berita seterusnya, telah berlaku satu pembunuhan di Cyberaya Square..."
Senyuman Ali yang lebar tadi perlahan-lahan memudar. Dia kemudiannya menumpukan perhatian pada kaca televisyen.
"Mayat dipercayai bukan warganegara ini. Siasatan lanjut masih dilakukan oleh pihak berkuasa. Sebarang bukti pembunuh masih tidak dijumpai."
Ali mengerutkan dahinya. Dia cuba menyambung klu-klu yang ditemuinya berdasarkan berita tadi.
"Seterusnya, di Buletin Cybera-."
Ali menutup televisyen. Dia meletakkan telefonnya di tepi dan mula mengatur informasi di dalam kepalanya. Jari telunjuknya mengusap perlahan dagunya.
Ali segera mencapai telefonnya dan menuju ke enjin carian Google. Pantas jarinya menari di atas skrin telefon pintarnya. Setelah hasil cariannya terpapar, Ali terus menekan laman web pertama yang muncul di skrinnya.
Red Scorpio Sdn. Bhd. adalah syarikat elektronik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Ezekiel Mokhtar bin Dato' Wadad. Namun, syarikat ini telah ditutup pada tahun 2021.
Ditubuhkan : 1984
Pengasas: Dato' Ezekiel Mokhtar bin Dato' Wadad dan Minang Leng