6 (RE)

527 49 6
                                    

"Kami sudah lakukan apa yang kamu mahukan. Sekarang cuma tunggu ketibaan M.A.T.A. sahaja, over."

Loren tidak membalas. Dia sekadar menutup matanya sahaja sambil berdiri di hadapan puluhan mayat yang menjadi mangsa bom jangkanya. Rudy atau Black Death pula sekadar duduk bersila di hujung koridor itu sambil memerhati tingkat bawah. Matanya yang hitam pekat itu dikecilkan sambil dia memandang orang-orang di bawah yang ketakutan. Mask dan hoodienya menutup hampir keseluruhan mukanya, membuatkan dia kelihatan seperti salah seorang watak dari permainan video Left 4 Dead, Hunter.

"Rudy."

Rudy memandang ke arah Loren yang berada di belakangnya tanpa berbicara apa-apa.

"Carikan Ali."

Rudy berdiri dari duduknya lalu mengangguk perlahan tanda faham. Kemudian, jasadnya hilang disebalik udara begitu sahaja.

ALI mengesat peluhnya yang menitik di dahi. Tangannya menggigil-gigil memotong wayar bom jangka yang dijumpainya dalam sebuah kedai. Bom jangka itu bersisa lagi empat minit sebelum ia meledak.

Ting!

Ali menghela nafas lega sebaik sahaja masa yang terpapar di skrin bom itu mati. Dia duduk terbaring seketika sambil bernafas laju akibat keletihan. Dia baru sahaja matikan dua biji bom yang dijumpai dalam kedai yang sama. Menggunakan gajet radiomagnetiknya, masih ada 12 bom yang masih hidup dan terletak berhampiran situ.

"Argh! Taleh rehat! Nanti meletup mampos aku,"kata Ali kepada dirinya sambil mengangkat tubuhnya sendiri.

Dia kemudiannya mengorak langkah menuju ke pintu kedai itu. Tetapi, langkahnya terhenti apabila dia melihat sebuah jasad seakan-akan manusia, berbadan tegap dan tinggi lampai sedang berdiri di depan pintu kedai itu. Kepalanya ditutupi hoodie dan mukanya dilitupi pelitup muka. Di balik samaran cahaya, matanya pula hitam pekat dan kulitnya pucat.

Ali bertindak mengundurkan dirinya ke belakang, sedikit demi sedikit sambil mengeluarkan senjata yoyonya. Dia mengerutkan dahi lalu membuka kekudanya. Yoyonya itu dipusingkan, tanda dia sedia untuk menyerang.

"Eh?"

Ali terkejut beruk apabila tiba-tiba dia merasakan bahawa ada seseorang di belakangnya. Pergerakannya sungguh pantas dan tidak meninggalkan jejak, membuatkan Ali hilang fokus. Tanpa mampu berbuat apa-apa, Ali sekadar mengekori pergerakan itu dengan ekor matanya dan matanya terbuntang luas apabila dia menyedari jasad itu berada di sebelahnya, bersedia menyerangnya tanpa dia sempat meramalkan pergerakan jasad itu.

BUM!!

Ali terbang ke belakang selepas menahan momentum serangan jasad itu lalu dia mendarat di dinding kedai itu dengan hentakan yang kuat. Penglihatannya serta-merta kabur dan telinganya berdesing namun Ali memaksa dirinya untuk sedar dari pengsannya. Kepalanya kesakitan dan perlahan-lahan turun cecair merah dari belakang kepalanya.

Tanpa berlengah lagi, Ali memasang kekudanya dan bersedia menerima serangan daripada makhluk tadi tetapi sekali lagi dia gagal mengekori pergerakan pantas makhluk itu, membuatkan dia sekali lagi tumbang.

"Arghh!"

Ali menjerit kesakitan. Apabila dia menyedari makhluk itu menghilangkan diri, dia segera membuat perisai menggunakan yoyonya sambil cuba peka dengan keadaan. Dia mengesan bahawa jasad itu berada di belakang tubuhnya, jadi Ali segera menolehkan tubuhnya dan menyerang jasad itu menggunakan yoyonya, membuatkan serangan ketiga daripadanya terbatal.

(RE) Ejen Ali - Misi : Keluar llWhere stories live. Discover now