"ok alia jom semua dah siap" kata raseha tidak memandang lelaki itu
dia sebok dengan mengunci pintu rumah. Selesai mengunci pintu, badannya dipalingkan ke depan semula
Terkejut dibuatnya apabila melihat gerangan itu bukannya amir
"iqbal? kau buat apa datang sini?" tanya raseha pelik "saja datang nak tengok cinta aku ni" balas iqbal
"wei balik lah aku nak keluar" kata raseha geram "kau nak pergi mana? nak aku hantar tak?" tanya iqbal
"tak apa aku pergi dengan orang lain" balas raseha "siapa? amir tu ke?" tanya iqbal
"kalau ye pon bukan masalah kau" balas raseha "kenapa kau nak lari dari aku ah? susah sangat ke nak terima aku?" iqbal sudah naik ke atas menuju ke arah raseha
"eh iqbal balik lah kalau orang nampak apa pulak dorang kata!" geram raseha "biarlah dorang nampak! biar orang tahu yang kau ni suka anak ketua kampung!" balas iqbal sambil merapatkan dirinya ke arah raseha
"eh iqbal tepi lah asal kau ni!" geram raseha sambil menolak kuat iqbal pin! pin!
"alamak siapa pulak yang kacau ni!" geram iqbal. Amir keluar dari kereta dan menuju ke arah raseha dan alia
"kenapa ni?" tanya amir. Raseha terus berlari menuju ke belakang amir "aik cikgu dah tak ada perempuan lain ke sampai awek saya pon cikgu nak kebas?" tanya iqbal
"awek?" amir memandang ke arah raseha "cikgu tak payah percaya dia ni dah lah jom" raseha terus menarik alia masuk ke dalam kereta
"cikgu jaga baik baik saya punya awek tu" bahu amir ditepuk perlahan sebelum iqbal berlalu pergi
di dalam perjalanan mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Apabila raseha bertanya, amir tidak mahu menjawab pula
jadi dia buat keputusan untuk mendiamkan diri "awak dengan iqbal tu ada apa apa ke?" tanya amir mendatar
"mana ada lah cikgu! cikgu percaya sangat eh cakap dia tu" geram raseha sambil berpeluk tubuh
"ok sorry tak tahu lah kenapa saya rasa emo sikit tadi" balas amir "erm tak apa lah" balas raseha
...
"abah ni along bawakkan ayam masak merah untuk abah" kata raseha sambil tersenyum"mana amir?" tanya encik zaid "lah dia balik lah buat apa nak duduk sini? segan lah lama lama duduk sini" kata raseha
"alah apa salahnya" balas encik zaid "eh abah ni macam macam lah jom makan" raseha terus menyediakan makanan untuk encik zaid makan
"along suka amir tu tak?" tanya encik zaid "soalan apa abah ni? dah dah lah tu" balas raseha sambil menyuapkan encik zaid makanan
"boleh tak abah nak mintak satu permintaan dekat along?" tanya encik zaid
"abah in Syaa Allah along akan tunaikan bagitahu je apa dia"ujar raseha "abah nak along dengan amir ada hubungan antara satu sama lain boleh?" tanya encik zaid
"apa abah merepek ni?" tanya raseha "tak abah tak merepek pon along, abah buat permintaan ini untuk masa depan kamu jugak abah takut kalau umur abah tak panjang kamu dengan adik macam mana?" ujar encik zaid
"abah jangan risau pasal tu lah abah along boleh jaga adik sendiri along tak perlukan sesiapa pon untuk tolong along, sampai bila along nak kena suap je kan abah?" balas raseha
"ya abah tahu tapi kamu dah bertahun tak dapat kasih sayang dari seorang ibu, abah takut kalau kamu kecil hati dengan abah" balas encik zaid
"abah tak ada lah along ok je abah jangan lah cakap bukan bukan ye?" ujar raseha sambil tersenyum paksa
"tolong tunaikan permintaan abah. Abah tahu yang amir tu orang yang sesuai untuk along. Abah tak mintak banyak pon selama ni abah tak pernah mintak anak anak abah buat sesuatu tapi kali ni abah merayu tolong tunaikan permintaan abah" tiba tiba sahaja air mata encik zaid berlinangan
"abah jangan lah macam ni! Along janji along akan tunaikan ok? abah jangan lah sedih" Raseha terus memeluk abahnya
Alia yang perhatikan gelagat mereka turut mengikut peluk bersama
...
beberapa hari sudah berlalu dan encik zaid dibenarkan pulang kerana kesihatan nya sudah semakin pulihTetapi dia tidak dibenarkan untuk bekerja. Dato hisyam yang larang encik zaid untuk bekerja katanya dia perlu jaga kesihatannya
"along? tu amir dah sampai" kata encik zaid. Akibat asyik sangat menonton tv dia tidak dengar panggilan encik zaid
sambil dia berbaring di sofa sambil itu jugalah kaki kanannya digoyang goyangkan
Tiba tiba dahinya diketuk perlahan. Matanya terus memandang ke atas akibat terkejut
Raseha bangun daripada pembaringan apabila perasan yang amir berada di situ. Kepalanya ditutup menggunakan tangan
Punyalah khusyuk dia tengok tv sampai tak perasan amir sudah masuk ke dalam rumah
"ish apa awak ni! abah kenapa tak bagitahu amir datang?" rungut raseha sambil berlari masuk ke bilik untuk mengambil tuala
tuala bewarna purple cair itu dibelit bagi menutup kepalanya "abah awak dah bagitahu tadi lah awak tu je ha yang asyik sangat dengan tv sampai tak dengar" balas amir
"ish awak ni lah! ada apa datang ni?" tanya raseha geram "amir ajak keluar tu along pergi je lah" balas encik zaid
"eh tak nak lah along tengah tengok tv ni" balas raseha "along tak baik tau buat bakal tunang macam tu" kata encik zaid
amir pula tersengih kemenangan "ish abah ni asyik nak menangkan dia ni je!" geram raseha sambil berpeluk tubuh
Sejujurnya dia tidak mahu pun bertunang dengan amir disebabkan umurnya masih muda tapi oleh kerana tidak mahu menyakitkan hati encik zaid, raseha terus kan untuk bertunang tetapi selepas habis sekolah baru lah berkahwin
"dah dah jangan nak merajuk sangat pergi bersiap cepat tak elok buat orang menunggu kan?" kata encik zaid
"erm ok lah" balas raseha akur. Kaki lemah menuju ke bilik sambil mata tidak lepas memandang tajam ke arah amir
Disebabkan amir lah dia tidak dapat menonton drama petangnya
...
TBC
YOU ARE READING
DIA SI MR OVER PROTECTIVE
RomanceRASEHA MENROSE. GADIS IDAMAN PARA JEJAKA. DIA HANYA TINGGAL BERSAMA AYAHNYA DAN ADIK BONGSUNYA YANG BARU BERUSIA 5 TAHUN KEHIDUPAN MEREKA MENJADI SEMAKIN SUSAH APABILA BERLAKUNYA PERPISAHAN ANTARA DUA PIHAK IBU TIRINYA MASIH MUDA DAN AYAHNYA SUDAH S...