"azrul aku tahu kau masih ada rasa suka dekat tunang aku tapi kali ni aku bagi kau peluang untuk jagakan seha untuk aku. Tak lama pon lagi berapa bulan je dia dah nak habis sekolah. Tolong jagakan dia buat sementara waktu" pinta amir
"kau tak payah risau lah aku akan jaga dia" balas azrul "thanks. And kau aku tahu kau dengan adik aku ada hubungan yang series tapi aku nak mintak satu je. Tolong jaga kan dia. Halang faizal dekat dengan dia. Jaga dia macam nyawa engkau sendiri" pinta amir
"kau tak payah risau lah aku boleh jaga dia" balas faizal "sebenarnya kau nak pergi mana ah? beria suruh kitorang jaga seha dengan adik kau asal?" tanya azrul pelik
"korang ingat tak pasal aku cakap nak berhenti dari buat semua benda ni?" tanya amir
"ha okeh kenapa?" tanya faizal pula "king marah gila bila dapat tahu aku nak berhenti. Aku adalah try pujuk dia and dia kata aku boleh berhenti tapi lepas dapat tangkap semua konco konco geng gagak hitam and dedahkan kegiatan haram dorang dekat polis"kata amir
"owh kiranya geng kita akan bersatu dengan pihak polis sekali lagi lah ni?" tanya faizal
amir menganggukkan kepala "tapikan kenapa kitorang tak tahu apa apa? king tak bagitahu pon pasal benda ni" kata azrul pelik
"king cuma suruh aku dengan budak budak aku je pergi. Dia kata ni sebagai tanda minta maaf aku dekat dia. Ya lah dia kan tak bagi aku keluar so nak buat macam mana? aku terpaksa hadap ni pon demi keselamatan raseha dengan family aku nanti. Aku tak nak dorang jatuh dekat tangan pihak musuh" kata amir
"so kau tak akan ada dekat sini lah ye?" tanya faizal "kalau ikutkan macam tu lah. Mungkin dalam sebulan kot sebab aku kena tengok aktiviti haram dorang sebelum aku bekerjasama dengan pihak polis" balas amir
"inspekter adam tu kawan kau ke?" tanya faizal "haah kenapa?" tanya amir
"tak lah aku pelik macam mana pulak polis boleh bekerjasama dengan geng mafia macam kita ni" kata faizal
"haih bukan ke dari dulu lagi kita dah bekerjasama dengan pihak polis? kita ni nama je geng mafia tapi tugas kita bukan membunuh kan kita cuma tolong pihak polis berkas semua aktiviti haram" kata amir
"entah kau ni. Kita pon mana pernah membunuh" kata azrul pula "dah tu yang pukul pukul tu?" tanya faizal
"itu pukul tak ada sampai membunuh. Lagipon kita cuma pukul orang orang yang polis tengah cari je kan?" kata azrul
"eh haah lah betul betul hoho aku lupa"kata faizal sambil tersengih "kau hati hati tau. Kerja ni bahaya lagi lagi kau akan berurusan dengan orang yang dah banyak pengalaman ni" kata azrul
"tak apa kau jangan risaukan aku. In Syaa Allah aku akan okeh. Korang doakan aku ye" kata amir bersemangat
...
"mana abang amir ni?" tanya fatiha pelik. Suasana diluar pula sejuk kerana hujan lebat"haih ada apa daripada tadi cari abang amir? dia keluar sekejap jumpa kawan" kata hanafi
"aduh dah tu orang call bukannya reti nak angkat pon!" geram fatiha "dah tak payah serabut sangat meh sini baring dekat sini tengok tv" kata hanafi
dengan wajah cemberutnya dia menuju ke arah hanafi dan membaringkan kepala di atas riba hanafi
Hanafi pula mengusap usap rambut fatiha "tia sayang ebby?" tanya hanafi
"ofcourse lah tia sayang" balas fatiha"tia sayang ebby berapa banyak?" tanya hanafi "sebanyak ebby sayang dekat tia lah" balas fatiha sambil tersengih
"eleh" hidung fatiha dicuit manja. Raseha hanya menjadi penonton di tepi sambil tersenyum
"eh seha kau kenapa? tersenyum senyum pulak" kata hanafi pelik "tak de lah sweet pulak tengok adik beradik ni" balas raseha
mereka tersenyum manis. Wajahnya kembali menjadi risau jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam tetapi amir tidak balik kerumah lagi
selepas ambil raseha dan yang lain balik dari sekolah dia terus keluar semula
satu apa pon dia tak cakap. Pelik! "haih lambatnya abang amir ni balik! dah lewat sangat ni!" geram fatiha
"kejap lagi balik lah tu" balas hanafi "sejuk lah ebby. Tia nak masuk tidur lah" kata fatiha
"ha ye lah ebby pon nak masuk tidur jugak ngantuk ni" balas hanafi "erm seha jom lah tidur kau tak payah lah tunggu abang amir nanti dia balik lah tu mungkin dia tersangkut dekat hujan ni kita tak tahu kan" ujar fatiha
"erm tak apa lah biar aku tunggu dia korang pergi lah masuk tidur dulu" baas raseha
"boleh ke? kan tengah hujan lebat ni nanti jadi macam sebelum ni pulak" kata fatiha
"tak payah risau lah aku okeh je" balas raseha dengan senyuman "ha okeh lah kalau macam tu kitorang naik dulu ye" kata fatiha
"okeh" raseha menganggukkan kepala. Hampir sejam raseha menunggu
Hujan diluar pula makin lebat. Dia menonton tv bagi menghilangkan rasa takutnya terhadap bunyi guruh
jam di dinding dipandang sekilas. 1.35 a.m. "aduh mana biy ni! orang risau lah!" geram raseha
Banyak kali dia cuba menelefon amir tetapi tidak dapat langsung tup! terkejut raseha dibuatnya apabila lampu rumah dan tv terpadam
keadaan menjadi sangat gelap. Hanya guruh dan kilat menemani nya "awak! tolong saya takut!" raseha menangis ketakutan
kuat guruh berdentum. Dia mahu berlari tetapi tidak nampak jalan kerana terlalu gelap disitu sehinggakan dia terlanggar kaki meja dan dengan tidak sengaja cawan kaca terjatuh dan pecah
habis luka tangannya kerana tidak nampak kaca yang jatuh
"aduh! sakit!" dia memegang tangannya. kilat dan guruh sambung menyambung. Raseha menjerit ketakutan
"abah! tolong along! along takut! abah!" menangis nangis raseha dibuatnya
"argh!" jeritnya apabila seseorang menyentuh bahunya "eh sayang kenapa ni?" tanya amir
"biy? biy ke tu?"tanya raseha "ha iya" balas amir. Terus sahaja tubuh amir dipeluk erat. Dan ketika itulah lampu menyala
"Ya Allah! sayang tangan sayang ni! berdarah sekejap biy amikkan ubat sapu" kata amir
...
TBC
YOU ARE READING
DIA SI MR OVER PROTECTIVE
RomanceRASEHA MENROSE. GADIS IDAMAN PARA JEJAKA. DIA HANYA TINGGAL BERSAMA AYAHNYA DAN ADIK BONGSUNYA YANG BARU BERUSIA 5 TAHUN KEHIDUPAN MEREKA MENJADI SEMAKIN SUSAH APABILA BERLAKUNYA PERPISAHAN ANTARA DUA PIHAK IBU TIRINYA MASIH MUDA DAN AYAHNYA SUDAH S...