part 12|suprised

53 2 0
                                    

"alia jom makan. sikit pon tak apa asalkan makan. kan alia tak makan dari pagi tadi" ajak raseha

"tak nak alia nak abah!! alia nak abah!!" jerit alia kuat sambil menyepahkan rumah

"alia!! kau buat perangai kenapa!!" geram raseha. Suaranya sudah naik seoktaf pula

"akak jahat! alia tak suka!!" geram alia dan berlari keluar rumah "alia kau masuk sekarang!!" jerit raseha geram sambil kaki laju menuju ke pintu

"kenapa ni? seha? alia?" tanya amir yang muncul sambil memeluk alia "kakak jahat! dia marah alia" balas alia sambil menangis

amir memandang raseha sambil kening sebelah diangkat "tu ah alia yang mengada ngada sangat! tak kan lah hari hari nak kena pujuk makan dah tu satu hal lagi setiap kali marah mesti nak sepahkan rumah saya penat lah macam ni! saya pon sedih tapi nak buat macam mana dah seminggu abah dah tak ada kan!" geram raseha

"owh ok ok relax jangan marah marah ok?" pujuk amir "alia kenapa alia asyik merajuk je? alia tak kesiankan akak ke? penat tau kakak masak tapi tak ada orang nak makan ya abang tahu alia sedih tapi kakak pon sedih jugak. Kalau alia menangis macam mana sekalipun abah alia tak kan muncul lagi dah jadi alia kena belajar move on ok?" pujuk amir

alia menganggukkan kepala sambil mengelap air mata "dah sekarang ni alia tahu kan nak kena buat apa?" tanya amir

Alia menganggukkan kepala "ok pergi" ujar amir lagi. Alia terus menuju ke arah raseha

"akak alia mintak maaf" alia terus memeluk raseha dengan erat sambil meminta maaf

raseha merendahkan diri untuk menyamakan ketinggian mereka "akak maafkan. Akak pon nak mintak maaf sebab marah marah alia je" mereka berpelukkan erat sambil meminta maaf

"alia janji alia tak kan degil lagi" kata alia berjanji. Raseha tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala

"kakak jom makan alia lapar ni" tarik alia "ok alia masuk dulu kejap lagi kakak datang" arah raseha

"ok. Abang jom lah sekali" pinta alia. Amir tersenyum "awak nak join makan tak?" tanya raseha

"boleh je apa salahnya" balas amir sambil tersengih "owh ok jom" kata raseha memperlawa

di dalam kemesraan mereka ada juga yang memerhati dari jauh dengan pandangan tidak puas hati

"tak guna kau seha! kau bawak jantan tu masuk dalam rumah? siaplah kau" geram lelaki itu
...
"alia nak tambah lagi tak?" tanya raseha "tak nak alia dah kenyang" balas alia dengan gelengan

"ok. Awak nak tambah tak?" tanya raseha "erm boleh jugak" pinggannya dihulurkan sambil bibir terukir senyuman gediknya

"ee awak ni comel sangat lah" kata raseha sambil ketawa kecil "kakak alia dah siap makan" ujar alia

"ok pergi basuh tangan. Letak je pinggan atas sink nanti kakak basuh" kata raseha "ok" balas alia dengan anggukkan

kemudian alia terus berlari ke ruang tamu untuk menonton tv. Selesai sahaja makan amir membantu raseha membasuh pinggan

sambil membasuh, mereka bergelak tawa kerana saling dikacau antara satu sama lain

setelah selesai membasuh tangan mereka pon duduk di luar rumah "awak" panggil amir apabila melihat raseha hanya termenung

"erm?" balas raseha "awak tak bosan ke?" tanya amir "erm bosan jugak lah lagi lagi bila abah dah tak ada kan" balas raseha sayu

"owh erm bukan macam tu maksud saya" ujar amir "dah tu?" kening sebelah diangkat

"maksud saya awak tak bosan ke sebab tak ada handfone dah tu kalau call mesti awak guna telefon rumah kan?" kata amir

"owh erm apa yang nak bosan nya saya ok je lah dah biasa lagi pon tu semua tak penting bukannya saya guna telefon tu hari hari pon" balas raseha

amir menganggukkan kepala tanda faham "awak tak teringin ke nak telefon?" tanya amir lagi

"erm teringin tu ada lah semua orang suka telefon awak tapi tak semua orang mampu beli jugak kan?" balas raseha sambil tersenyum kecil

"owh erm awak" panggil amir lagi "ha?" balas raseha "happy birthday" ujar amir sambil menghulurkan satu beg hadiah

"untuk saya? tak sangka awak ingat birthday saya kan" kata raseha terharu sambil mengambil beg hadiah itu

"bukak lah" arah amir "ok saya bukak eh" balas raseha teruja. Dia menarik keluar barang yang ada di dalam beg itu

Raseha terkedu apabila melihat hadiah yang diberi ialah sebuah iphone xx. Wajah amir dipandang sekilas

"ni iphone yang hari tu awak suruh saya pilih ke?" tanya raseha "haah" balas amir dengan anggukkan

"a-awak bagi saya ke?" tanya raseha tidak percaya "ya raseha" balas amir lagi
"tak apa lah saya tak nak" dia masukkan semula iphone nya ke dalam beg

"tapi kenapa awak tolak hadiah saya?" tanya amir "hadiah ni mahal sangat. Saya tak boleh terima" balas raseha dengan gelengan

"raseha jangan lah macam tu. Lagipon bukan ke iphone ni yang awak pilih hari tu?" tanya amir

"ya saya tahu tapi iphone ni mahal sangat. Kalau saya tahu awak nak bagi saya, saya tak kan pilih yang ni" balas raseha

"seha awak jangan lah macam tu. Saya ikhlas tau nak bagi hadiah ni. Ha tengok saya sanggup beli iphone yang sama macam awak tau" sambung amir lagi

"awak ni jangan lah membazir untuk saya" kata raseha serba salah "tak apa lah memang bukan awak yang nak tapi saya yang nak. Saya cuma nak tengok bakal tunang saya happy tu je" balas amir

"tolong lah ambil ye iphone ni. Tak apa awak jangan risau segala nombor apa semua saya dah tolong masukkan" kata amir lagi

"tapi saya tak pandai guna iphone ni" balas raseha dengan gelengan "saya ajar?" balas amir

Raseha mendiamkan diri seketika sebelum berkata "ok lah saya terima tapi saya janji saya akan cuba bayar balik" kata raseha

"tak payah lah ni kan hadiah" balas amir "tak apa lah" ujar raseha lagi "ish kalau awak tak nak amik saya merajuk" amir memalingkan wajahnya sambil berpeluk tubuh

raseha terus berdiri "eh nak pergi mana?" tanya amir "masuk lah dah orang tu merajuk kan?" balas raseha

amir memandang geram ke arah raseha "ha tu dia haji tengok tu dorang berdua duaan tu!" sampuk satu suara

Raseha dan amir terkejut apabila melihat iqbal bersama dengan beberapa orang penduduk kampung berada di depan rumahnya

...
TBC

DIA SI MR OVER PROTECTIVEWhere stories live. Discover now