Puan Min memandang Yoongi dan Hana dengan keadaan yang bingung . Bagaimana mungkin anak lelakinya itu mempunyai hubungan dengan pereka barangan Korea yang diminatinya .
Walhal dia amat mengenali anaknya itu bahawa Min Yoongi memang sukar untuk jatuh cinta dan dia tidak sama sekali menyukai hal berkaitan barangan wanita . Yoongi pula mula merangkul bahu Hana .
Puan Min berdecit apabila melihat tingkah laku anaknya . Dia amat mengenali anaknya itu . Jadi kali ini dia sudah membau aroma drama yang dirancangkan oleh mereka .
" Yoongi , Mama tidak semudah itu untuk ditipu oleh kamu . Mama tidak percaya pereka ini girlfriend kamu . I know you so well . Jadi , apa rancangan kamu selepas ini ? " senyuman sinis diberikan kepada Yoongi . Pandangan Puan Min kini beralih kepada Hana yang setia mendiamkan diri di sebelah Yoongi .
" Hana , jujur kepada saya . Berapa Yoongi bayar kamu untuk rancangan dia yang tidak menjadi ni ? " Hana tersentak apabila Puan Min berkata demikian . Genggaman erat yang terbina dipandang seketika sebelum dia menghela nafas berat .
Sebuah senyuman bermakna dan manis dihadiahkan kepada Puan Min . Sedikit sebanyak riak wajah Puan Min berubah . Melihat riak wajah Puan Min yang berubah , Hana lantas berkata - kata .
" Maaf , Puan Min . Saya Park Hana iaitu girlfriend kepada Min Yoongi . Kami telah menjalankan hubungan bersama selama dua bulan . Yoongi tidak membayar saya sekeping wang pun malah kami semakin mesra dengan hubungan yang dijalinkan . "
" Oh , lupa pula saya nak memberitahu Puan Min bahawa kami juga sudah terlanjur berkucupan dan sering tidur bersama . Tapi Puan Min tidak perlu risau kerana saya masih waras . Saya masih cukup kuat untuk melawan nafsu anak Puan ini . "
Yoongi yang berada disebelah Hana memandang Hana dengan riak yang tidak percaya . Hana pula tersenyum seperti sedia kala sambil memandang Puan Min . Suasana semakin tegang apabila Puan Min dan Hana saling berpandangan .
" Tch ! Sudah terlajur berkucupan . Saya tidak percaya Park Hana . Kalau betul silakan berkucupan dengan Yoongi sekarang " terdiam seketika Hana . Yoongi yang disebelahnya semakin berpeluh - peluh apabila Hana meletakkan kedua belah tangannya di pipinya .
Sebuah kucupan lembut diberikan kepada Yoongi . Membesar mata Yoongi tatkala Hana menciumnya lama . Puan Min tidak menunjukkan sebarang reaksi . Melihat Mamanya begitu , Yoongi juga membalas kucupan Hana .
Setelah beberapa minit , kucupan dilepaskan . Kedua - duanya mencari nafas akibat kekurangan oksigen sebentar tadi . Puan Min pula terdiam . Tidak menyangka Hana ini sungguh berani melakukan hal sebegitu .
" Damn , Yoongi . " Yoonji pula melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Min . Melihat Mamanya hanya mendiamkan diri , Yoonji tersenyum .
" Abang kau gila . Tak aku sangka kau betul - betul swag . Akak pun sama . Tak lama lagi Yoonji ada kawan la Mama dekat rumah ni . Yela abang kan dah ada calon ni " terbatuk - batuk Puan Min mendengarnya .
" Kalau begitu Mama percaya sekarang . Hana kamu jangan segan lagi dengan saya . Panggil sahaja saya Mama okay ? Jemput makan dulu . Yoongi , Mama nak ke atas sebentar . "
" Baik , Mama . Akak Hana mari makan ! " Yoonji yang terlalu gembira membawa Hana ke ruangan dapur sementara Yoongi masih di dalam dilema . Bibirnya disentuh sebentar .
' First kiss aku . Tak guna kau , Hana '
" Aku nak kau cari maklumat tentang dia . Segala - galanya , faham ? . "
" Baik . Saya akan menjalan tugas sebaik - baiknya "
" Bagus ! Aku taknak sesiapa pun tahu . Kalau aku tahu orang lain tahu akan hal ini , keluarga kau jadi sasaran aku . "
• • • • •
Kereta Yoongi kini berhenti di hadapan rumah Hana . Belum sempat Hana ingin meloloskan dirinya dari keluar dari kereta itu , lengannya sudah terlebih dahulu ditarik . Yoongi mengenggam erat lengan Hana .
" Sakit ! Apa lagi kau nak ? Aku dah berlakon , dah makan malam bersama . Jadi Yoongi , kau nak apa ? " lengan yang digenggam erat itu cuba dilepaskan . Tapi apakan daya , dia adalah seorang wanita yang lemah untuk menandingi kekuatan lelaki itu .
" Kenapa kau rosakkan rancangan kita ? Sejak bila kau berani nak berkucupan ? Aku tak suka kau buat sewenang - wenangnya , faham ! Kau perlu ikut sahaja rancangan kita " lengan Hana yang digenggam itu dilepaskan dengan kasar . Lengan yang terasa sakit itu diusap perlahan .
" Rancangan kita ? Maaf itu rancangan kau seorang sahaja ! Kalau betul ikut rancangan , kenapa kau genggam tangan aku erat ? " kini Yoongi terdiam . Situasi yang berlaku sebentar tadi bermain dalam ingatannya .
" Ah , sudahlah ! Kau pergi masuk , dah malam ni . Kau kena culik nanti aku yang susah " tanpa sebarang kata terima kasih , Hana terus keluar dari perut kereta itu . Yoongi pula sekadar menjadi pemerhati .
Setelah tubuh wanita itu masuk ke dalam rumah , barulah dia memecut laju membelah jalan raya yang sepi itu .
" Hana , kamu ada apa - apa hubungan ke dengan Yoongi tu ? Kenapa macam akrab je " Hana memandang abangnya dengan pelik . Yeohyun pula memandangnya . Lengan yang sering diusap oleh adiknya itu disentuh perlahan .
" Auch ! sakit abang . Jangan la tekan ! " jari jemari yang menekan lengannya itu ditepis kuat . Yeohyun hanya menyengih seperti kerang busuk . Yeohyun membuka sebuah laci dan mengambil beberapa barang rawatan luka kecil .
" Siapa buat adik abang macam ni ? Yoongi ke , jujur Hana . " Hana pula hanya mendiamkan diri . Yeohyun merawat lengan adiknya yang lembam itu dengan perlahan . Apabila suasana menyepi , Hana mula memegang lengan abangnya .
" Dari mana abang kenal lelaki itu , Yoongi . Hana tak pernah sebut nama dia "
" Adik tak perlu tahu . Apa yang adik perlu tahu ialah jangan dekatkan diri dengannya . Abang tak suka "
YOU ARE READING
[OG] BRA ° MYG
Romance[ on - going ] 》kau , aku dan wujudnya kita Start : 29 December 2019 End : ---