Yoongi menghempaskan tubuh badannya di katil empuk miliknya . Barang perkahwinan miliknya sudah pun diletakkan di tempat yang sepatutnya . Nafas lega dihela kerana dia bebas daripada serangan adiknya , Yoonji .
" Aku tak kisah kalau kau nak rahsiakan ke mana Papa pergi sebab aku pernah tahu tentang kewujudan Papa . Tapi aku kisah bila kau sembunyikan sesuatu yang aku sendiri tak tahu akan kewujudannya " omel Yoongi bersendirian .
Sedang leka memikirkan masalah keluarga yang melanda , wajah jelita Hana menerpa ke dalam pemikirannya . Yoongi tersengih sendirian tatkala teringat akan kucupan hangat yang diberikan kepada Hana .
Wajah Hana yang memerah itu membuatkan Yoongi semakin galak tersenyum seorang diri . Terasa lucu akan tindakannya sendiri . Senyuman Yoongi kembali mati apabila bayangan wajah seorang gadis yang tidak sukainya menerpa di dalam fikirannya .
" Tch ! Aku ni dah kenapa suka perempuan . Hana ? Bukan cita rasa aku . Menyemakkan otak aku je fikir pasal perempuan " lantas tuala digapai dan tandas dituju dengan segera . Niat Yoongi ingin membersihkan badan dan melupakan segala hal silamnya .
Pagi mulai menjelma , Yoongi terpisat - pisat membuka kelopak matanya akibat jumlah cahaya yang begitu banyak menerpa pandangan matanya . Secara perlahan - lahan , matanya cuba dibuka melawan kuantiti cahaya yang tidak terhitung nilainya .
" Abang , bangun . Sayang dah sediakan sarapan untuk abang " kelopak mata dikelipkan beberapa kali . Yoongi seakan - akan tidak percaya Hana berada dihadapannya dan memanggilnya dengan panggilan ' abang ' .
" kau demam eh ? Sejak bila kau panggil aku abang bagai ni ? Aku bukan abang kau " Yoongi bangun dari pembaringannya . Hana yang setia berdiri di hadapannya dipandang seketika dan lantas tangan Hana ditarik dan dibawa keluar dari biliknya .
" aku bukan suami kau lagi jadi sila berambus " baru sahaja Yoongi mahu menutup pintu biliknya , pintu biliknya ditendang kuat dari arah luar . Terkejut teruk Yoongi dibuatnya .Fikiran Yoongi hanya terkait dengan Hana .
' Manusia ni memang nak kena '
" kau ni memang tak faham bahasa ke ? " lantas pipi Yoongi ditampar kuat oleh Yoonji . Melihat abangnya masih diam tidak berkutik , tangannya lincah menarik telinga abangnya itu .
" Sakitlah bijak ! Kau nak kena pijak dengan aku ke apa ? " marah Yoongi sambil tangannya laju menggosok telinganya yang merah . Yoonji menyilangkan kedua belah tangannya di dada dan menggulingkan anak matanya .
" Aku ni adik kau Yoonji bukan Hana bakal akak ipar aku tu . Kau ni abang belum kahwin dah berangan teruk macam ni . Macam mana kalau dah kahwin ? Mahu Hana tu kau kerjakan hari - hari "
Terkekeh - kekeh Yoonji mengetawakan abangnya . Semakin galak Yoonji ketawa tatkala melihat wajah Yoongi yang merah menahan malu dan marah .
" Kau nak apa hanat ? Kalau tak ada benda penting sila berambus " ucap Yoongi lalu memasuki kembali biliknya .
" Aku kejut kau suruh sarapan . Aku dah buat sarapan . Kau tu ha gilakan akak Hana tu yang fikir aku ni akak Hana yang ajak kau sarapan " perli Yoonji dengan sisa baki tawanya sebelum dia menuruni tangga meninggalkan Yoongi yang sudah berada di dalam dilema .
' Aduh , kau pun satu Yoongi . Memalukan diri sendiri haih '
• • • • •
" Hana , duduk sini abang nak bagitahu sesuatu " Hana yang usai siap menyiapkan tugasan rumahnya lantas duduk di sisi abangnya , Yeohyun .
" Kalau abang suruh Hana duduk semata - mata nak bahas tentang Yoongi , maaf . Hana tetap dengan keputusan Hana " mendengar kata - kata adiknya , Yeohyun tersenyum lebar seakan - akan mengusik adiknya
" Abang cuma nak nasihatkan diri kamu tu . Bukan nak bahas tentang Yoongi . Nampak macam tak sabar nak kahwin ye kamu ni Hana " lengan sasa Yeohyun dipukul kuat oleh Hana . Yeohyun ketawa terbahak - bahak .
Dia sangat mengenali adiknya itu . Jika dia malu ada sahaja benda yang hendak dipukulnya bagi menutupi rasa malunya itu . Kadang sampai satu tahap Hana menarik rambut abangnya akibat terlampau marah dan malu .
" Merepek la abang ni . Benda baik tak baik lambatkan . Arwah Papa dan Mama cakap macam tu " bidas Hana bagi mempertahankan dirinya . Yeohyun hanya tertawa melihat tingkah laku adiknya yang sedaya upaya menutupi isi hatinya yang tersembunyi itu .
" Kamu yang fikir bukan - bukan . Abang tak ada pula cakap benda baik bagus dilambatkan kan ? Abang cuma nak pesan . Adik , lepas kamu kahwin dengan Yoongi nanti kalau ada masalah tolong beritahu abang . Yela nanti kamu dengan Yoongi mulai hidup baru "
" Abang ni pula seorang diri je nanti di rumah . Tak akan ada lagi adik yang teman abang . Ketawa , tengok televisyen dan makan bersama - sama . " jelas kelihatan wajah Yeohyun berubah menjadi sedih .
Melihat abangnya begitu lantas Hana memeluk lengan sasa Yeohyun . Kepalanya disandarkan di bahu Yeohyun . Tangannya perlahan mengusap lengan abangnya .
" Takpe abang . Adik janji adik akan bagitahu apa apa sahaja pada abang sebab abang je satu satunya yang adik ada sekarang . Jangan sedih okay . Nak jumpa adik nanti datang je rumah si Yoongi tu "
Dalam diam Yeohyun mengukirkan sekuntum senyuman setelah mendapat kata kata semangat daripada adiknya .
' Abang harap kehidupan kamu lebih baik daripada sebelum ini hana . Semua ini kerana kamu adalah harta abang di dunia dan buat selama - lamanya '
Im back ! Maaf lambat sangat update em syazana di sini sedikit sibuk . Harap maaf bukan sikit tapi banyak lol .
Syazana update satu dulu if ada respond from readers , syazana akan bagi update terupdate punya .
Sorry again for late update ! I love you sayang my readers ❤️
YOU ARE READING
[OG] BRA ° MYG
Romance[ on - going ] 》kau , aku dan wujudnya kita Start : 29 December 2019 End : ---