" Yoongi , tak macam mahal ke harga baju dekat butik ni ? " ujar Hana . Matanya melilau memandang baju pengantin yang ditayangkan di dalam butik ternama itu . Sempat juga dia meneguk air liur miliknya sendiri setelah melihat harga baju pengantin tersebut .
" Kau tak perlu banyak bunyi . Pergi pilih banyak - banyak baju pengantin dan pergi cuba . Aku nak tengok dan pilih nanti . " bidas Yoongi dan berlalu pergi meninggalkan Hana yang terpinga - pinga .
" Yoongi ! Aduh lelaki ini kalau dah berjalan cari baju sendiri memang tak ingat aku . Dia fikir aku anak itik nak kena cari sendiri ? " bebel Hana bersendirian . Seorang wanita berkulit kuning langsat mendatangi Hana .
" Puan Hana , sila ikut saya . Puan dikehendaki mencuba semua gaun pengantin yang telah dipilih oleh Tuan Yoongi . " membesar mata Hana setelah mendengar kata wanita itu . Kakinya dilajukan mengikuti langkah wanita itu sambil memikirkan butiran kata - kata wanita sebentar tadi .
' Yoongi pilihkan baju ? Boleh tahan cepat . Aku rasa tadi dia baru hilangkan diri dalam lima minit dah muncul balik dengan lebih sepuluh helai baju pengantin ? '
' Kau memang lelaki pelik , Min Yoongi '
" Kau cuba la baju tu satu persatu . Dah cuba keluar dari bilik persalinan tu . Aku nak nilai kena ke tak dengan badan kau yang tak berupa ni . Jangan kau buat rumah sendiri pula bilik tu . Duduk lama - lama nak jadi apa " bebel Yoongi berpanjangan .
Hana menarik muncung bibirnya dengan panjang . Kaki mula mengorak langkah menuju ke bilik persalinan . Tidak lupa muka dicemberutkan dan kaki dihentak - hentak semasa berjalan .
Marah dan merajuk katanya .
Sementara menunggu Hana mengganti pakaian , majalah disebelah Yoongi capai dan mula dibelek olehnya . Segaris senyuman terbentuk di bibir lelaki itu . Terkenangkan tingkah laku Hana tadi mampu membuatkan Min Yoongi tersenyum sendirian .
Hebat sungguh penangan Hana .
Setelah beberapa minit , Hana keluar dari bilik persalinan dengan gaun pengantin yang dipilih oleh Yoongi . Yoongi dengan lantas bangun dan secara drastik jari jemarinya bermain di dagu miliknya . Matanya mengecil tatkala dia menilik pemakaian Hana dari atas sehinggalah aras bawah .
" Yoongi , okay tak baju aku pakai ni ? " Yoongi menggeleng . Punggung dilabuhkan semula di kerusi empuk itu . Majalah dicapai lagi dan dibaca lagi .
" Aku nak kau pergi tukar baju lain . Aku tak suka baju tak cukup kain ni " membulat mata Hana mendengar kata sindiran Yoongi . Bukan marah akibat intonasi suaranya tapi marah kerana Yoongi seakan - akan tidak menghormati penjual butik di sini .
Hana menoleh ke arah wanita yang menolongnya tadi . Jelas kelihatan wajah wanita itu sedaya upaya mengukirkan senyuman . Hana sekadar memberikan segaris senyuman manis kepada wanita tersebut kemudian dengan pantas menukar pakaiannya .
Yoongi ini bukan tahu malu . Hanya sindiran sahaja mampu diucapkan . Jika lambat tukar pakaian nanti apa pula kata - kata yang bakal dihamburkan olehnya .
Setelah hampir dua belas pakaian Hana cuba , akhirnya pakaian yang Hana pakai buat kali ke tiga belas menarik minat mata lelaki berkulit pucat itu . Yoongi terdiam tatkala Hana mengenakan gaun pengantin yang begitu ringkas .
Gaun pengantin yang labuh mencecahi lantai yang menutup kaki Hana daripada kelihatan . Ukiran batu permata halus yang disulam kemas menambahkan lagi seri pemakainya . Kain berwarna putih salju dan lembut itu begitu menawan di mata Yoongi . Ditambah pula dengan bunga kecil yang disulam kemas di bahagian dada pakaian itu .
YOU ARE READING
[OG] BRA ° MYG
Romance[ on - going ] 》kau , aku dan wujudnya kita Start : 29 December 2019 End : ---