#1 : alkisah

58 2 0
                                    

"Mia nak pi mana nih? Tak reti nak dok rumah ka! Setiap kali balik, ada ja program merepek hg.. Abg hg pun satu, dah tau adik dia kaki jalan, dok bagi lagi kereta." Mak  aku dah start dah morning FM..

"Mak, Mia nak pi jumpa Mayat sat.. lama tak jumpa dia. Dia dah rindu sgt kat Mia. Susah jugak jadi baik & cantik yer mak?"jawabku selamba kat mak aku.

Dengan pantasnya aku grab  kunci keta abg aku and rush into the car. Demi mengelak bebelan mak aku. Mak aku dah panas membara dah, can see it from her face. What to do Mak, anak mak memang mereng.

by the way, Mayat nama manja kawan sekolah aku. Why Mayat?? Simply because she looks like it with her prefect uniform. Badan dah la cekeding, tu kena tuck in tudung masuk dalam baju. Tu pakai tie ketat ketat. Last-last kena panggil Mayat. At first, dia bengang gak.. lama-lama dia pasrah,hahahahha.. But for me, knowing her is one of the blessings that I had. Sangat baik & sangat caring. Suka tolong orang & family orientated. Now she is working as Banker in one of the local Bank.

After having a great gossip session with Mayat, maka aku pun ke 7 E, hajat nak beli ice cream.  Aku grab 2 almond magnum ice creams. One for me & one for mak. Semoga sejuk hati dia sikit.

Being the youngest & the only daughter, memang aku sangat rapat dengan mak aku & we get even closer after my father passed away 3 years ago.

Along has his own construction business & sudah lama berhijrah ke Johor Bahru bersama isterinya i.e. Kak Misha & 3 orang puteri mereka, Hana, Diya & Alya. Angah sebagai pendidik sedang berkhidmat di Kapit. Kereta Civic Angah yang aku tengah bantai pakai sekarang.

And me? My name is Mia Darlisha. Height 5 feet 9 inches and weight around 56 kg. Berkulit sawo matang. Ramai memuji aku kerana bentuk badan aku persis model & mempunyai sepasang mata yang galak. Warna mata hazelku & hidung ala ala artis hindustan memang boleh membuatkan lelaki memandang aku berkali-kali. But so far aku belum mahu menerima sesiapa pun. Aku pernah mendapat tawaran sebagai model untuk Dior ketika membuat practical namun Along telah melarang aku untuk berkecimpung di dalam bidang itu. Ramai gak kawan aku memaki aku but what can i say, my family decision is my decision. Chewahhh! Along tahu perangai adiknya yang jenis pakai t shirt with jeans & flat shoe sahaja. Stiletto never been in my shoe closet. Mana nak jadi model mcm ni! Agreed with you la Along!

So to begin with, I had just finished my degree in Accounting & Finance.Siap dapat first class degree hokeyyy. Not to brag about it, memang aku bersyukur dapat membanggakan family aku kali ini. Sejak sekolah lagi aku sangat suka bermain. Keputusan SPM aku hanyalah 5A namun mak aku tak pernah sesekali memarahi aku atau mempersoalkan keputusan aku. Along & Angah memang cerdik orangnya & both did well in their SPM, tak macam aku yang playful. What to do? Dalam family mesti ada satu yang tak guna & I can proudly says that the title goes to me.

So now aku tengah bekerja dekat Audit & Tax firm in KL. Sudah 8 bulan aku bekerja di sana. makin lama makin bosan. I found myself not an office type person. Letih & bosan apabila kena stayback habiskan job. Team Lead pulak jenis fussy. Yang ni tak kena yang tu tak kena. Kadang-kadang kerja sampai pukul 3/4 pagi nak siapkan assignment especially during peak period. Fuh letih letih, boleh cepat tua macam ni.

Aku pernah suarakan dekat abg-abg aku about leaving my job. But Angah advised me to seek experience first. Working life is like that. Nothing is easy & bla bla bla. Mak pulak suruh berhenti, she doesn't want me to do things that i dont want to. Very supportive mother kan. She asked me to go visit my Uncle in India.

Uncle Salim sudah lama berhijrah ke India & mengahwini gadis India bak Urmilla Matondkhar. He is having his own real estate business based in Kerala. Agak berada & mempunyai byk kenalan berpangkat tinggi. Boleh di katakan perniagaan Uncle Salim sudah berjaya & ternama di sana. Mempunyai sepasang anak, dimana seorang menjadi doktor, Dr Keisha di Sevenhills Hopital in Mumbai & anak lelakinya, Javed ikut jejak ayahnya berkecimpung di dalam business. Keisha sngat cantik bagiku kerana mukanya seperti artis india bernama Tamanna. Putih & kecik orangya. Perwatakannya yg ayu memang menjadi bualan. Uncle pernah menyuarakan pendapat untuk menjodohkan Alongku dgn Keisha namun Along sudah memiliki pilihan hatinya sendiri iaitu kak Misha. Keisha yang menyedari hal itu menarik nafas lega kerana Keisha lebih minat untuk berkahwin dgn local guy. Malaysia jauh katanya. Javed pulak 2 tahun lebih muda daripada aku. Orangnya memang hensem, badan tegap, tinggi, kulit putih & mata biru seperti ibunya. Kami berdua memang rapat dan dia selalu membahasakan aku sebagai didi iaitu kakak.

Uncle Salim rajin call mak aku, sembang sakan. Gossip tip top. Uncle jugak pernah menyuarakan kepada mak aku untuk mengambil aku bekerja dalam menguruskan hal hal kewangan syarikat beliau. We don't take it too seriously. Going there for holiday boleh la, but not for working with you la Uncle. Uncle aku ni pun boleh tahan garangya. Menangis aku dibuatnya nanti.

Meet My Mr Americano Where stories live. Discover now