#Mak

24 1 0
                                    

"Mia, ko makan maggi lagi ke? Tak habih habih maggi!" Chensy mula membebel.

Housemate aku dari Sabah ni memang sangat healthy orangnya. Kaki Yoga, kaki Quinoa & kaki marathon. Bf dia Raffael pun sama, kaki gym & kaki marathon. Sudah 7 tahun Chensy menetap di KL, bekerja sebagai penari Ballet. Kadang-kadang dia kerja part tima ajar budak budak menari ballet. Clients mostly T20 group. Anak artis pun ada gak.

"Eh, sedap apa. Aku boh teloq lagi nih. Ko rasa la sikit, pasti mahu lagi." Mendengar jawapan aku, Chensy sudah mencebik.

"Tak mahu aku, aku tak nak mati cepat!" Amboi Chensy, mulut puaka betol.

Malas aku nak layan Chensy, baik aku tengok Running Man. Kwang Soo & Ha Ha ni kalau tak kelakar memang tak sah.

Tiba-tiba, hand phone aku berdering.

"Assalamualaikum Amma ji. Aap kese ho?"

"Wasalam Mia. Mak ni. Hg kat mana? Ni tadi Uncle Salim call Mak. Aunty hg jatuh tangga. Kaki dia fractured. La warded"

"Laaa..awat sampai lagu tu. kesian Aunty, dah la baru elok daripada pneumonia." Terkejut aku dengar berita ni. Aunty aku ni memang baik. Aku antara anak buah favourite dia. Segala benda yang aku nak mesti dia bagi. Tu yang Angah aku cukup meluat dengan aku.

"Tu la. Mak dah call Along & Angah. Along suruh Mak pi lawat Aunty. Uncle hg dok nangis ja dalam phone tadi. Mak tak sedap hati la Mia. Hg follow Mak eh?"

Tersembur maggi dalam mulut aku! Mak aku ni biar betol! India kot, bukan Sg Petani. Habih kerja aku macam mana?

"Mak, Mia kerja la Mak. Mcm mana nak ikut Mak. Nanti bos Mia sound Mia. Tak pasal pasal kena fired! Dah la depa tak suka Mia."

"Haaa bagus! Mak kan suruh hg berhenti. Dah la Mia. Hg resign ja. Nanti ikut Mak eh. Mak tak sedap hati la Mia. Mak bagitau Along suruh book flight ticket."

"Eh Mak. Jap jap. Esok Mia bagitau Mak mcm mana. Mia kena tanya boss Mia dulu. Esok Mia call Mak eh."

"Mia, Mak nak pergi. Hg sorang ja boleh teman Mak. Along & Angah hg mana nak mai! Depa busy memanjang. Hg tak sayang kat Aunty hg ka? Hg la paling dia sayang. Esok petang Mak call Along hg suruh book tickets."

"Amboi Mak! Mia pun sayang Aunty. Macam ni la Mak, bagi Mia check dengan office dulu. Esok Mia call Mak naaa. Bye Mak. Take care tau. Don't worry too much. Anything call Mia."

"Bye"

Lohh.. bye ja? Marah sungguh. Hmmm..Mak.. Mak...

Trutttt trutttt, truttt trutttt..

"Hello Javed! Is that you? How is Aunty?? Are you in the hospital?"

"Yes it's me didi. Mom not doing good didi. She needs to undergo surgery tomorrow. They need to implant plates & screw at her leg. Right now the Doctor is monitoring mom's BP. Her BP reading was quite high just now. I'm so scared didi." Ternyata suara Javed sangat sedih. Anak manja Aunty aku.

Ya Allah, Engkau permudahkan la surgery Aunty Aku Ya Allah.

"You need to be strong Javed. Nothing bad will happen to Aunty OK."
"Didi will try to come soonest possible ya. Keep praying for Aunty. Didi will pray for Aunty too."
"Take care Javed. Didi loves you."

"Thanks Didi. I really hope you can be here with us. Anything i will let you know didi. Take care"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalan Javed"

mmm... nampaknya memang kena pergi India ni. Esok aku nak kena act tahap oscar award la ni. Adoiiii, confirm kena maki. "Ahhh, resign jer la Mia"

Meet My Mr Americano Where stories live. Discover now