01. Andrea

182 22 0
                                        

Flashback

Andrea ialah satu dunia yang berada jauh dari jangkauan manusia biasa. Dunia ini penuh dengan manusia yang memiliki kuasa supernatural atau manusia yang terpilih atas sebab lain yang diterima oleh sang pemimpin.

Rakyat Andrea terbahagi kepada dua iaitu para tentera yang dipimpin oleh sang Raja dan para penjaga keharmonisan negara yang dikendalikan oleh sang Ratu.

Tanpa disedari oleh pihak pemimpin, sebahagian daripada rakyat mereka mahu mengambil alih dunia itu untuk menakluki dunia yang lain.

Kelompok itu menyamar menjadi rakyat yang setia kepada pemimpin sedia ada untuk menghasut rakyat lainnya dan mengetahui kelemahan sang pemimpin.

Kelompok itu semakin merasa tidak tenteram saat mengetahui bahwa ratu sedang hamil. Dengan lahirnya anak kepada Ratu, mereka akan harus menjalani jalan yang lebih sukar untuk  dilakukan.

Banyak usaha telah mereka lakukan untuk membuat kandungan ratu gugur. Namun, kandungannya jauh dari kata lemah. Seakan-akan anak di dalam perut ratu itu dilindungi oleh Tuhan.

숨겨진 세상 ( Hidden World ) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang