I've have seen you at your worst but I still think you're the best
TELEFON pintar yang berada disebelahnya dijeling sekilas. Ada pesanan ringkas daripada whatsapp.
Ifti pandang sekilas telefonnya. Pantas Ifti Unlock.
I'll fetch you soon. - unknown
Berkerut dahi Ifti membacanya. Siapa yang hantar ni?
Siapa ni?
Ifti biarkan dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Ting! Bunyi pesanan daripada whatsapp lagi.
Eif - Unknown
Your name is Eif?
Ammar Rifqi. - Unknown
Ifti membulatkan mulutnya. Baru dia teringat siapa Ammar Rifqi atau Eif ini. Laju sahaja tangannya set nama pada nombor lelaki itu.
Class habis pukul berapa? - Eif
Dah nak keluar lah ni
Tunggu kat depan gate. - Eif
Kenapa pula awak nak kena ambil saya? Papa suruh ke? Takkanlah
I'm your bodyguard. - Eif
Ifti tercengang. Bodyguard? Siapa yang patut ada bodyguard ni sekarang? Aku ke papa?
Ifti kemas barang-barangnya diatas meja dan keluar dari dewan kuliah. Laju sahaja kakinya melangkah ke luar gate.
Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan sebuah kereta Audi A7 Sportback hitam parkir di bahu jalan. Ifti dekati perlahan-lahan. Belum pun sempat untuk dia ketuk cermin kereta itu pintu disebelah pemandu dibuka dan figura tinggi seorang lelaki keluar.
"Cik Ifti," Eif hadiahkan senyuman manisnya kepada Ifti. "Jom, masuk dalam kereta. Saya hantar cik Ifti."
"Encik Eif, kenapa saya pula yang kena ada bodyguard ni? Agreement kita hari tu encik Eif akan hantar bodyguard untuk papa saya. Saya takde minta bodyguard."
Eif mendekati Ifti yang sudah tersandar di pintu bahagian penumpang. Sebelah tangannya diletak betul-betul disebelah Ifti.
"Awak nak buat apa ni?"Ifti gelabah kerana tidak pernah ada lelaki yang sedekat itu dengannya sebelum ini. Eif senyum sinis sebelum tangannya turun membuka pintu. Ifti terkejut.
"Nak masuk tak ni?"
"Nak masuk lah ni!" Balas Ifti lantas masuk ke dalam kereta mewah itu.
Skip*
Lama berdiam diri barulah Ifti ada kekuatan untuk bertanya semula.
"Encik Eif, awak tak jawab soalan saya yang tadi. Nak saya ulang ke?"soal Ifti lebih kepada memerli.
"Boleh juga."
Ifti tepuk dahi perlahan. Kalau boleh dia nak hentak aja kepala dekat dashboard kereta ni.
"Saya minta awak untuk hantar bodyguard untuk papa saya dan bukannya untuk saya. Kenapa pula saya yang ada bodyguard sekarang ni?" Terpaksa lah juga Ifti ulang soalannya tadi.
"Untuk Dato' Imran memang dah ada tapi Dato' Imran request untuk saya jadi bodyguard awak."ringkas sahaja jawapan Eif.
"Tapi saya tak perlu bodyguard."
"Yes, awak perlu."
"Tak perlu!"
"Perlu!"
"Saya tak fahamlah!"
YOU ARE READING
Bodyguard : His Schat [C]
RomantikMengisahkan pertemuan tak disangkah Nur Iftiara aka Ifti dan Ammar Rifqi aka Eif disebuah butik tuxedo dan gaun. Setelah hampir 4 tahun mereka terpisah akhirnya mereka kembali bertemu. Namun bukan ini pertemuan yang diingini oleh Eif apabila Ifti ti...