Special Part #2

34 2 0
                                    

IFTI membantu ibu di dapur untuk masak. Eif pula keluar bersama Razin membeli beberapa barang masakkan yang lain dan pampers Haura. Pampers Haura tertinggal kat kerete satu lagi dekat rumah Eif. Disebabkan tukar kereta last minute sebelum kampung hari tu. Nasiblah ada spare dalam bag galas Haura yang memang dimasukkan Ifti jika mereka berjalan jauh.


Naziha terkial kial menyiang perut ikan di singki. Dia sudahlah geli nak pegang. Menyumpah Naziha di dalam hati.


"Ziha boleh tak tu? Kalau tak Ifti buat..."


"Tak payah sibuklah! Ziha boleh buat sendiri!" Kasar Naziha berkata. 


Wajah Ifti berubah dijerkah. Ibu meletakkan sayur di dalam bekas lalu mendekati Naziha.


"Biar ibu buat. Kamu pergi petik sayur tu. Petik sayur tahu kan?" Bersahaja suara ibu tapi sindiran halusnya cukup membuatkan Naziha malu. Pipi Nazihan berona merah. Lalu ikan serta pisau yang dipegang dilepaskan kasar ke dalam singki.


Ibu menggeleng perlahan melihat perangai menantunya itu. Tak boleh ditegur.


"Ifti nak masak apa ikan ni tadi?"Soal ibu lembut kearah Ifti.


Ifti tersenyum, "Ikan tenggiri masak asam, ibu. Abang Eif suka lauk ni."


Ibu mengangguk sambil tersenyum. Dia tahu itu menu kegemaran anak buahnya sejak kecil. Ifti menyediakan bahan bahan yang lain. Naziha yang memandang dari jauh makin rasa sakit hati. Dia tersenyum sinis mendengar menu yang Ifti akan masak.


"Lauk aku masak lagi sedap lah. Kau tengok nanti Eif suka lauk siapa." Gumam Naziha sendiri. Hampir lunyai sayur midin itu dibuatnya.



Di luar dapur, Eif dan Razin baru sahaja pulang dengan beberapa barangan yang diperlukan. Mereka masuk ke dapur dengan tangan penuh dengan barang barang. Masing-masing berpeluh dengan terik matahari yang tak perlu kata panas sangat!


"Eif nak air? Ziha ambikkan.." Eif menahannya. Wajah sepupunya yang betul-betul berdiri disebelahnya dikerling.


Jelas Razin seakan terasa dengan tindakan Naziha. Kenapa isterinya perlu sibuk pasal Eif sedangkan dia suaminya?


"Ifti ada. Razin ni memang haus dah dari tadi." Cepat-cepat Eif mendekati Ifti yang sedang memasak. 


Naziha melangkah kearah Razin bersama segelas air. "Nah, air."


Hanya itu yang dikata Naziha. Tiada senyuman. Tiada kemesraan.


"Ziha ni kenapa? Tak malu ke terhegeh-hegeh dekat suami orang? Tak malu dengan Ifti?"Perlahan suara Razin tapi penuh dengan amarah.


"Malu buat apa? Dia sepupu awak bukan orang lain pun." Jawab Naziha. Tiada langsung perasaan bersalah dalam hatinya.


"Saya tak tahu lah apa nak jadi dengan awak ni."


Bodyguard : His Schat [C]Where stories live. Discover now