Bab 32

33 3 0
                                    




Eif dan Ifti akhirnya tiba di London, tempat di mana Eif dibesarkan. Cuaca sejuk dengan angin dingin yang menyapa, tetapi kehangatan di dalam mansion keluarga Eif terasa menenangkan. Mansion itu adalah warisan keluarga Eif, dengan seni bina klasik yang indah dan taman yang luas.


Eif melangkah perlahan keluar dari bilik, cuba untuk tidak mengganggu tidur Ifti. Dia berjalan ke arah tingkap besar di hujung koridor, menarik langsir yang berat untuk membiarkan cahaya pagi masuk. Pemandangan dari tingkat atas mansion itu memperlihatkan taman yang ditutupi embun pagi, dengan pokok-pokok yang mula berubah warna kerana musim luruh.


Dia menarik nafas panjang, menghirup udara segar yang masuk melalui tingkap yang dibuka sedikit. London pagi itu tenang, jauh dari hiruk-pikuk yang biasa mereka hadapi di Kuala Lumpur. Rasa nostalgia menyelubungi hati Eif, mengingatkan dia akan zaman kecilnya di sini, sebelum dia berpindah ke Malaysia bersama keluarganya.


Selepas beberapa ketika, Eif memutuskan untuk turun ke dapur. Dia mahu menyediakan sarapan untuk Ifti, sebagai kejutan kecil. Dalam perjalanan ke dapur, dia melalui ruang tamu yang luas dengan perabot antik yang disusun rapi, dan potret-potret keluarga yang menghiasi dinding-dinding. Setiap sudut mansion ini mempunyai cerita tersendiri, dan Eif tahu Ifti pasti akan tertarik untuk mendengarnya.


Setibanya di dapur, Eif membuka peti sejuk dan memeriksa bahan-bahan yang ada. Dia memilih untuk menyediakan sarapan ringkas – roti bakar, telur hancur, dan jus oren segar. Dia tahu Ifti sukakan sesuatu yang ringan di pagi hari, terutamanya selepas perjalanan jauh. Ketika Eif hampir selesai menyediakan sarapan, dia terdengar bunyi langkah kaki halus mendekat. Dia berpaling dan melihat Ifti berdiri di pintu dapur, tersenyum manis dengan rambut yang sedikit kusut.


"Abang bangun awal," ujar Ifti dengan suara serak, sambil melangkah mendekati Eif.


"Tak awal sangat pun," balas Eif sambil meletakkan pinggan-pinggan sarapan di atas meja.


 "Abang nak buat kejutan untuk sayang, tapi nampaknya sayang dah bangun dulu."


Ifti ketawa kecil. "Ifti terbangun bila tak rasa abang kat sebelah. Lagi pun, bau breakfast pagi ni wangi sangat sampai buat Ifti tak boleh tidur balik."


Mereka duduk bersama di meja dapur yang besar itu, menikmati sarapan sambil berbual tentang rancangan mereka untuk hari itu. Eif merancang untuk membawa Ifti melawat tempat-tempat kegemarannya sewaktu kecil, termasuk taman-taman indah dan kafe lama di tengah kota London.


"Sayang, abang nak lawat arwah papa abang dengan tok ayah. Sayang nak ikut?"Tanya Eif lembut.


Ifti terdiam sejenak, merenung wajah Eif yang tenang namun penuh makna. Dia tahu betapa pentingnya lawatan itu buat Eif. Setelah selama empat tahun, barulah mereka tahu kebenaran disebalik kemalangan tragis Dato' Amsyar dan Tan Sri Amirullah disebabkan dendam Tan Sri Mansor.


"Of course, abang," jawab Ifti perlahan, senyuman manis menghiasi bibirnya. "Ifti nak ada di sisi abang, apa pun yang abang lalui."


Eif mengangguk, merasa lega dengan jawapan Ifti. Dia tahu ini bukan perjalanan mudah, terutama sekali kerana dia akan kembali ke tanah perkuburan di mana papanya dan tok ayahnya disemadikan, tempat yang penuh dengan kenangan dan perasaan yang bercampur-baur.

Bodyguard : His Schat [C]Where stories live. Discover now