Dengar .

76 2 0
                                    

Pernah merasa sakit?  

-

Saat itu kau rasa tiada siapa memahami .  Sepertinya kau lalui ini  hanya sisa yang mereka tinggalkan , busuk.  Tiba waktu saat kau tersadung ,  tiada seorang yang  menghulur tangan.  Kau seperti tidak bernilai bagi mereka. Cukup lah buat yang sering menyembur kata-kata manis yang semuanya dusta belaka.

Sungguh kau pasti mahu teriak pada langit. Mengapa masih terang bercahaya sedang yang terisi dalam diri hanya guruh yang terus-menerus menengking;

Buat kau yang sedang lagi bertahan,                                                                                                 Lepaskan lah takungan air mata,   Jangan biar ia di sana selamanya, Bernafaslah seolah kau masih punya waktu untuk  membuka mata,  Hanya engkau yang memahami setiap detik perjalanan ini.  Walau setisu manapun hatimu, palitkan ia dengan besi besi  agar bisa dirempuh bunga bunga yang berduri itu. 

Bentangkanlah resahmu pada larut malam . Ceritalah pada Dia.  Letaklah hatimu di samping tangan yang diangkat ke langit sambil mengalir segala penat dan  gelisah. Dia ada . Cuma kadang kau tak mahu cuba.Maka kuatlah. Aku ada untuk kau. Begitu juga Dia.



Puisi hari esokWhere stories live. Discover now