Chapter 2 - Negeri Ujung Tanah

44 3 0
                                    

tahun 1610
Negeri ujung tanah
.................
Kelihatan seorang lelaki berbusana melayu berlari terkocoh-kocoh Ke arah istana.

lelaki itu adalah seorang hulubalang istana.. Yang mahu menkhabarkan Kepada baginda sultan tentang berita yang ia dengar.

"Ampun Tuanku,ada utusan ingin menkhabarkan sesuatu kepada tuanku."penjaga pintu istana memberitahu baginda sultan.

"ouh benarkah,izinkan dia masuk menghadap".Sultan dengan baik hati berkenan.

setelah itu terlihatlah seorang lelaki dengan baju yang bermandi peluh masuk menghadap.

"Ampun Tuanku,beribu ampun..sembah patik harap diampun.Sebentar tadi hamba telah mendengar dari salah seorang Nahkoda kapal semasa berada di perlabuhan tadi..bahawa sebentar lagi lanun-lanun dari siam bakal menyerang negeri ini.Oleh itu hamba mohon Tuanku bersedia". Kata lelaki itu dengan nada yang resah.

Baginda Sultan nampak berfikir,muka yang tadinya senyum bertukar keruh.

"Dato' Bendahara di manakah Laksamana Bayu?".Tanya baginda sultan.

"Ampun Tuanku, Laksamana sekarang berada di perkampungan orang asli Tuanku..untuk melihat kejadian yang terjadi semalam".

"Beta titahkan panglima hitam pergi memangil Laksamana datang menghadap sekarang".Titah baginda Sultan.

"Menjunjung perintah Tuanku".kata panglima yang terkenal taat nya kepada sultan.
................

seorang wanita tua yang kelihatan uzur sedang bersandar di tiang sebuah pondok yang dibina disitu.

Wanita tua itu sedang melihat ke arah seorang lelaki gagah berwajah bersih yang sedang membantu orang kampung membina kembali rumah mereka yang roboh akibat ribut semalam.

lelaki itu memandang wanita tua itu lalu mengukir senyuman...lantas mengatur langkah yang gagah lagi teratur ke arah wanita tua itu.

"Nenek sudah makan?". Dengan nada yang sopan lelaki itu bertanya.

"Belum laksamana".dengan wajah yang kusam nenek itu menjawab.

lelaki yang dikenal sebagai Laksamana Bayu itu merasa kasihan lantas pergi mengambil semangkuk bubur.

"Ini,hamba berikan pada nenek, makanlah..tidak elok menolak rezeki".dengan sopannya Laksamana menghulurkan mangkuk yang berisi bubur Kepada nenek tua itu.

"Terima Kasih,semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan Laksamana".

"Aamiin ya Allah,nenek makan ya". Laksamana Bayu tersenyum.

Tiba-tiba jelas kedengaran telapak kaki kuda menuju ke arah Laksamana berada.

Dari kejauhan terlihat Panglima Hitam menungang kuda,dengan membawa sehelai kertas utusan dari istana.

"Assalamualaikum, Laksamana". Salam suci diucapkan Panglima Hitam kepada Laksamana Bayu,sambil menuruni kudanya.

"waalaikumussalam,ya ada apa panglima,mengapa begitu cemas sekali hamba melihatnya?".Tanya Laksamana dalam hairan.

"Baginda Sultan,menitahkan bahwa Laksamana perlu pulang semula ke istana, sebentar lagi para lanun dari siam bakal menyerang negeri Kita..kita perlu bersedia!".Tegas ucapan Panglima Hitam.

"Astagfirullah,baiklah kalau begitu segera Kita keistana".

setelah meminta izin pulang dengan Tok Batin..akhirnya mereka berdua bergegas ke istana.

************************************

NOTES

Chapter 2 paling pendek kerana bertujuan untuk intro scene tahun 1610 sahaja.

Follow Instagram : jayzen_official
Subscribe Youtube : Jayzen

************************************

Musafir CintaWhere stories live. Discover now