************************************
.....................
sementara itu di kapal para lanun siam.Chakra selaku ketua lanun..melihat anak buahnya melakukan penyediaan pengempuran.Negeri yang bakal mereka terjah ini..merupakan negeri terkaya di nusantara..dikhabarkan bahawa Sultan negeri tersebut mempunyai lima gudang emas.Maka membaralah nafsu tamak Chakra yang rakus."Cepat! sebentar lagi kita akan sampai,jangan ada satu pun yang tercicir!".Dengan garang Chakra memberi arahan.
"Kapten,kita dah semakin dekat,lihat itu negeri yang kaya dan besar itu akan kita musnahkan HAHAHAHAHAA".kata Awi Cakri orang kanan Chakra.
"Ya,kita akan kaya!!!".Chakra melonjak nafsu tamaknya itu.
....................
Pertempuran berlaku dengan dahsyat sekali.Banyak nyawa yang melayang, banyak jiwa yang tekorban.Laut bertukar menjadi merah darah...pepasir yang putih bertukar menjadi hitam akibat tumpahan minyak kapal.Laksamana Bayu bertarung dengan gagah.Tidak ada satu orang dari lanun-lanun itu dibiarkan hidup.
Tiba-tiba ketika Laksamana Bayu bertarung membanteras kebatilan di hadapannya.Datang Chakra dari arah belakang dengan bersenjatakan parang ingin menetak kepala Laksamana Agung Negeri Ujung Tanah yang dikenal baik pekertinya.
Belum sempat mata parang mencecah kepala Laksamana Bayu..dengan pantas Laksamana Bayu beralih arah lalu menghadiahkan dua tumbukan di rusuk kiri Chakra.Menyebabkan Chakra terundur ke belakang lalu memuntahkan isi perutnya.
Tumbukan Laksamana Bayu terasa begitu memeritkan..tulang rusuk Chakra bagaikan retak akibat tujahan tersebut.
"Saudara,hentikan semua ini..tidak ada gunanya kita berperang lagi,lihat orang saudara ramai yang tekorban..hentikanlah". Dalam situasi getir ini Laksamana Bayu masih berhemah dengan musuhnya.
"Kau yang seharusnya membayar semua nyawa orang aku,kau yang perlu bayar!!!".Dalam kesakitan Chakra hilang pertimbangan lalu menggila.
Dihayunkan parang membabi buta ke arah Laksamana Bayu.
Laksamana Bayu yang ingin berdamai terpaksa masuk ke gelanggang pertarungan..bunga persilatan di buka... dengan pantas Laksamana Bayu melompat lalu satu tujahan kaki kanan dilepaskan ke kepala Chakra.
Chakra terhoyong hayang akibat tujahan itu.laksamana Bayu tidak tunggu lama,dikuncinya leher Chakra hingga tidak bisa bernafas..lalu dipatahkan leher lelaki tersebut.Chakra terkulai layu.Maka tamatlah riwayat ketua lanun itu.
...................
Pertempuran telah selesai,ramai jiwa yang menjadi korban,ramai isteri yang menjadi janda serta ramai anak yang menjadi yatim."Panglima!".Panggil Laksamana Bayu sedikit melaung.
Datang Panglima Hitam dengan keadaan yang bermandikan darah.
"Ya Laksamana,ada apa yang hamba boleh membantu".Panglima menunjukkan rasa hormatnya.
"Hamba minta,asingkan prajurit kita yang tekorban di satu tempat..kemudian kalian uruskanlah mengikut syarak".pinta Laksamana Bayu.
"Laksamana ingin ke mana?".Panglima Hitam bertanya, melihat Laksamana Bayu seperti tergesa-gesa ingin ke suatu tempat.
"Hamba ingin ke bukit sana,firasat hamba mengatakan ada sesuatu yang terhijab di sana". Laksamana Bayu menunjukkan kawasan perbukitan yang mana perlu melalui hutan terlebih dahulu.
"musuh?".Tanya Panglima.
Laksamana Bayu mengelang."Bukan musuh tetapi salah satu keajaiban Allah". Laksamana Bayu mengukir senyuman.
sesudah meminta izin pergi... Laksamana Bayu mengatur langkah ke arah perbukitan itu.
"Semoga Allah melindungi Laksamana!".Panglima melaungkan suaranya.
Laksamana Bayu berkalih dan tersenyum.
........................
kawasan perbukitan ini terasa begitu sunyi, seperti seluruh margasatwa di sini sedang tidur.Tiba- tiba dari kejauhan terlihat seperti seorang lelaki yang terbaring pengsan.Laksamana Bayu lekas mengatur langkahnya ke arah lelaki yang terbaring itu.
"Astagfirullah,saudara....saudara". Laksamana Bayu mengerakan lelaki yang pengsan itu.
namun tiada reaksi yang diberikan oleh lelaki itu.Tiba-tiba satu Cahaya bewarna kebiruan terpancar dari tubuh lelaki itu.
Laksamana Bayu memuji kebesaran Allah.MAHA SUCI ALLAH YANG MENTADBIR LANGIT DAN BUMI.Tertanya-tanya Laksamana Bayu di dalam hati,siapakah lelaki ini
Laksamana Bayu seperti tertarik ingin menyetuh lelaki itu..tiba-tiba terasa bagai satu sedutan magnet menyedut Laksamana Agung Negeri Ujung Tanah itu ke dalam Cahaya tersebut.
Maka hilanglah Laksamana Agung Negeri Ujung Tanah tanpa meninggalkan jejak sedikitpun.
************************************
NOTES
Apa yang berlaku kepada Laksamana Bayu setelah kejadian itu? teruskan membaca ke next chapter.
Ingat Scene HALO ini kerana ia akan ada kaitan pada season kedua.
Follow Instagram : jayzen_official
Youtube : Jayzen************************************
YOU ARE READING
Musafir Cinta
FantasyZena Al-Harith dan Laksamana Bayu masing-masing dari abad ke-21 dan abad ke-17 saling bertemu. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi diluar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Laksamana Bayu terperangkap dalam abad ke-2...