Siapa kau hah? , kau nak mati ka!? " jerit mereka"
Mohon maaf atas kekhilafan hamba, nama hamba Syarif Ali." Kata jejaka tersebut"
Arghh! aku tak kisah , kau masuk campur aku bunuh kau!!"jawab mereka"
Sebelum itu , bolehkah tuan hamba mendengarkan permintaan hamba untuk meminta kedamaian diantara kita?" kata-kata Laksamana Bayu dengan santunnya.
Arghh pergi mamposlah dengan kedamaian ko tu, geng serang!!" jerit mereka"
*Mata Laksamana Bayu terus bertukar daripada tenang menjadi ngeri*
*Lalu tekanan udara di sekeliling terasa berat*
*Pergerakan mereka menjadi terhenti*
Kenapa aku tak boleh gerak ni, kenapa aku jadi takut sangat ni" kata seorang daripada mereka dengan nada yang menggigil.
Lalu dengan pantasnya Laksamana Bayu memintas.
3 orang daripada mereka jatuh pengsan dengan sekelip mata...
Apa yang sudah terjadi!! 3 daripada kita tumbang dalam sekelip mata sahaja!! 😰 " jerit mereka"
Tembakkk dia!!!!" jerit seorang yang beradi di tengah"
Tapi tak boleh bos , nanti kita pulak yang terbakar! " jawab seorang yang beradi di belah kanan"
Arghh tembak jelah bodoh! aku kata tembakk!! jerit bos mereka yang berada di tengah"
*Beberapa das tembakan dilepaskan*
Satu persatu das tembakan dapat di- elak oleh Laksamana Bayu seperti dia sudah menjangka dimana arah peluru tersebut akan meluru.
*Lalu terbakar disekeliling mereka*
Laksamana Bayu muncul disebalik api yang membara tersebut lalu mengambil salah satu senjata yang dipegang oleh mereka, lantas memukul kepala ketiga-tiga orang yang tersisa dengan sepantas kilat.
Allahu Akbarr!!!! "jerit Laksamana Bayu setelah mengalahkan geng2 The Raids dengan sekelip mata"
Mata Laksamana Bayu kembali seperti biasa.
Tekanan udara disekeliling juga turut kembali normal...
Laksamana Bayu terus menuju ke arah Harith dengan senyuman.
Tuan hamba baik-baik sahaja? " tanya Laksamana Bayu kepada Harith dengan nada yang mesra "
Ya saya baik-baik sahaja, terima kasih kerana telah menyelamatkan saya " jawab Harith dengan suara ketakutan"
Alhamdulillah , syukur kepada Allah yang maha esa... " kata Laksamana Bayu"
Eh, kenapa abang cakap macam orang melayu lama.. abang siapa, asal dari mana?.." tanya Harith dengan wajah yang keliru"
"Hamba bukan Siapa-siapa,melainkan seorang musafir yang kebetulan lewat ke sini."kata Laksamana Bayu.
"ouh Ya Saudara di manakah hamba sekarang,dan tahun berapakah?".Tanya Laksamana Bayu dalam kebingungan.Disekelilingnya sekarang ini adalah tempat yang begitu asing bagi dirinya.terdapat bangunan yang pelik-pelik dilihatnya.
Ouh sini melaka bang , tahun 2020 lah takkan abang tak tahu kot " jawab Harith dengan muka kehairanan"
*Lantas didalam hati Laksamana Bayu berkata --- Subhanallah , inikah petunjuk kebesaran Allah kepadaku ...*
Meskipun tuan hamba tidak mempercayai hamba, hamba sebenarnya tersesat daripada tahun 1610" Laksamana Bayu memberitahu Harith yang kehairanan"
Hah? biar betul bang, tipulah " kata Harith dengan suara yang janggal"
*Kata hati Harith berkata-- eh tapi macam betul jugak sebab tengok dia pun macam orang lama*
Hamba tidak akan pernah menipu sesama manusia , sesungguhnya menipu adalah sikap syaitan "jawab Laksamana Bayu dengan mukanya sedikit berubah menjadi tegang"
Ouh ya ya , baik...baik.. bang , bolehkah saya panggil abang , abang syarif? " kata Harith yang sedikit ketakutan lalu ingin mengubah topik"
Panggil saja semaumu , asalkan tidak menghinaku , buku apa di dakapanmu itu? " tanya Laksamana Bayu dengan nada yang santun"
Maaf, tapi ini adalah rahsiaku , atok aku telah memberi amanah kepadaku untuk menjaganya " jawab Harith"
Baiklah kalau begitu , hamba menghormati jawapan yang tuan hamba berikan " Laksamana Bayu"
*Dengan tiba2 buku itu hilang ditangan Harith*
Huh??? mana buku akuu !!!" jerit Hairh yang terkejut"
Laksamana Bayu dapat merasakan terdapat campur tangan ghaib yang telah menarik buku tersebut.
Dengan tangkas Laksamana membukakan langkah ingin menariknya kembali.
Tiba2 mata Laksamana menjadi kabur dan terus menjadi gelap.
************************************
*NOTES*Chapter 5 Ending Episode 1.
Laksamana Bayu terlupa untuk membacakan surah tertentu kerana kejadian tersebut berlaku secara spontan.
Kerana kesan daripada menganggu penarikan buku tersebut memasuki alam ghaib , ia telah memberikan serang balas yang mampu mengurangkan tenaga dalaman seseorang.
Ia tidak mustahil kerana penarikan tersebut dilakukan dengan Ilmu hitam tingkat tinggi.
Laksamana tidaklah lemah tetapi beliau juga manusia biasa juga yang tidak lari daripada membuat kesilapan...
Wallahu a'lam
************************************
YOU ARE READING
Musafir Cinta
FantasyZena Al-Harith dan Laksamana Bayu masing-masing dari abad ke-21 dan abad ke-17 saling bertemu. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi diluar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Laksamana Bayu terperangkap dalam abad ke-2...