" Dia ni tak main - main kan? "" Tak pasti "
Lelaki itu mengeluh perlahan . Jam ditilik hampir beberapa kali , Sesekali dia meraup wajahnya kasar .
" Dah cuba call dia? "
" Sudah , tapi dia tak angkat call "
" Halah! Apa ni? Janji pukul 9 a.m sekarang dah pukul berapa " Dia mendail lagi untuk beberapa kali . Tetapi kali ini berjaya.
" H-hello? "
" YAH! LEE TAEYONG! JANJI PUKUL 9 A.M SEKARANG DAH PUKUL BERAPA HUH? DATANG CEPAT SEBELUM AIR NI KAU YANG BAYAR! " Pantas Panggilan dimatikan segera, geram rasanya sudah bergelas air yang sudah diminum orang berjanji tidak juga kelihatan.
" Sabar Hyung sabar " Mark mengusap lembut belakang Jaehyun untuk menurunkan kemarahannya. Risau juga dia, kalau Taeyong tidak datang sudah pasti duitnya yang melayang. Jaehyun bukan boleh diharap, pernah seketika dulu Jaehyun sengaja tidak membawa dompet duitnya kerana hendak dibayar oleh Mark. Panas hati dibuatnya dengan sikap Jaehyun, tetapi itu dahulu sekarang tidak tapi boleh jadi juga dengan kemarahan Jaehyun sekarang bila - bila masa duitnya melepas.
[Taeyong POV]
Telefon pintar berjenama Samsung milik aku berdering, Dengan rasa malas aku menggapai - gapai untuk mengambil telefon pintar aku yang terletak di atas meja bersebelahan dengan birai katil. Dengan pantas panggilan tersebut aku tolak lalu kembali tidur semula.
Drtt.. Drtt..
" Haish! " Telefon mula berbunyi lagi, Aku merengus kasar pantas mengapai telefon pintar lalu dijawab.
" H-hello "
" YAH! LEE TAEYONG! JANJI PUKUL 9 A.M SEKARANG DAH PUKUL BERAPA HUH? DATANG CEPAT SEBELUM AIR NI KAU YANG BAYAR! "
Terkejut aku dibuatnya, baru dijawab panggilan sudah ditengking sebegitu rupa, salah aku juga tidak melihat terlebih dahulu nama si pemanggil. Belum sempat aku membalas panggilan sudah dimatikan. Wah! Senang betul! Aku berdecit kecil, ditilik screen telefon tertera dengan nama ' JAEHYUN ' serta - merta aku teringat janji yang telah aku buat bersama Jaehyun dan Mark. Pandangan aku alihkan ke arah jam.
" Huh?! Pukul 9 lebih?! " lekas aku bangkit dari pembaringan, tuala dicapai lalu ke bilik mandi.
Baju T-Shirt ringkas berwarna hitam serta Seluar Jeans yang mengikut trend terkini menjadi pilihan aku tambahan pula aku sememangnya tidak suka memakai pakaian yang seakan-akan melebih cukup sekadar T-Shirt yang ringkas, sudah Tampan bukan? Topi kesukaan aku diambil pakai lalu aku bergegas keluar.
__________
Pintu Cafe dibuka, Aku meneliti dimana tempat Jaehyun dan Mark berada sehingga terhenti disesuatu sudut Cafe. Pantas langkah dibuka menuju ke arah mereka berdua.
" Sorry! Aku lambat " Aku tergelak kecil sambil menggaru leher. Sengaja cover malu.
" Kau buat apa? Semalam bukan main berjanji sekarang tengok pukul berapa baru kau datang . Semua ni kau bayar "
" Hyung, bayar kan? Jangan suruh Mark pulak " Mark memandang Jaehyun sekilas sambil tersenyum kecil.
" Yerla Hyung bayar " Tersenyum lebar Mark dibuatnya. Terlepas keresahan hatinya yang ditahan sejak tadi.
" Kenapa ajak jumpa harini? Lepak? Rasanya feeling tu dah tak der " Jaehyun menanya aku yang bermain telefon pintar aku seketika.
" Bukan la. Tengok ni "
YOU ARE READING
Unwritten Confluence 쓰지 않은 합류 [ TAEYONG NCT ]
Fanfiction" Saya mis- " " Kau miskin, kau kotor, kau hodoh, pakaian kau teruk. Tapi kau lain, kau tak sama macam perempuan lain " " Tolong Taeyong, jauhkan diri awak dari saya. Kita tak setaraf orang bencikan saya macam mana awak boleh ada dengan saya? Tolong...