[ SEOYOUNG POV]
Aku menarik lemah beg sementara mencari tempat yang sesuai untuk berehat seketika, tambahan pula sejak akhir-akhir ini cuaca berubah menjadi agak dingin membuatkan wajah aku bertambah pucat, bibir aku menjadi merekah. Baju lengan panjang serta sedikit labuh yang dipakai aku tarik untuk mengurangkan kesejukan. Pada waktu lewat malam sebegini bandar Seoul terlihat sedikit lenggang, hanya ada beberapa kereta lalu-lalang yang mungkin sesetengahnya pulang dari tempat kerja.
Aku mula keletihan, langkah mula menjadi berat tapi aku tahan sehingga jumpa tempat yang agak baik untuk berehat, dan akhirnya menjumpai tempat yang agak sunyi, hanya ada beberapa lampu jalan yang hampir kerosakan menyuluh sekitar kawasan tersebut yang berada tidak jauh dari kawasan kedai - kedai yang telah tertutup. Aku bergegas ke sana, beg yang aku tarik aku letakkan di tepi lalu melabuhkan punggung. Sunyi, aku memeluk tubuh erat kerana kesejukan melampau sesekali aku mengeser kedua tapak tangan untuk beberapa kali dan lekapkan ke muka.
Selalunya pada waktu begini, tentu aku dan mendiang Omma selalu menonton movie bersama-sama, bergurau-senda sambil menikmati snek pada lewat malam. Aku tersenyum, nafas aku tarik perlahan cuba untuk menahan air mata dari mengalir. Sedang ralit termenung aku mula terbau bau yang kurang menyenangkan seperti arak dan rokok, pandangan aku berlegar-legar di sekeliling kawasan dan aku melihat beberapa orang lelaki yang berjalan secara terhuyung-hayang. Dada aku mula berdebar, beg di tepi aku pegang lalu bangun. Jika aku berlalu semestinya derap langkah aku akan kedengaran, aku mula melangkah perlahan-lahan secara mengundur tetapi aku terhenti kerana terlanggar seseorang.
" Hey, sorang? " Suara yang kedengaran miang menyapa telinga. Aku membatu dan mula cemas, badan aku seperti berat mahu bergerak.
'Sesiapa, tolong aku' Getus aku dalam hati. Air mata aku mengalir laju. Rasa takut mula menyelubungi.
Bahu aku dipegang kuat lalu badan aku di pusing menghadap lelaki itu, aku memejamkan mata sekuat hati berdoa semoga masih ada yang berjalan-jalan di sekitar sini.
" Pegang dia " Aku kaget. Serta-merta aku membuka mata, beberapa orang lelaki dibelakangnya mula berjalan ke arah aku lalu memegang tangan aku kuat.
" Lepas lah! Pergi! Tolong! " Aku mula memberontak, menjerit meminta tolong sambil menolak - nolak.
Ppakk! Pipi aku ditampar kuat sehingga terteleng. Aku mula lemah, tetapi masih mencuba bertindak secara agresif hingga lelaki itu menampar aku untuk kali kedua hingga aku jatuh terduduk. Ketika itu nasib baik menyebelahi aku, botol arak yang bergelempangan aku ambil lalu memecahkan di kepala salah seorang daripada mereka, beberapa lelaki lain berusaha menangkap aku tetapi kerana mabuk, pergerakan mereka menjadi terhuyung-hayang. Pantas aku menolak mereka hingga terjatuh lalu menarik beg dan lari.
__________
" Dah memang tak ada rumah ke sampai tidur sini? " Badan aku ditolak kuat hingga terjatuh, terkejut aku dibuatnya dada aku usap perlahan sambil cuba memproses keadaan. Aku memandang wanita yang duduk di tempat aku, dia menjeling tajam lalu memandang ke arah lain. Aku bangun semula lalu duduk seperti biasa.
Stesen bas dari waktu ke waktu semakin berkurangan, aku duduk memandang lantai sambil memeluk tubuh kerana kedinginan. Muka aku bertambah pucat, sejak kelmarin perut aku tidak diisi. Sakit gastrik aku mula menyerang aku sedaya upaya menahan, muka aku berkerut.
" Cik, cik okey? " Aku terkejut lalu memandang orang tersebut. Peristiwa semalam mula menjengah ke dalam fikiran.
" S-saya okey " aku mula menjauh ingin bangun dan pergi dari situ.
" Cik nak pergi mana? " Aku tidak mempedulikan suara lelaki yang memanggil aku dan teruskan berjalan.
" Tunggu " tangan aku ditarik lembut lalu badan aku menghadap lelaki tersebut.
" Lepaskan saya " Aku takut, cemas, suara aku bergetar kerana kejadian malam tadi. Lelaki itu perlahan melepaskan tangan aku.
" Sorry. Tapi saya bukan orang jahat, awak nampak tak okey muka awak pucat. Awak dah makan? "
Aku berdiam diri, mulut aku seperti dikunci.
" Awak dah makan? " sekali lagi lelaki itu bertanya tetapi badan nya direndahkan lalu mukanya melihat aku lebih dekat kerana aku yang tertunduk sejak tadi.
" B-belum " Terluah juga perkataan itu dari mulut aku. Lelaki itu tersenyum.
" Jom, saya bawa awak makan " lelaki itu memegang tangan aku lalu menarik aku lembut supaya mengikutinya.
_________
Seoyoung makan hingga tidak sedar lelaki dihadapannya, lega rasanya perut sudah terisi. Sedang leka menikmati makanan, dia secara tiba-tiba memperlahankan cara makan lalu memandang lelaki dihadapanya yang leka bermain telefon silih-ganti. Niatnya ingin bertanya sesuatu tetapi dibatalkan sahaja lalu meneruskan makan hingga selesai.
Pinggan ditolak perlahan sedikit ke hadapan hingga lelaki dihadapannya tersedar lalu menyimpan telefon ke dalam poket.
" Sudah? "
Seoyoung mengangguk kecil sambil menunduk. Lelaki itu terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Usai selesai, mereka keluar , ketika lepas dari pintu kafe Seoyoung tidak Berganjak . Dia seperti sedang berbicara dengan dirinya sendiri, kelihatan seperti mempunyai soalan juga ada. Lelaki itu memandang Seoyoung pelik.
" Awak okey? "
" Huh? " Seoyoung memandang lelaki itu.
" T-tak ada apa-apa "
" Duduk sini " Lelaki itu mengajak Seoyoung untuk duduk di kerusi berdekatan. Mungkin mahu berbicara dengan Seoyoung, sepatutnya sejak dari waktu makan tadi dia mahu bertanya Sesuatu tetapi didiamkan sahaja kesian melihat Seoyoung makan seperti terlalu kelaparan.
" Awak dari mana? Kenapa bawak Beg besar - besar? Awak nak pergi mana-mana? " bertubi-tubi soalan ditujukan persis seperti sedang soal tanya dalam bilik mahkamah antara peguam dan saksi.
Seoyoung teragak-agak mahu menjawab. Dia diam kan dirinya sahaja. Tidak bersedia mahu berbicara lebih lanjut.
" Tak apa. Ambil masa awak, saya paham mungkin soalan ini agak menganggu awak "
" Err- Encik.. Awak, Enc- "
" Panggil saya Taeyong, LEE TAEYONG "
TBC....
Eᴘɪsᴏᴅᴇ 2 Pᴜʙʟɪsʜ!
τακ α∂α ℓαgι κοиƒℓικ γα? єиנογ ∂υℓυ ꒰◍ᐡᐤᐡ◍꒱
↪ᵛᵒᵗᵉ | ᶜᵒᵐᵐᵉⁿᵗˢ
YOU ARE READING
Unwritten Confluence 쓰지 않은 합류 [ TAEYONG NCT ]
Fanfiction" Saya mis- " " Kau miskin, kau kotor, kau hodoh, pakaian kau teruk. Tapi kau lain, kau tak sama macam perempuan lain " " Tolong Taeyong, jauhkan diri awak dari saya. Kita tak setaraf orang bencikan saya macam mana awak boleh ada dengan saya? Tolong...