Episode 3

51 7 0
                                    


" Err- Encik.. Awak, Enc- "

" Panggil saya Taeyong,  LEE TAEYONG "

" Oh, T-taeyong saya cuma nak cakap terima kasih sebab bawak saya makan dekat tempat mewah macam ni say- " Belum sempat Seoyoung menghabiskan percakapannya pantas taeyong memotong.

" Mewah? " Taeyong ketawa kecil. Seoyoung 'blur' untuk seketika. Kenapa dengan lelaki dihadapannya ni?

" Ni bukan semewah restoran, kafe tempat lepak-lepak. Maaflah tak bawak awak ke restoran mahal, mewah sebab kafe ni je yang dekat di kawasan ni "

" Eh tak! Saya betul-betul terima kasih. Kafe pun sedap " Seoyoung memperlahankan suara ketika menyebut ayat yang terakhir. Betul juga biarpun hanya kafe tapi makanan itu tidak dinafikan biarpun hanya dihidang sepiring kek sekalipun.

Taeyong tersenyum. Dia berdehem seketika untuk menghilangkan kejanggalan. Kekok sebenarnya, duduk berdua bersama seorang perempuan yang tidak dikenali. Kali terakhir dia melakukan perkara sebegini pada setahun yang lalu bersama bekas kekasihnya Lee Ahreum.

" Okey, saya pergi dulu. Kalau bertuah kita jumpa lagi " Taeyong bangun menghadiahkan senyuman seperti biasa lalu pergi meninggalkan Seoyoung yang terpinga-pinga.

Seoyoung termenung. Dimana dia harus tinggal sekarang? Tanpa sebarang duit bagaimana dia hendak pergi ke sesuatu tempat? Dia mula bingung sedih meratapi nasib diri. Dia bangun lalu mula berjalan lagi disekitar bandar Seoul tanpa hala tuju.Orang-orang yang lalu-lalang disekitarnya memandangnya pelik. Seorang perempuan, selekeh, kotor sambil menarik sebuah beg yang besar berjalan-jalan sekitar bandar Seoul sememangnya menarik perhatian. Ada yang memaki-hamunnya secara diam-diam ada yang berjalan melepasinya sambil menutup hidung.

Seoyoung mengeluh, air matanya menitik sebutir demi sebutir dia cuba menahan tetapi tidak mampu itu bukan menyeksa fizikalnya tetapi perasaannya. Dilap air mata beberapa kali mengambil nafas lalu berjalan dengan yakin kali ini.

Sedang dia berjalan, sebuah kereta berhenti perlahan-lahan di tepi jalan beberapa meter dari tempat Seoyoung berjalan. Seoyoung tercegat berdiri di situ, kereta itu berhenti untuk dia kah?

Seorang lelaki yang agak dikenalinya keluar dari kereta. Lelaki itu adalah Taeyong, lelaki yang menolongnya seketika tadi.

" Jom ikut saya, jangan risau saya tak buat perkara yang bukan-bukan. Awak berjalan disekitar sini tanpa hala tuju buat saya risau, banyak orang jahat. Awak perempuan " Panjang lebar Lelaki itu terang. Jadi dia melihat Seoyoung dalam diam? Dia risaukan gadis itu? Begitu?

" Err- Taeyong tak apa saya okey,saya boleh jaga diri saya sendiri " Seoyoung cuba menolak pelawaan itu secara lembut. Sejujurnya Taeyong terlalu baik.Tetapi dia berasa ini agak melebih untuknya, lelaki itu sudah membawanya makan itu sudah lebih dari cukup. Membawanya pergi bersama lelaki itu adalah sesuatu hal yang agak menyusahkan lelaki itu nanti. Seoyoung juga dikenalnya tidak begitu lama hanya beberapa jam sahaja.

" Jaga diri? Awak pasti? Habis kenapa dengan tangan awak? Pipi awak? Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat awak sebelum saya berjumpa dengan awak tapi saya rasa awak mengalami sesuatu yang buruk sebelum ni, Are you sure you can take care of yourself? Listen, no more excuse ikut saya dan yang paling penting saya tegaskan,awak mungkin akan fikir negatif soal saya sebab saya nak bawak awak ikut dengan saya bukan? Tapi tak saya tak akan buat perkara yang tak senonoh dengan awak " Tiada senyuman terbit dimuka Taeyong seperti apa yang Seoyoung lihat beberapa jam yang lalu. Dia benar-benar serius dengan apa yang dikatakan sebentar tadi. Seperti ini bukan Taeyong yang dia jumpa ini seperti orang lain.

Taeyong menarik tangan Seoyoung ke keretanya dan dibukakan pintu, takut untuk membantah Seoyoung hanya ikut apa yang Taeyong lalu. Mulutnya seperti dikunci takut, kepala ditundukkan ke bawah. Taeyong mula masuk ke tempat pemandu, enjin dihidupkan lalu keretanya laju melungsur di atas jalan raya.

" Sebenarnya saya kena halau " Seoyoung membuka mulut untuk menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku ke atasnya terhadap Taeyong selepas mulutnya dikunci sebentar tadi. Dia yakin Taeyong tidak jahat dan harus tahu tentang ini.

" Halau? " Taeyong memandang jalan dan Seoyoung silih ganti.

" Ya. Saya dihalau oleh makcik saya sendiri, omma meninggal beberapa hari lalu dan saya dihalau semalam. " Taeyong hanya fokus kepada pemanduan tetapi telinganya mendengar apa yang diluahkan Seoyoung.

" Makcik saya tak pernah senang tentang kehadiran saya dekat keluarga tu sebab saya hanya anak yang dikutip, saya betul-betul terkejut pada mulanya ketika hari saya dihalau makcik mula menceritakan perkara sebenar tentang status saya, hak penjagaan dan kenapa mendiang omma tak pernah beritau saya tentang status saya yang sebenar. "

" kenapa pula? "

" Sebab mendiang omma tahu, kalau dia bocorkan tentang hal ini saya akan mula memberontak mungkin akan membawa diri keluar dari rumah saya. Tapi apa yang Mendiang omma fikirkan itu betul jika saya mengetahuinya lebih awal saya mungkin akan buat seperti yang mendiang omma fikir. Dan sekarang saya dihalau, dan saya perlu teruskan hidup seorang diri. " Panjang lebar Seoyoung bercerita sesekali dia menoleh seketika Taeyong yang fokus terhadap pemanduannya.

" Tapi awak ada saya " Seoyoung membeku. Tidak tahu mahu beri reaksi yang bagaimana. Dia teragak-agak menoleh ke arah Taeyong. Serius sahaja wajah Taeyong.

___________

" So here " Pintu rumah kondominium miliknya dibuka. Seoyoung terpengun seketika, rumah ini terlalu mewah buatnya. Kerana sebelum ini dia serta mendiang ommanya hanya tinggal di rumah yang serdahana sahaja tidak sebegini.

" Sorry, rumah ni saja yang kosong sekarang sebab yang lain dah ada orang beli. Sengaja saya beli sebab err- yaa..  Saja? Tapi maaf agak berhabuk sebab dah lama saya tak datang entah kali terakhirnya bila " Taeyong tergelak kecil. Baguslah sekurang-kurangnya wajahnya tidak la seperti tadi dia benar-benar serius.

" Tak apa. Ni terlalu mewah buat saya " Seoyoung memerhati sekeliling ruangan rumah milik Taeyong.

" Awak rehat dulu, saya nak balik nanti saya datang balik "

" oh ya. Okey " Pintu rumah tertutup. Seoyoung membuka perlahan langkahnya menuju ke arah bilik tidur. Dibukanya pintu perlahan lalu dijenguknya seketika. Diperhati sekeliling ruang bilik, agak berhabuk tetapi masih boleh dilihat seperti bilik. Ini sudah cukup baginya, diberi tempat tinggal di tempat yang semewah ini.

Dia duduk di atas katil lalu berbaring untuk seketika untuk merehatkan tubuh badannya yang sudah bergerak entah berapa lama. Tetapi dia bangun semula menuju ke arah meja solek, dibukanya laci meja. Dia melihat gambar seorang perempuan diambilnya lalu dibelek.

" Lee Ahreum? "  dia mula mengambil segala barang yang berisi di dalam peti lalu dibelek satu persatu. Beberapa gambar Lee Ahreum bersama Taeyong? Dan juga sepasang cincin yang berwarna silver. Dia pasti gadis yang bernama Lee Ahreum mungkin seorang yang amat bermakna buat Taeyong.

" Aku tak patut kacau barang peribadi orang lain . " Disimpan semula semua barang-barang tersebut ke dalam laci lalu mencari tuala di dalam almari untuk membersihkan diri.

TBC...



Eᴘɪsᴏᴅᴇ 3 Pᴜʙʟɪsʜ! 

Selamat bercuti, PKP dilanjutkan selamat meneruskan rutin harian menatap peti ais, masuk keluar bilik air, cakap dengan dinding. 

↪ᵛᵒᵗᵉ | ᶜᵒᵐᵐᵉⁿᵗˢ

KEEP READING!










You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Unwritten Confluence 쓰지 않은 합류 [ TAEYONG NCT ] Where stories live. Discover now