Vocal :
[ Becca=SooNeul, Emily=Gen, Amy=YeeJin, Flo=HaNa, Chyntia=Fia ]
Beat-Box :
[ Esther=SuBa, Aubrey=HaeRa, Chloe=Belle ]
⚪
⚪
⚪
Akhiri sahaja 'denda' yang sudah kami langsaikan, terus aku menapak ke ke tempat duduk tadi. Masih geram dan berasa tidak adil!
Mana tak nya, Carrie dan rakan-rakan main tipu sewaktu perlawanan berlangsung. Sepatutnya, kena ikut giliran untuk menyanyi, tetapi Carrie seolah-olah bergabung dengan 3 kumpulan lelaki.
Dan si Andy ni pula, tak habis-habis menyebelahi kumpulan Carrie. Katanya, Carrie lebih mengagumkan berbanding kumpulanku.
Huh.
Tapi, tidak mengapa. Aku cukup berpuas hati kerana, sewaktu aku persembahkan dendaku tadi, hampir semua pelajar ternganga melihat rentak dan melodi yang kami hidupkan.
Yea, waktu tingkatan 1 hingga 3 aku, SuBa dan YeeJin pernah memasuki kelab acapella yang pernah ditubuhkan di sekolahku.
Namun, setelah senior kami yang paling lagenda tamatkan pengajian, kumpulan acapella tidak lagi gah seperti dahulu.
Dan kelab ini juga terpaksa dibubarkan sewaktu aku berada ditingkatkan 4, kerana tiada lagi pelajar yang ingin sertai. Sedikit kecewa dengan tindakan pelajar junior.
Tika ada masa terluang, aku, SuBa dan YeeJin akan mengajar HaNa, Gen dan HaeRa menyanyi. Mengikut rentak dan irama yang sesuai. Kami cukup suka luangkan masa serbagitu.
Aku pernah memenangi johan 3 tahun berturut semenjak aku sertainya. Yup, senior kami cukup sukakan aku, YeeJin dan SuBa mempersembahkan dengan jayanya.
"Padu doe kau Soonie. Aku tak tahu pulak kau pandai nyanyi."
"Yelah, dulu warga sekolah tak pernah tengok persembahan acapella group. Korang cuma bertanding di luar sekolah je."
"Itulah tu, kalaulah masa boleh putar, aku nak tengok persembahan korang."
Pelajar perempuan mula memuji aku dan kawan-kawan. Carrie dan rakannya menjeling menyampah kerana tidak puas hati dengan pujian yang dilambung kepadaku.
Tengok, siapa yang menang.
Aku tersenyum puas. Nak lawan, kena pastikan bukan salah orang. Tiba-tiba mataku tertangkap ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di pintu belakang dewan.
Jimin.
Kehadirannya, membuatkan aku lebih semangat dan aktif dalam acapella. Dia tengok semua persembahan yang ku lakukan.
Dia mengangkat ibu jari dari jauh ke arahku dan aku memberikannya senyuman manis. Waktu ini, pelajar lain ralit bersembang dan tidak perasan interaksi antara aku dan Jimin.
"Aku rasakan Soonie, kalau kita sambung ke universiti, agak-agak ada tak yang pilih kita?"
SuBa memecahkan interaksi aku. Aku mula fokus padanya. Abaikan suamiku.
![](https://img.wattpad.com/cover/216628515-288-k515228.jpg)
YOU ARE READING
Eyes For You | 지민¹
Fanfic"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...