"Abang... maafkan Aidil. Maafkan segala salah dan silap Aidil pada abang selama ni. Aidil tahu Aidil dah banyak susahkan abang. Aidil sayang abang, tapi Aidil tak sanggup nak teruskan hidup ni lagi tanpa Isya, bang. Maafkan Aidil sebab tak berpeluang nak balas jasa baik abang menjaga Aidil selama ni. Halalkan makan minum Aidil. Maafkan Aidil sebab tak jadi Adik yang baik untuk abang."
Pesanan suara yang dititipkan oleh Aidil buat Adam sebentar tadi benar-benar meruntun jiwa si abang. Adam yang baru sahaja mengaktifkan semula telefonnya yang dimatikan tadi amat terkejut mendengar setiap bait kata daripada adiknya. Dia dapat merasakan bahawa ada perkara buruk yang bakal terjadi kepada adik kesayangannya itu. Adam terkaku. Kepalanya ligat memikirkan kemungkinan yang berlaku kepada aidil dan kenapa adiknya memberi pesanan berbau perpisahan begitu?
Tidak! Aidil takkan apa-apa. Adam meyakinkan hatinya yang sudah gundah-gulana. Sepantas kilat, kunci kereta di atas meja segera dicapainya. Dia harus mencari adiknya saat itu juga. Hatinya semakin gelisah selagi tidak tahu keadaan Aidil yang sebenar.
Sejak dari pagi lagi, Adam menghabiskan masanya di pejabat seperti biasa. Dia tidak menerima sebarang berita langsung daripada adiknya itu. Sangkanya, semua berjalan lancar seperti hari-hari biasa. Kepulangannya selepas maghrib tadi juga hanya disambut dengan suasana yang sunyi di rumah besar itu.
Adam sudah terbiasa dengan rutin adik kesayangan itu. Pada waktu sebegini Aidil pasti akan keluar bersama rakan atau teman wanita dan kepulangan Aidil selalu pada lewat malam. Adam yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menapak perlahan ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solar. Telefonnya yang sudah seharian bekerj Keras menyambut panggilan penting sudah kehabisan bateri. Adam terus mengecas smartphonenya itu sementara dia berehat di atas katil.
Kesibukannya hari ini amat dikesali oleh Adam saat dia menerima pesanan suara daripada Aidil pada jam 10 malam. Suara sayu Aidil begitu merunsingkan jiwa Adam. Sudah berkali-kali Adam cuba menghubungi Aidil namun semuanya gagal.
"Ya Allah, jauhkanlah Aidil daripada perkara yang tidak diingini. Ya Allah, lindungilah adikku daripada kejadian buruk yang tidak diingini."
Doa adam dalam hati sambil memecut laju membelah kepekatan malam menuju ke destinasi yang sering dikunjungi oleh Aidil. Namun, hanya beberapa kilometer melepasi pagar rumah kediamannya, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hati Adam bagai dirobek saat si pemanggil memaklumkan bahwa Aidil terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini dalam perjalanan ke hospital. Begitu parah kejutan yang diterima oleh Adam saat itu. Air mata sudah bergenang di tubir matanya. Hatinya tidak putus-putus berdoa supaya adiknya selamat.
Adam memecut laju ke hospital. Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu Aidil. Dia mahu memeluk adiknya itu dan tidak akan meninggalkan lagi.
Setibanya di hadapan bilik kecemasan, hatinya diruntun hiba. Kalinya mula longlai dan tidak mampu untuk berdiri lagi. Hanya tangisan yang kedengaran di segenap ruang kawasan bilik kecemasan itu. Adam begitu sedih. Inilah kesedihan yang sama dirasai saat mendapat berita kematian ibu bapanya tujuh tahun lalu. Dia tidak sanggup untuk menghadapi situasi itu sekali lagi dan tidak sanggup untuk kehilangan seorang lagi darah daging yang amat dikasihinya di dunia ini.
Saat Adam hiba mendoakan keselamatan adiknya, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Adam mendongak, berpaling memandang wajah seorang lelaki muda yang begitu dikenali. Lelaki itu membantu Adam berdiri semula dan tanpa sempat dia bersuara, tubuh sasa Adam sudah memeluknya erat bersama tangisan yang begitu sayu.
"Selamatkan Aidil, Man. Tolong selamatkan Aidil. Ini semua salah aku. Aku tak dapat jaga Aidil dengan baik. Aku gagal. Aku abang yang tak guna, Man"
Adam meluahkan rasa sesalan dan sedihnya kepada Lukman. Jejaka muda yang merupakan pembantu peribadinya, merangkap sahabat karib Adam. Lukman cuba menenangkan Adam. Dia tahu, jiwa sahabatnya begitu tertekan dan terkejut dengan apa yang berlaku waktu ini. Dia turut sama terkejut apabila dia menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Aidil tadi.
Dia yang sedang menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya pada masa itu segera bergegas ke hospital. Dia tahu Aidil adalah segala-galanya bagi Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh jejaka itu dalam usia yang masih muda. Kehidupan Adam penuh dengan liku yang menguji ketabahan hatinya.
"Sabar, Dam. Banyakkan berdos. Kau jangan salahkan diri kau. Semua ni dugaan daripada Allah untuk kau dan Aidil. Kau harus sabar, kuatkan semangat dan doakan keselamatan Aidil. Kau kena kuat, Adam." Lukman memberi kata-kata semangat kepada sahabat karibnya itu.
Esakan Adam semakin perlahan. Dia melonggarkan pelukannya pada Lukman. Lukman kemudiannya memimpin Adam supaya duduk di kerusi menunggu di tepi bilik kecemasan itu.
"Sabar, Adam. Jangan berhenti berdoa kepada Allah, sebab Aidil sayangkan kau. Dia akan berjuang. Dia takkan tinggalkan kau, Adam." Lukman terus menyuntik semangat buat Adam walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sahabatnya itu kelihatan semakin lega dan reda walaupun matanya masih belum berhenti mengeluarkan air mata.
"Terima kasih, Man. Aku yakin Aidil akan selamat. Aku yakin Allah akan tolong Aidil sebab aku perlukan Aidil dalam hidup aku. Aku yakin Aidil akan selamat. Aku tak izinkan Aidil tinggalkan aku macam papa dan mama. Aku takkan biarkan perkara tu berlaku lagi dalam hidup akuml." Ujar Adam dengan penuh pengharapan.
Adam memandang wajah Lukman sambil menghadiahkan senyuman pahit. Dia menarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan gelodak dalam jiwa. Dia beristighfar kepada Allah, mohon dikuatkan hatinya saat ini demi Aidil. Nasib baik ada Lukman yang sentiasa setia mengingatkan tentang pertolongan Allah walaupun dalam keadaan susah dan senang. Tanpa sokongan daripada Lukman tadi, mungkin Adam tidak akan berhenti daripada terus bersedih dan menyalahkan dirinya sendiri selagi dia tidak tahun keadaan Aidil ketika ini.
Selamatkan adikku, Ya Allah. Selamatkan Aidil. Sesungguhnya hanya engkau tempat aku mengadu. Hanya engkau yang tentukan segalanya. Hati Adam membisikkan doa. Hanya itu yang mampu dilakukan saat itu.
YOU ARE READING
Jurnal Aishiteru
RomanceSiapa sangka, kepulangan khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kedatangan Adam Daniel yang rakus menjadikan dirinya sebagai tawanan selama sebulan kerana satu alasan utama "Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali...