Five

17 3 0
                                    

"Bila?" Dabin mengangkat keningnya.

"Pagi tadi." Yera menyedut air Starbucks yang dibelinya.

"Aku pun sama. Yoongi pun dah confess.." Dabin memainkan straw minumannya.

Mereka berdua sedang berada di Starbucks yang berdekatan kampus mereka selepas habis kelas petang tadi.

"Susah kan." Dabin mengeluh kecil.

Mereka berdua tersenyum kelat.

                                 °°°

Min Yoongi membuka buka nota berwarna hitam itu.

Jarinya menyelak satu persatu helaian kertas. Matanya tertancap pada ayat-ayat yang ditulisnya itu.

Dia cuba menghadam satu persatu makna daripada ayat tersebut.

Puisi yang ditulis oleh Lee Dabin untuk kelas sastera Korea itu disalin semula dan disimpan kemas di dalam buku nota miliknya.

Setiap kali kelas itu mengadakan hari menulis puisi singkat Min Yoongi akan terlebih dahulu menyalin senyap-senyap puisi yang ditulis Dabin sebelum dihantar kepada pengajar yang terlibat.

Helaian pertama dibaca.

Lee Dabin✿♡♡

           하나
Musim sejuk itu,
Sedingin salju di hatimu.
Yang aku harapkan,
Pelukan eratmu.
Sehingga aku terbuai, dengan kehangatan dari cinta kita.

            
Maaf andai tidak seindah khabar,
Namun, kau tahu.
Aku masih berusaha,
Kita masih berusaha.
Mengharap suatu hari nanti,
Kejayaan milik kita.

            
Namun kau,
Pada hari itu,
Berhenti di tengah perjalanan.
Melupakan memori indah,
Atau kau sedang memilih untuk mengingati memori pahit.
Sehingga kau menoleh.

              
Kau menoleh ke belakang,
Menunduk dan mengatakan 'aku sudah mengalah'.
Lalu kau angkat pandangan itu.
Ia masih dingin,
Sedingin musim sejuk tahun lepas.

             다섯
Kau pun memilih,
Untuk melangkah pergi.
Meninggalkan aku,
Tanpa kau toleh,
Tanpa kau lihat,
Aku disini,
Aku 'masih mampu'.

             여섯
Aku di sini sendiri,
Bersama kenangan kita yang lama.
Kita berdua tiada beza kini,
Sama-sama mengalah.
Bezanya aku,
Masih melihat luka semalam.

Min Yoongi membaca helaian terakhir sebelum buku itu ditutupnya rapat.

Dia termenung. Mencuba untuk menghadam setiap ayat yang dibacanya.

Setitis air matanya tumpah. Dia terkedu. Tangan diangkat mengelap pipi.

Dia sedar kini maksud yang diberikan Dabin selepas habis kelas semalam.

Gadis kesukaannya itu masih belum dapat melupakan kisah silam.

                                °°°

Jeon Jungkook termenung sendiri. Kejadian tadi seperti pita rakaman rosak difikirannya yang memutar kembali kisah sama berulang kali.

Hujung mulutnya terangkat sedikit sebelum menjadi senyuman lebar.

" Cute." Jungkook menggeleng kepalanya perlahan.

Bungkusan coklat untuk Kang Yera itu dipandang. Berharap gadis kesukaannya itu suka akan pemberian ini.

Nafas dikeluh nipis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Believe || JJK•MYGWhere stories live. Discover now