Four

18 3 6
                                    

"Min Yoongi. Senior tahun tiga jurusan bahasa dan kesusasteraan. Salah seorang atlet basketball tahun tiga. Banyak mendapat sijil penghargaan bagi pertandingan seni dan budaya." Ayatnya dijeda daripada membaca informasi lelaki itu.

"But I don't need this anymore huhh."

Jungkook menggumpal kertas tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Rancangan jahatnya terhadap Min Yoongi tidak kesampaian setelah mengetahui niat sebenar lelaki itu kepada gadis kesukaannya.

Dia mengambil pula bingkai gambar yang berada di atas meja kerjanya.

"The plan has begin, baby."

Tangannya mengusap gambar gadis kegemarannya itu. Dia akan memulakan rancangan untuk menjadikan gadis itu miliknya.

                                   °°°

"Dabin, apa benda ni?" Tangan Yera membuka loker untuk mengambil buku pelajaran seterusnya namun melihat sesuatu yang aneh di dalamnya.

Jambangan kecil bunga dan coklat. Seakan tahu semua itu coklat kegemarannya.

Kertas kecil di tengahnya diambil.

" It's sweet just like you. Sweetheart.- jk"

"Jk?" Yera mengerutkan dahinya.

"Jeon Jungkook." Mereka berkata serentak.

"Kau ingat kan. Dia suka kau dari sekolah lama lagi." Dabin membulatkan matanya.

"Dia ade confess kat aku dulu. Aku tak nak, kau pun tahu kan sebab apa." Yera cuba mengingat kembali.

Bukan dia tak mahu. Cuma, lelaki itu terlalu sempurna untuknya. Kacak, terkenal, berasal dari keluarga berkedudukan tinggi.

"Dia course apa sekarang?" Dabin bertanya.

"I don't know. Business maybe. Ayah dia kan businessman." Yera membuat andaian.

"Dah tu kau nak buat apa dengan semua ni? Kelas kita dah nak start." Dabin mengingatinya.

"Biarlah dulu dalam ni. Dah jum." Yera menutup kembali loker miliknya.

                                 °°°
"Lee Dabin." Namanya diseru.

Dabin yang sedang mengemas bukunya menoleh.

Min Yoongi datang menghampirinya. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam kelas itu.

"Ouhh, sunbae." Dabin masih meneruskan kerjanya.

"Yera ada beritahu apa-apa pasal.." Yoongi menjeda ayatnya.

"Dah." Dabin lantas menjawab seraya bagun.

Wajah teruja milik Yoongi dipandangnya sekejap sebelum dia menundukkan pandangan.

"Sunbae suka sangat dengan puisi yang Dabin buat. Sebab tu la.." Yoongi menggosok tengkuknya.

"Maaf, sunbae." Dabin mengangkat pandangannya.

Senyuman Yoongi mula mengendur.

"Hadam balik satu persatu. Sunbae akan tahu, ada luka yang masih berdarah di sana." Lee Dabin menunduk hormat lantas mengambil langkah meninggalkan Yoongi yang masih terkaku di situ.

                                °°°

Yera membuka loker miliknya pagi ini untuk mengambil nota yang tertinggal.

Pemberian Jungkook masih berada di situ. Terlihat tiga kuntum bunga itu mulai melayu.

Dia ingin meletakkan semula namun terpandangkan kotak kecil yang turut berada di situ.

Kotak kecil berwarna merah jambu itu dibuka.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati kalung mewah yang bertuliskan namanya itu.

Dia segera menutup kembali kotak kecil itu.

Matanya meliar melihat sekeliling sebelum tertancap pada seseorang yang sedang menatapnya.

"Tunggu." Yera lantas membawa kesemua barangan yang diterimanya itu dan mengejar kelibat tersebut.

"Jeon Jungkook." Kelibat tersebut berhenti apabila namanya dipanggil.

"A--awak yang bagi semua ni?" Yera menyoal sambil tercungap-cungap. Naik turun dadanya apabila berjaya menangkap Jungkook.

"Kau suka?"Jungkook memusingkan badannya menatap ke arah Yera.

"Tak. Awak boleh ambil balik." Yera menghulurkan barang pemberian Jungkook itu.

Jungkook tersenyum miring. Dia mendekatkan dirinya kepada gadis kesukaannya itu.

Yera berundur ke belakang sedikit demi sedikit sebelum belakangnya berlaga dengan dinding.

Baru dia perasan. Lorong yang mereka berada itu sunyi sahaja.

Tidak banyak pelajar yang menggunakan lorong tersebut.

"Apa yang awak buat ni? Awak saja je kan lari sampai lorong ni." Yera menolehkan wajahnya apabila wajah Jungkook mula mendekati.

Jungkook sedang menguncinya.

"Siapa suruh kejar." Jungkook tersenyum sinis.

"Nah, awak ambil balik. Kelas saya dah nak start." Yera mengangkat barangan itu di hadapan muka Jungkook. Yera amat pasti, mukanya memerah sekarang.

Dia cuba bertentang mata dengan Jungkook.

Jungkook ketawa kecil.

"Ambil. Ia untuk kau. Aku tak perlukannya."

Dia berdiri tegak. Memicit batang hidungnya.

"Aku suka kau dari dulu lagi. Kau tahu kan." Jungkook menatap wajah Yera yang memerah.

Yera hanya mendiamkan diri.

"Aku tak nak tahu jawapan kau. Tak perlu beri aku jawapan." Jungkook memulakan langkahnya meninggalkan kawasan tersebut.

Yera masih mendiamkan diri. Matanya terkebil-kebil. Terkejut barangkali.

Believe || JJK•MYGWhere stories live. Discover now