Prologue

42 3 5
                                    

" Cepat lah Yera. Jalan pun lambat ke."
Dabin memusingkan semula badannya dan menolak tubuh sahabat baiknya itu.

"Lahh. Tak lari la tempat perjumpaan tu kau kejar Lee Dabin oii" Yera merengus kasar apabila badannya ditolak.

"Nanti tak dapat tempat duduk depan la." Lee Dabin terus menerus mengesa sahabat baiknya itu.

"Ehh, sape pulak yang nak duduk depan? Kau duduk la sorang-sorang. Aku nak duduk belakang. Dapat tidur." Kang Yera dapat membayangkan kebosanan dari hari orientasi pelajar baru itu.

Banyak juga pelajar-pelajar dari sekolah lama yang dilihatnya masuk ke kampus ini.

"Yahh, Kang Yera I told you. Kan dah penuh. Tak pasal-pasal dapat duduk belakang. Ugh!" Lee Dabin merengus kasar.

"Ahh, nice place. Belakang, betul-betul bawah air condition. Bestnya hidup. I like it." Yera menyandarkan badannya sambil menutup mata. Dia memeluk tubuh.

"Ugh! Suka la kau. Jangan tidur pulak." Sahabatnya dijeling tajam.

"Yah! Dah mula. Bangun" sikunya menyengol perlahan tangan sahabat baiknya.

Kang Yera membuka malas kedua matanya. Badan ditegakkan.

Tanpa sedar, ada mata yang dari jauh memandang tingkah lakunya.

"I got you Kang Yera." Dia tersenyum sinis.

                                         °°°

"Cantiknya taman belakang kampus ni. Hmm kalau hari-hari lepak sini sambil buat puisi pun aku sanggup." Lee Dabin berkata seorang diri sambil menghirup udara segar di keliling taman tersebut tanpa menyedari seseorang yang turut berada di situ. Suara gadis itu sayup kedengaran di telinganya namun tidak diendahkan. Tangan masih setia menulis di kertas putih itu.

"Dabin!!" Jerit Yera lantang sambil berlari kecil ke arah sahabatnya itu. Dabin yang terkejut pantas menoleh ke arah suara tersebut menyebabkan rama-rama yang hinggap di dahan pokok itu mula terbang dari situ.

Lelaki yang duduk bersandar dibawah pohon rendang itu turut mengangkat kepala kerana terganggu dengan suara itu.

"Yah, tak perlu lah jerit. Kan dah lari rama-rama ni." Dia menampar perlahan bahu milik Yera. Dilihatnya rama-rama itu pergi ke dahan pokok yang lain.

"Hehe sorry. Nah air kau." Yera tersenyum sumbing sambil memberi air kepada gadis itu.

"Wah, cantik la rama-rama tu." Yera melihat rama-rama besar itu sambil bersuara ceria.

"Cantik tapi sayang." Lee Dabin menjeda ayatnya. Dia tersenyum sinis.

"Hidup tak lama." Dia setia mengamati rama-rama itu terbang tinggi.

"Oh." Kendur serta merta senyuman di wajah Kang Yera.

Entah apa yang menarik di antara perbualan mereka berdua. Lelaki itu menurunkan penanya. Lebih berminat untuk mendengar perbualan dua gadis itu.

"Yang cantik tak semestinya kekal lama. Kenyataan yang pahit bukan." Lee Dabin memandang wajah sahabatnya itu setelah rama-rama tersebut hilang dari pandangan.

"Eo. Dah la kau nak berpuitis pulak kat sini. Aku nak cari makan." Yera mula melangkah meninggalkan taman tersebut. Malas mahu mendengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Kalau tidak dihentikan pasti gadis itu akan menyambung semula mukadimahnya.

Lee Dabin tidak membalas melainkan membiarkan sahaja sahabatnya itu pergi. Dia kembali menghadap tanaman di hadapannya itu memastikan kalau ada lagi rama-rama yang hinggap.

"Yahh Lee Dabin. Kau tak makan ke?!" Yera menjerit lagi kepadanya.

Lee Dabin mendengus kasar sebelum melangkah pergi dari situ.

"Lee Dabin." Lelaki yang duduk bersandar di pokok itu menoleh kebelakang sekejap melihat pemilik nama tersebut. Hinggap satu perasaan halus di hatinya sebelum rama-rama yang diperkatakan gadis berdua tadi singgah sebentar di hujung penanya.

Believe || JJK•MYGWhere stories live. Discover now