Part 1 : Sera

79 5 2
                                    

LORONG yang sempit dan sunyi itu dilalui oleh seseorang yang agak misteri. Kot hitam labuh yang dipakainya dan dipadankan dengan topi berwarna hitam itu menyerlahkan identiti si pemilik pemakaian itu, yang sukar untuk dilihat figuranya dengan jelas.

Kaca mata hitamnya ditanggalkan setelah mangsa yang dimahukan sudah di hadapan matanya.

“Hai, sorry terlambat. Bagaimana keadaan kau?” ujarnya seraya mencangkung di hadapan mangsanya itu.

Perempuan itu menggeleng sekuat hati. Air matanya mengalir dengan deras. Mulutnya yang diikat membuatkan perempuan itu tidak mampu bersuara. Bibirnya seakan mahu terkoyak kerana kain itu mengelilingi kepalanya sehingga tertarik. 

Lelaki itu mengelus halus wajah si mangsa lalu direntap rambutnya. “Kenapa rambut kau membeku ni? Sejuk semacam lah badan kau ni!” tengkingnya tiba-tiba.

Perempuan itu meronta minta dilepaskan. 

Hades Nahuel ketawa berdekah-dekah. Dia terasa geli hati. “Aku lupalah! Aku kan yang biarkan kau kesejukan di sini sejak senja tadi? Sekarangkan sudah di tengah malam, boleh mati kesejukan kan? Tapi jangan risau, aku takkan biarkan kau mati macam tu saja. Jom ikut aku, kita pergi panaskan badan.” Dia segera menyeret perempuan itu sehingga ke keretanya.

Mujur tempat tinggalnya tidak padat dengan penduduk. Di malam hari pula, sunyi seakan semua sudah lenyap. Lebih memudahkan kerjanya bergerak.

*****

Perempuan itu dipaksa berdiri di sebelahnya meskipun dia tahu, perempuan yang bernama Sera ini sedang menunggu masa untuk pengsan. Apa dia hairan tentang kesihatan si mangsanya.

“Cantikkan rumah aku ni? Banglo yang terbesar di kawasan ini. Aku yakin kau pasti bergembira di rumah ini,” kata Hades.

Hades menjadi berang apabila ucapannya tidak bersahut. Dia menoleh ke kirinya.

“Woi! Kau tak ada mulut ke nak bercakap, pekak ke?” jeritnya di telinga kanan Sera.

Sera menangis semahu-mahunya kerana ketakutan yang membelenggunya.

Hades berdiri di hadapan Sera pula. Dia menilik muka Sera dengan penuh tanda tanya.

“Oh aku lupa! Macam mana kau nak bercakap, kan?”

Kain itu ditanggalkan. “Nah, sekarang ni macam mana? Cantikkan?”

“Cantik…” Sera akhirnya bersuara. Namun suaranya kedengaran lemah sekali. Dia hanya bercakap jujur, walaupun dia tahu orang yang menculiknya itu bukannya ada niat yang baik.

Hades tersenyum. Dia memeluk bahu Sera dan diajak masuk ke dalam banglonya. Sera yang tidak mampu melawan hanya menurut sahaja.

Sera ditinggalkan di sebuah bilik yang terletak di tingkat atas sekali. 

“Kau berehat sekejap tau dekat sini? Nanti aku datang balik,” pesan Hades sambil tersenyum sinis. 

Klik! Pintu bilik Sera dikunci kerana tidak mahu Sera melarikan diri.

Sera yang berada di dalam, menyambung nangis. Dia ketakutan apabila melihat suasana banglo ini. Banyak contengan yang menyeramkan di dinding-dinding, gelap dan lampu yang ada hanya sedikit cuma.

*****

Pintu bilik Sera dibuka. “Hai Sera, jom ikut aku. Kita nak panaskan badan ni. Aku tak nak kau demam pula sebab dah berlama di luar sana masa musim sejuk ni.” Senyuman sinis dihadiahkan.

Sera takut-takut segera bangun dan mengikuti langkah si penculik itu. 

“A…pa na…ma kau…” tanya Sera tersekat-sekat kerana dia sedang menggigil.

Hades menoleh ke belakang. “Aku Hades Nahuel atau Mr. Not Being Seen. Kau boleh panggil aku Hades. Unik kan nama aku?”

Sera mengangguk perlahan. 

Mereka berdua menuruni lima anak tangga. Rumah ini berketinggian 10 tingkat. Lif tidak disediakan kerana bagi Hades, terlalu mudah urusannya jika rumahnya mempunyai lif.

“Silakan masuk Sera,” ajaknya. Sera menurut permintaan Hades.

Di kamar itu, bilik mandinya sangat indah dan luas. Sera disuruhnya masuk ke dalam bilik mandi tersebut. Tanpa berkata apa-apa, Sera melakukan apa saja yang dipinta. Dalam fikirannya, andai dia mati di rumah ini, dia rela. Dia juga tidak bahagia. Keluarganya juga sudah tiada. Sebenarnya dia dapat mengagak, pasti penculik itu bakal membunuhnya jua. Tetapi bagaimana? Dia tidak tahu.

Bersama senyuman di bibir, Hades mengarah. Sera dipinta baring ke dalam tab mandi. Lalu Sera memejamkan matanya. Merelakan segalanya.

Hades mengauk air panas yang menggelak yang disediakan sebentar tadi, lalu menyiram Sera dari kepalanya hingga ke kaki. 

“Arghhh!!!” Sera menjerit kesakitan. Badannya melecur. Pakaian yang tersarung di tubuhnya hampir melekat dengan kulitnya.

Tanpa belas kasihan, Hades melakukan perkara itu berulang kali sehingga jeritan Sera tidak kedengaran. Sera hampir mati kerana melecur. “Belum cukup lagi ni, kau sabar ya. Aku akan bahagiakan kau.”

Hades yang sudah lengkap bersarung tangan dan kasut but, mengangkat tubuh Sera dan diletakkan ke lantai. Dia menyediakan unggun api di hadapan mayat Sera. 

“Mari aku lengkapkan kematian kau.” Hades merenung tubuh Sera yang sudah tidak sempurna kerana melecur yang teruk.

Hades mengambil kayu besbol dan hujungnya disiram dengan minyak, lalu dia halakan ke arah api tersebut. Dengan kadar segera, Hades membakar badan Sera dari kaki hingga ke rambutnya. 

“Selamat tinggal Sera. Aku rasa kau dah cukup gembira dengan hadiah yang aku berikan ini.” Setelah Hades memastikan tubuh Sera sudah rentung, unggun api itu tidak lupa untuk dipadamnya. Tidak mahulah banglo dia yang mewah ini terbakar, sia-sia sahaja usahanya selama ini bagi mendapatkan sebuah banglo mewah.

Lalu, bilik itu dikuncinya supaya dia tidak akan melangkah masuk ke dalam bilik itu lagi buat selama-lamanya. 

Senyuman nipis terukir di wajahnya. “Mangsa seterusnya, aku datang! Kau akan terima hadiah dua kali ganda seronok berbanding Sera.” Ketawanya meletus, bergema di seluruh banglo.

*****

SEKSA | Cerpen Where stories live. Discover now