Part 2 : Wain

45 4 2
                                    

Keesokan harinya, kehidupan Hades Nahuel berjalan seperti biasa. Pada sebelah siangnya, dia bekerja seperti sedia kala seakan tiada apa-apa yang berlaku. Seperti dalam perancangannya, tiada satu pun kes laporan tentang orang hilang di kawasan itu terlapor.

Hakikatnya, keluarga Sera langsung tidak mengendahkan sekiranya apa-apa berlaku terhadapnya. Malahan, ibu bapa Sera langsung memberitahu pihak universiti Sera bahawa gadis itu sudah berhenti belajar mendadak.

Hades pula seorang yang bekerjaya. Dia merupakan seorang researcher di makmal sebuah universiti terkemuka. Hidupnya bagaikan bahan kimia adalah satu-satunya peneman di kala sunyi. Seringkali orang menggangap Hades gila, tetapi keberhasilan setiap uji kajinya berjaya menutup mulut orang lain.

Hades melirik jam di tangan, sudah menginjak lima petang. Sesudah itu, dia mengemas meja kajiannya dan keluar dari universiti. Dia berjalan kaki menuju ke supermarket untuk membeli bahan-bahan untuk makan malamnya seperti selalu.

*****

Pada belah malamnya, seseorang yang berkot hitam dan bertopi berjalan kaki dengan pantas di perkarangan kawasan perumahannya. Dia menuju ke sebuah taman permainan di mana ada seseorang yang menunggunya.

Hades nampak kelibat orang yang ditunggunya lalu berdehem. "Lama ke tunggu?" ujarnya dan duduk sekali di bangku.

Daniel yang sedang kesejukan berpaling muka. "Hades...?" soalnya takut-takut.

"Daniel kan? Follow me," kata Hades Nahuel tidak mahu berdalih. Lantas dia terus bangun dan bersedia untuk berjalan pulang ke rumahnya.

Daniel mengekori Hades tanpa berkata apa-apa. Sepanjang perjalanan, dia hanya membisu. Fikirannya kurang siuman kerana dia agak mabuk.

Hades mengajak Daniel untuk makan malam bersamanya pada malam itu. Ini mungkin pertama kali Hades mempelawa orang masuk ke banglonya dengan baik.

Mereka berdua duduk di meja makan, secara bertentang antara satu sama lain. Hades hanya memberi senyuman manis kepada Daniel. "Aku masak stik khusus untuk kau, jangan segan-segan."

"You're the best!" ujar Daniel tersengih-sengih.

Seraya itu, Hades bangun dan menuju ke arah Daniel. Botol minuman keras dicapai sekali untuk menuangkan sedikit ke cawan miliknya Daniel. Tangan kirinya pula menyuntik LSD ke leher Daniel tanpa disedari. Arak itu sekadar menarik perhatian Daniel agar tidak bertanyakan apa-apa.

"Minuman ni memang high class. Terima kasih banyak Hades!" kata Daniel dengan tidak jelasnya kerana dia semakin mabuk dan mungkin berhalusinasi.

"Sama-sama." Senyuman dilirikkan Hades. Dia ke dapur untuk mengambil pisau yang sangat tajam, baru sahaja diasahnya petang tadi lalu dia menikam meja makannya di hadapan mata Daniel.

"Arak kau minum, tu hadiah dari aku. Sekarang, aku nak kau guna garfu yang kau guna untuk makan tu, tikam pergelangan tangan kau sampai tembus!" suara Hades tiba-tiba berubah, bisiknya ke telinga Daniel. Gertaknya tegas.

Daniel seakan bukan dirinya, hanya menurut perintah Hades tanpa banyak bunyi. Tikamnya sekuat hati, sampai terjerit-jerit kerana kesakitan. Cecair pekat dari nadinya mengalir deras sehingganya meja makan itu menjadi selimut darah.

Hades ketawa sekuat hatinya. Hatinya terpujuk melihat adegan itu. "Seorang yang mendengar kata, bagus!" ujarnya sambil mengelus halus rambut Daniel. Dia menambahkan tekanan sehingga garfu yang digunakan untuk menikam pergelangan tangan Daniel hamper tertembus. Anggota badan Daniel yang agak kurus memudahkan kerjanya.

Selepas beberapa detik, Daniel terkulai di meja makan bersama limpahan darah. Hades tidak mengendahkan sama ada lelaki itu sudah mati ataupun belum, dia mengheret tubuh Daniel ke bilik rahsia di bawah tanah.

Terdapat sebuah keranda yang terbuka. Hades mencampakkan badan Daniel ke dalam keranda itu, lalu memandikannya dengan minyak diesel, lalu dia menghidupkan mancis dan membakar Daniel tanpa perasaan.

Dia menutup keranda itu kerana tidak mahu api meluap keluar. Semestinya, api tidak akan keluar dari keranda itu kerana penebat haba. Dia menunggu beberapa ketika untuk bersedia memadam api menggunakan pemadam api jenis busa sekiranya api terlalu marak.

Belum sempat dia menikmati pemandangan yang terindah itu, dia terdengar ada seseorang yang menjerit-jerit di belakangnya.

Kelihatan seorang wanita berada di dalam kurungan haiwan, tubuhnya penuh dengan wayar-wayar yang membelit dan tertusuk di bahagian-bahagian tertentu. Esakannya semakin kedengaran.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" jerit wanita itu lagi.

Hades mendekati wanita itu yang terkurung dengan keadaan yang sangat menyayatkan hati. "Kau nak kena elektrik lagi ke? Aku dah bagi kau rehat sekejap pun tak berterima kasih!" tingkahnya lalu menghidupkan renjatan elektrik ke tubuh wanita itu beberapa kali. Dengan voltan yang rendah, semestinya wanita itu tidak akan mati begitu sahaja.

Jeritan wanita itu bergema tetapi Hades hanya memandang sepi. Dia mematikan renjatan itu kemudian berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa lagi.

bersambung...

SEKSA | Cerpen Where stories live. Discover now