Pada malam yang hening itu, Hades bersiap siaga untuk menjenguk mangsa seterusnya. Mangsa itulah sudah lama dikurung di bawah tanah. Maya, seorang wanita yang telah dibuang keluarga, menarik perhatian Hades.
Derapan langkah Hades semakin kedengaran. Maya mula menjerit sekuat hatinya tatkala mengetahui penculiknya bakal menemui dia pada malam itu.
Tanpa riak, Hades merenung tajam ke arah Maya.
"Kau menjerit bising-bising ni kenapa? Teruja nak jumpa aku?" soalnya, tegas.
"Lepaskan aku!!!"
"Untuk apa? Susah payah aku tunggu hingga ke hari ini, kau minta aku lepaskan kau? Jangan mimpi!" tengking Hades, muka dia membengis.
"Aku tak nak mati!!!" Maya masih tidak berputus asa.
"Jangan khuatir, aku akan bunuh kau... tiga hari akan datang. Hari kelahiran kau, perlulah menyambut hari kematian kau pula." Dia tersenyum puas.
"Tidakkk!" Maya sepertinya histeria, dia kehilangan akal. Derita dia sepanjang dalam kurungan ini, satu bulan bagaikan setahun baginya.
Hades seperti hilang sabar, dia menekan punat untuk melancarkan renjatan elektrik terhadap Maya. Dia ketawa puas semasa mendengar jeritan Maya seperti orang kurang siuman dek tidak tahan dengan renjatan itu.
Dia berlalu pergi selepas puas melihat wanita itu terseksa.
*****
Tiga hari kemudian, Hades berjumpa dengan Maya sekali lagi. Tepat jam 12 tengah malam, bilik di bawah tanah itu bakal berhadapan dengan satu lagi tragedi. Dinding di situ pun tidaklah dalam keadaan baik, terdapat banyak contengan yang mengerunkan.
Maya yang sedang terkulai lemah hanya merenung tajam ke arah Hades. Dia kini berserah sahaja bagaimana pengakhiran hidupnya.
Hades hanya mengukir senyuman saat memandang Maya. Di tangannya terdapat satu pistol.
"Kau ada kata-kata terakhir ingin diucapkan tak, Maya?" soalnya, lembut.
"Aku harap kau mati lepas ni!" jawab Maya geram.
"Apa? Tak dengarlah. Cuba kau ulang semula?" tutur Hades lagi, nadanya tidak berubah. Lembut, seperti bukan dirinya.
"Aku nak kau mati dengan lebih kejam lepas ini!" jerit Maya sekuat hati. Melepaskan segala amarahnya yang ditahan-ditahan selama ini.
"Kau!" tiba-tiba suara Hades meninggi. Tanpa teragak-agak dia menembak lengan kiri Maya.
Maya meraung kesakitan. Darah mula mengalir dari lengannya. Cukuplah, sakit dengan renjatan elektrik, kini ditembak pula.
Hades ketawa besar, puas.
"Kau yang mati dulu, tau tak!" bentak Hades sambil menembak ke arah kaki kanan Maya.
"Baik kau bunuh je aku sekarang juga! Tak payah nak berlengah," ujar Maya sambil menahan kesakitan.
"Kau ingat seronok ke kalau cepat sangat?" soal Hades, menengking.
"Kau memang gilaaaa," jerit Maya lagi.
"Kau diam!!!" Hades sudah hilang sabar, dia turn on renjatan elektrik dan mula menembak tak tentu hala ke tubuh Maya.
Hasilnya, badan Maya yang sudah tidak bernyawa itu dalam keadaan yang sangat ngeri. Tubunya sudah tidak sempurna di mata kasar. Lalu Hades hanya membiarkan begitu sahaja supaya mayat Maya mereput sendiri.
bersambung...
YOU ARE READING
SEKSA | Cerpen
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang seorang lelaki misteri... Pada malam yang bersalji... Meliar mencari kembali mangsanya... Mengapa dia memburu orang untuk... Adakah dia ini psychopath? Short story Ongoing RAW VERSION-NON EDITED © Copyright belong to me Ini adal...