-Chapter 6-

127 32 45
                                    

●●●●●

SooA yang baru meninggalkan tasik itu terus berjalan menuju pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba ia dihalang oleh Jin dan ia terus bertanya "Jin? Kau buat apa kat sini? Kau sorang je ke? JungKook mana? Kenapa kau halang jalan aku ni?!"

"Aku tak boleh biarkan JungKook jatuh cinta dengan manusia tu, kalau dia jatuh cinta, benda ni jadi lagi teruk." Kata Jin sendiri.

"Aku kena bunuh perempuan tu sendiri, maafkan aku JungKook, aku nak selamatkan kau, aku kena buat cara aku sendiri." Sambung Jin.

"Kau cakap apa?" Tanya SooA.

Jin terus menarik tangan SooA ke dalam satu lorong yang gelap. Dengan keadaan yang gelap SooA berkata "Jin! Kau nak buat apa ni?! Lebih baik kau lepaskan aku sebelum aku menjerit!"

Tanpa menjawab, Jin menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berwarna putih, dan itu membuatkan SooA ketakutan.

"Aku tak akan biarkan kau terlepas kali ni." Kata Jin.

Jin menarik leher SooA dan ingin mengigitnya, tiba-tiba muncul JungKook dan menolak Jin dengan kuat sehingga Jin terhentak ke tembok.

"Apa kau buat ni?! Kau dah gila ke apa?! Aku tak suruh kau bunuh dia, kenapa kau nak bunuh dia?! Kau hanya hanya dengar arahan aku!" Marah JungKook.

"Aku tak nak disebabkan manusia ni, kau korbankan nyawa kau untuk dia! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dah cintakan perempuan ni!" Marah Jin.

SooA yang terduduk itu tersentak dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Jin sebentar tadi.

"Dia suka aku?" Tanya SooA sendiri.

"Kalau aku tak cintakan dia sekali pun, aku tak akan benarkan kau bunuh dia sebab hanya aku je yang boleh bunuh dia! Kau faham tak?!" Marah JungKook lagi.

"Kau kena ingat JungKook, manusia macam dia ni hanya mempermainkan perasaan kau, bila tiba masanya, dia tetap kena bunuh kau sebab itu tugas dia." Kata Jin.

"Kau, SooA! Kau dah tahukan macam mana nak bunuh syaitan ni! Kenapa kau tak bunuh dia lagi? Bukan ke itu memang tugas kau, tugas yang kau kena buat?!" Kata Jin lagi.

"Itu urusan aku, kau tak payah nak sibuk dengan urusan aku. Apa yang aku akan buat dan nak buat, tak ada kena mengena dengan kau. Sekarang perempuan ni hak aku, kau jangan pernah sentuh hak aku." Kata JungKook.

"Aku sayang kau sebagai kawan sebab tu aku buat macam ni. Sekarang aku nak bunuh perempuan ni!" Jerit Jin dan terus berlari dengan pantas ke arah SooA.

SooA ditarik oleh JungKook dengan pantas dan menghilang daripada lorong tersebut. Jin tidak dapat menjejaki JungKook kerana kuasa JungKook lebih kuat daripadanya.

Di sebuah tempat terperinci,

JungKook yang di dalam posisi mendukung SooA, meletakkannya perlahan-lahan.

JungKook yang ingin meninggalkan Sooa terhalang apabila SooA menanyakan sesuatu.

"Betul ke kau suka aku?" Tanya SooA dengan nada yang lembut.

JungKook menoleh dan menjawab "Kenapa kau nak tahu? Kalau betul aku suka kau, kau nak buat apa?"

SooA terkaku dan terpanar, ia seperti tidak percaya dengan apa yang ia dengar dari mulut seorang syaitan yang paling jahat di alam neraka.

JungKook melihat SooA binggung tanpa membuang masa dan ingin pergi tetapi,

"Aku tanya, sebab aku pun suka kau. Perasaan aku pelik bila dengan kau, aku tak marah bila kau nak bunuh aku. Aku lagi suka bila kau cakap kau nak bunuh aku sebab dengan cara tu je aku boleh bercakap dengan kau." Jawab SooA.

[ ✔ ] SOUL OF THE DEMON || JJK || Malay Version ||Where stories live. Discover now