-Chapter 5-

116 29 43
                                    

●●●●●

TaeHyung masih tetap mengikuti SooA dan tiba-tiba SooA hilang dari pandangannya.

"Ehh, mana pula dia ni. Tak silap aku dia lalu sini, tiba je hilang. Pakai ilmu hitam ke apa perempuan ni." Kata TaeHyung sendiri.

"Aduhh, apa aku nak cakap dekat JiMin ni." Sambung TaeHyung.

Tanpa berfikir panjang, TaeHyung terus berlalu pergi.

SooA membuka matanya dan ia sudah berada di rumah agam NamJoon. Tanpa berfikir panjang, SooA terus bertanya.

"Aku nak tanya kau, betul ke syaitan tu nak bunuh aku?" Tanya SooA.

NamJoon hanya mengangguk dan mengiyakannya.

"Kalau dia nak bunuh aku, kenapa dia libatkan kawan aku? Kau mesti tahu kenapa kan?" Tanya SooA.

"Bukan ke rantai ni boleh selamatkan aku dari jatuh daripada tangga, tapi kenapa kawan aku yang jatuh." Kata SooA.

"Rantai ni boleh selamatkan kau daripada bahaya tapi perlu ada gantinya, kalau dikatakan kau elak daripada maut, seseorang perlu jadi korban kau." Kata NamJoon.

"Kau gila apa? Aku tak nak pakai rantai ni, aku tak nak sebab benda bodoh ni nak selamatkan aku, orang yang aku sayang jadi mangsa!" Marah SooA.

"Kau tahu tak sebabkan rantai bodoh kau ni, kawan aku terbaring dekat katil hospital sekarang ni. Aku tak kira, apa nak jadi, jadilah!" Kata SooA.

SooA keluar daripada pintu utama rumah agam NamJoon dan tiba-tiba SooA berada di tepi tasik dimana ia bertemu JungKook sebelum ini.

Ia hanya memandang langit dan berkata "Aku ni memang menyusahkan semua orang, termasuklah diri aku sendiri."

"Aku menyusahkan ibu dengan ayah, menyusahkan kawan baik aku sendiri. Kalau betul apa yang JungKook cakap kalau hidup ni lagi tenang tanpa aku, aku akan tinggalkan dunia ni." Fikir SooA lagi.

SooA mencampakkan rantai yang diberikan NamJoon  ke dalam tasik tersebut.

●●●●●

"Aku dapat rasakan yang perempuan tu dah tak pakai rantai tu, kita boleh cari idea macam mana kita nak bunuh dia." Kata JungKook.

"Kalau macam tu kita bunuh dia esok malam." Cadang Jin.

"Kali ni aku tak akan biarkan kau terlepas daripada aku, SooA." Kata JungKook.

GyeSeong High School

"Kau dah boleh keluar hospital? Aku rasa baru sehari je kau dalam hospital tu." Pelik TaeHyung.

"Aku yang nak keluar, aku belum nak mati lagi macam si JiMin ni. Lagipun aku bukan ada pendarahan ke apa, just luka je." Kata JiEun.

"Yelah, asal yang nak mati, yang tak handsome je aku. Yang lawa, yang sihat semua kau." Kata JiMin pula.

"Ehhh, sejak bila kau pandai koyak ni?" Perli JiEun.

"Hahahahah." Gelak TaeHyung.

Tiba-tiba JungKook dan Jin masuk ke dalam kelas, SooA yang melihat kehadiran mereka terus bangun dari tempat duduknya dan menarik tangan JungKook.

Mereka terkejut dengan tindakan SooA malah bukan mereka sahaja yang terkejut, JungKook juga turut terkejut.

SooA menarik tangan JungKook terus ke atas bumbung.

[ ✔ ] SOUL OF THE DEMON || JJK || Malay Version ||Where stories live. Discover now