-Chapter 4-

107 34 40
                                    

●●●●●

Gyeseong High School

Cikgu Jung masuk ke dalam kelas dengan membawa dua orang pelajar lelaki, banyak mata yang memandang mereka berdua.

"Okey kelas, hari ni Cikgu nak perkenalkan dua perlajar baru, tak silap Cikgu diorang ni sepupu. Cikgu harap korang boleh layan diorang ni baik-baik. Jangan nak buli-buli diorang ye, JiMin." Kata Cikgu Jung.

"Ehh, saya pula yang kena. Saya ni pelajar yang paling baik dalam sekolah ni tau Cikgu, saya mana pernah buli orang Cikgu, gurau-gurau manja je." Kata JiMin.

"Malas Cikgu nak melayan kamu JiMin, pelajar baru kamu boleh perkenalkan diri masing-masing." Arah Cikgu Jung.


"Hi, nama aku Jeon JungKook, korang panggil aku JungKook." Kata JungKook.

"Hi, aku pula Kim SeokJin tapi korang boleh panggil aku Jin, aku harap kita boleh jadi kawan." Kata Jin pula.

Cikgu Jung melilau mencari tempat duduk yang kosong untuk diberikan kepada JungKook dan Jin.

"TaeHyung, depan kamu tempat duduk siapa? Kenapa tak ada orang? Tak silap saya tu bukan ke tempat duduk SooA dengan JiEun? Mana diorang?" Tanya Cikgu Jung.

"Saya rasa diorang datang lambat kut Cikgu, kena tahan dengan Cikgu Lee lah tu." Jawab TaeHyung.

"Kalau macam tu, JungKook dengan Jin, kamu duduk situ dulu. TaeHyung nanti ambilkan meja untuk diorang bila SooA dengan JiEun dah masuk." Arah Cikgu Jung.

Cikgu Jung memulakan pembelajarannya seperti biasa, JungKook dan Jin hanya tersenyum kerana ramai pelajar perempuan yang memerhatikan mereka berdua.

Bunyi loceng menandakan masa Cikgu Jung telah pun tamat, kelas menjadi bising sejurus Cikgu Jung keluar daripada kelas.

"Hi, aku TaeHyung. Aku ketua kelas, kalau korang ada benda nak tanya, boleh tanya aku je." Tegur TaeHyung.

"Aku JiMin, korang jangan risau aku takkan buli koranglah, aku dah lama insaf." Ketawa JiMin.

"Kalau korang tak kisah, aku nak tanya something boleh tak?" Tanya Jin.

"Mestilah boleh, kau nak tanya apa?" Tanya TaeHyung pula.

"Kat sini semua awek-awek lawa-lawa eh?" Tanya Jin lagi.

"Ishhh kau ni, macam tak ada benda lain nak tanya. Abaikan je dia ni, dia ni memang tak betul kalau pagi-pagi macam ni." Potong JungKook.

Sewaktu mereka berempat sedang rancak berborak, SooA dan JiEun masuk ke dalam kelas dan terus menuju ke arah mereka berempat.

" Owh, sekarang dah pandai nak ponteng kelas eh? Siapa lah yang ajar korang ponteng-ponteng ni?" Tanya JiMin.

"Kepala otak kau, kitaorang lambat, apa lagi Cikgu Lee tahan lah. So hari ni dengan relanya kitaorang sapu bilik guru." Jawab JiEun.

"Ni aku nak kenalkan kat korang. Yang ni nama dia JungKook, ni pula nama dia Jin. Diorang ni pelajar baru kat kelas kita." Kata TaeHyung.

Sejurus JungKook menoleh ke arah SooA, SooA sungguh terkejut dan terpaku. Tanpa berkata apa-apa lagi, SooA terus mencengkam kolar baju JungKook.

"Kau buat apa kat sini?! Aku tanya kau buat apa kat sini?!" Jerit SooA.

JungKook hanya mendiamkan diri dan membisu. Semua pelajar terkejut dengan tindakkan SooA termasuklah kawan-kawannya.

"Kau ni kenapa, SooA?" Tanya TaeHyung.

[ ✔ ] SOUL OF THE DEMON || JJK || Malay Version ||Where stories live. Discover now