Mr. President | JJK
Aku berjalan pantas meninggalkan bilik menuju ke ruang tamu rumah. Beberapa pasang mata memandang ke arahku.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Shen Zi. Aku cuba berlagak biasa. Kaki melangkah lagi setapak menuju ke pintu rumah.
Beberapa pasang kaki melangkah ke arahku.
"Dia tanya. Kau nak pergi mana?" Tanya seorang lagi.
Aku menggeleng. Bukan tak nak bagitahu. Cuma rasa tak perlu.
"Dress ni. Mahal. Kau dapat dekat mana?" Tangannya bermain di skirt dressku.
"Kau... Ada apa-apa ke dengan Darren?" Tanya Angela.
Dengarkan sahaja namanya, aku terus menggeleng.
"Mana ada!" Bantahku. Kepalaku ditunjal tiba-tiba.
"Tak perlu tipu."
"Cara kau pandang dia..."
"Sugar daddy kau eh? Patutlah kau boleh lepas audition tu."
Air mata bergenang. Mendengarkan tuduhan tu buat aku rasa sakit hati. Tangan mereka mula menolak-nolak tubuhku. Rambut aku mereka rosakkan. Cacian demi cacian dilemparkan.
Dan akhirnya, air mataku tumpah.
Eva, kenapa kau lemah sangat?
Jam di tangan dia keling sekejap.
Setengah jam.
Dah setengah jam dia menunggu.
Memang perempuan tu tak nak turun ke?
Dia mula mengambil langkah untuk masuk ke dalam rumah peserta itu. Tangan menolak pintu utama rumah. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, namanya diseru.
"Darren, kau buat apa dekat sini?"
Matanya memandang ke arah gerangan yang memanggil.
"Xiao Qi." Tangannya kembali menarik pintu itu.
"Aku nak jumpa dengan Eva."
"Oh, Eva Wang ke?" Tanya Xiao Qi. Darren mengangguk.
"Kejap. Aku pergi panggil." Kata Xiao Qi. Darren menghadiahkan senyuman kepadanya.
Belum sempat pintu itu ditolak Xiao Qi, satu jeritan kedengaran.
"Arghhhhh!"
Dan Darren, terus berlari masuk ke dalam rumah meredah semua yang ada.