10

889 85 0
                                    

Mr. President | JJK

 President | JJK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebab..."

Mata menangkap kelibat tubuh seseorang yang sangat aku benci. Dia sedang berdiri di sebelah pintu belakang dewan ini.

Licik. Licik sangat. Kau memang sengaja.

"Cik Eva?"panggil Kun. Aku kembali memandang ke arah Mentor Kun. Senyuman aku hadiahkan.

"Maaf. Saya teringat akan sesuatu yang menyebabkan saya memilih Senorita."

"Silakan. Kami masih menanti jawapan anda."

Aku melepaskan satu keluhan. Anak mataku cuba mencari anak mata lelaki itu. Lelaki yang merosakkan mood aku. Lelaki yang panggil aku buta. Dia lelaki tak guna.

"Lirik I love it when you call me senorita bermaksud wanita itu suka jika dia disayangi dan dimanja oleh lelaki itu. Dalam konsep yang saya bawa harini. Saya, menerima diri saya dimanjakan dengan musik."

Tepukan dapat aku dengar. Mata memandang ke arah lelaki itu.

Tak. Bukan aku sahaja. Seluruh dewan memandangnya.

"I like your words."

Tak semena-semena dia melangkah menuruni tangga tempat duduk peserta dan terus melangkah ke arah aku.

"Dia Darren Jeon kan? CEO Jeon Group?"

"Dia yang taja Dj Entertainment kan?"

"Handsomenya dia!"

"Dia nak buat apa dengan budak miskin tu?"

Bisikan demi bisikan dapat aku dengar dari pentas. Terima kasih kepada dewan ini, aku dapat mendengarnya.

Darren Jeon?

Langkah lelaki itu terhenti betul-betul dihadapanku.

Mata kami bertentangan.

That shining black eyes.

Dia membongkokkan sedikit belakangnya. Bibirnya berada di sebelah telingaku. Deru nafasnya dapat aku dengar.

"So, do you mind if I call you this?"

"A...Aapa?"

"Senorita, sia mia."

Air liur aku telan kelat.

Dia kembali tengak dan mata kami bertembung. Dia tersenyum memandangku.

[C] MR.PRESIDENT S1Where stories live. Discover now