8

884 80 2
                                    

Mr. President | JJK

Mata melilau ke sekitar bilik tidur yang disediakan untuk peserta Live The Youth Life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata melilau ke sekitar bilik tidur yang disediakan untuk peserta Live The Youth Life. Warna merah jambu memenuhi setiap sudut. Sesuai dengan personaliti peserta wanita yang hadir.

Sepatutnya bilik ni dua orang. Siapa yang duduk dengan aku?

Tangan menolak luggage ke tepi katil. Almari dua pintu aku buka.

Wah. Almari yang lengkap dengan pakaian rasmi Live The Youth Life. Not bad.

Kaki melangkah pula ke tandas yang disediakan.

Besar and comfy.

"Bilik ni memang aku punya seorang ke?

Kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu hostel LTYL. Ramai yang ada di situ. Tatkala kaki tiba di ruang tamu, suasana yang bising tadi secara tiba-tiba menjadi sepi. Mata mereka masing-masing memandang ke arahku.

Aku salah pakai ke? Rasanya tak. Sebab ni baju yang sama dengan time makan malam tadi.

"Kena..."

"Sorry. Peserta tanpa pengiring tak layak duduk dengan kitaorang." Kata salah seorang dari mereka.

"Kenapa?" Tanya seorang lagi. Bahuku yang tadinya tegak kini mulai jatuh.

"Sebab dia miskin. Tiada syarikat yang nak dekat dia."

"Nampak sangat tak layak untuk jadi idol."

Aku tertawa kecil.

Aku pun tak hendaklah nak duduk dengan korang.

Kaki kembali melangkah ke bilik sebelum aku memberhentikan langkah dan berpaling ke arah mereka.

"Mind your own bussiness, sayang."

Nampak muka mereka semua kegeraman, aku tersenyum bahagia. Kaki kembali melangkah ke bilik. Baik aku tidur daripada layan diaorang.

Tomorrow is gonna be a very big day. Esok first day LTYL. Aku akan bagi yang terbaik.












"Don't worry sayang. I'll make them pay for what they had done to you."

Laptop ditutup. Iphone di atas meja dia capai. Pantas nombor Secretary Park di dail.

"Make over her bedroom. Jangan sampai ada peserta yang tahu. Buang semua katil yang ada. Give her the king's."

Senyuman terukir. Baru sahaja dia ingin mematikan talian, Iphone kembali ditekap ke telinga.

"Saya patut buat kejutan untuk para tanggungan saya."

"Esok."

Talian dimatikan. Darren Jeon, dia tahu apa yang dia buat. Dan pastinya, seseorang sedang menuju ke lembah neraka yang diciptanya.

"Eva Wang, our next time will be tomorrow. Get ready darling. Because this daddy want to meet his baby tomorrow."

[C] MR.PRESIDENT S1Where stories live. Discover now