Aku Aiman Alisya binti Aiman Aizat. Pada pandangan korang aku ni lelaki ke perempuan? Opps... lupa pulak aku dah bagitahu nama penuh aku sekali... semestinya korang tahu aku ni perempuankan? Korang pun mesti pelikkan kenapa nama aku mula daripada 'Aiman'kan? Aku pun pelik jugak , pernah sekali aku menangis sebab kawan-kawan aku suka ejek nama aku masa darjah empat , kata mereka nama aku nama lelaki tapi aku ni kan perempuan jadi habis je sekolah hari tu aku terus balik rumah malu nak jumpa kawan-kawan aku lagi .Abang aku Aiman Iskandar yang jemput aku pada hari tu
"Lisya kenapa ni nangis jer cikgu marah ker tadi?"
Aku tidak menjawab bahkan aku tidak mengia mahupun menidakkan kata-kata abangku, bukan niat ingin kurang ajar namun aku masih terasa dengan kata-kata Fairuz tadi.
"Kau ni laki ker perempuan? Nama pun guna nama lelaki tak macam kawan-kawan kau yang lain. Nama diorang semua cantik dan manis disebut tak macam nama kau AIMAN ALISYA, teruknya sebutan dia."
Padaku kata-katanya merupakan satu penghinaan, tidak pernah walau sekali pun kawan-kawan aku menegur tentang namaku tetapi hari ini ... namaku menjadi bahan gurauan mereka hanya kerana dia. 'Arrggh....aku benci kau....' hatiku menjerit apabila aku terkenangkan gurauan kasarnya.
'Bangun semua...Selamat sejahtera Puan Amy.'
Ketua kelasku mengucapkan selamat pada guru kelas kami.Namun mata kami terlihat ke arah satu lembaga yang sedang menghampiri guru kami.
'Ini Fairuz Syafiz, dia merupakan murid baru kelas kita, dia akan duduk di sebelah kamu Aiman Alisya.'
'Baik cikgu.'
Aku mengangguk lalu mengiakan kata-kata Puan Amy.
Puan Amy memperkenalkan pelajar baru itu pada kami tetapi aku tidak senang dengan sikapnya yang tidak sopan padaku.
' Hah...kau ke Aiman Alisya.....hahahahaha...perempuan ke , aku ingat lelaki tadi.'
Katanya pada ku semasa Puan Amy menyuruhnya duduk di sebelah aku. Semua kawan-kawanku mentertawakan aku.Merah pendam mukaku menahan malu akibat teguran spontannya itu.
YOU ARE READING
MAMPU KU MILIKI
Short StoryNAMAKU AIMAN ALISYA... KELUARGAKU... CINTAKU... HIDUPKU... TELAH PERGI... JAUH MENINGGALKAN AKU... MAMPUKAH AKU... MEMILIKI BAHAGIA ITU???