🖤⛓ 、
chap 01 ; my bad day🕳🦔
Bagi yura,hari ini adalah hari yang paling terburuk baginya tatkala guru mata pelajaran Matematik menyerahkan kertas peperiksaan pertengahan tahun Matematik yang telah siap ditanda olehnya kepada para pelajar kelas 4-A2.Satu persatu rakan-rakannya berjalan ke meja saem minji apabila nama disebut...yura hanya meneliti wajah mereka dan semuanya berwajah gembira.
Dia mengenggam erat kedua-dua tangannya.matanya ditutup dengan rapat berdoa agar keputusan matematiknya memuaskan.
Apabila namanya disebut,entah mengapa jantungnya tiba-tiba berdegup dengan laju.hal ini kerana wajah saem minji yang tadinya gembira terus bertukar masam memandangnya..
"Awak pekak ke kwon yura?saya panggil nama awak kan?!!!"
Yura bergegas bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah meja saem minji.
Air liur ditelan banyak kali..semakin dilihat raut wajah saem,semakin kencang lah jantungnya berdegup.
"saya nak tanya awaklah...apa yang awak buat di rumah sewaktu minggu peperiksaan?"
Yura diam.tidak tahu mahu menjawab apa.
"kwon yura!!!!saya tanya awak ni!!!!awak buat apa di rumah waktu peperiksaan?!"
Bahu yura terhinjut akibat suara gurunya yang kuat itu.kini,semua rakan-rakan sekelas mula memandangnya..
"S..saya"
Tidak sempat menjawab apa-apa,saem minji terus potong percakapannya.
"saya apa?!!!tak study?!!! Seronok sangat ke duduk dekat rumah tu sampai tak ingat waktu belajar?!!!!awak tahu tak math awak dapat berapa?!!saya bersusah payah photostat latihan matematik untuk awak,ini yang awak beri?!!!!anak murid jenis apa awak ni?!!!!"
Kertas periksanya dicampak betul di hadapan muka yura sehingga terpapar markah tersebut.
"satu je saya nak cakap dengan awak.awak tak suka belajar matematik dengan saya kan?takpe saya tak kisah...apa yang saya nak mulai esok awak belajar mata pelajaran yang awak benci sangat tu di luar sorang2..dah awak boleh berambus!!!!"
Air matanya tidak dapat bertahan lama lalu mengalir membasahi pipi miliknya..
"tak payah nak beria sangatlah menangis apa bagai...kalau lulus dapat 100 peratus pun bolehlah juga menangisnya!!!!dah2 pergi dari sini...menyemak dekat meja orang je!!!"
Tanpa berkata apa-apa yura terus mengambil kertasnya lalu kembali menuju di tempat duduknya semula.
YOU ARE READING
math ; choi soobin
Fanfiction+×+ •투모로우바이투게더• [Completed] ❝right, we have a calculator. Why should we learn math?❞ 𝘤𝘩𝘰𝘪 𝘴𝘰𝘰𝘣𝘪𝘯 / 𝘴𝘰𝘰𝘣𝘪𝘯𝘛𝘟𝘛'𝘴 𝘍𝘢𝘯𝘧𝘪𝘤2020 @mashihoniee