€29

312 24 12
                                    


"Baik, baik. Saya faham."

Tutt

NamJoon, Taehyung dan Hoseok masih berdiam diri setia menanti kata-kata dari Tuan Pengetua mereka.

Wajah Tuan YoonGi kelihatan serabut dan letih. Mungkin stress sebab kerja bersertakan hal keselematan pelajar yang semakin tidak terkawal.

"Aku tak tahu lah siapa dalang disebalik kematian pelajar-pelajar sekolah ni. Dah 4 orang budak mati kena bunuh dengan kejam." luahan Tuan YoonGi kedengaran begitu kecewa dengan kejadian kes pelajar sekolah itu.

Naik runsing apabila wartawan mula menyerang sekolah itu secara mengejut dan kes pembunuhan sudah dibawa ke kes polis dan mahkamah.

"Tuan, saya tak rasa pelaku ni orang biasa. Sebab berdasarkan maklumat bukti yang dikumpulkan, macam orang psikopat pun ada." jelas NamJoon.

Tuan YoonGi berpaling menghadap mereka bertiga. Huh, penjelasan yang sama juga dengan polis nyatakan. Budak 18 tahun, apa lah yang tahu sangat. Lelaki itu mengeluh berat.

Prestasi sekolah, semestinya menurun. Ditambah lagi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjadi mangsa apabila ibubapa pelajar-pelajar menghantar beribu mesej tanyakan keadaan anak-anak mereka di sekolah.

"Aku rasakan Joon, aku tahu dengan siapa kita boleh soal siasat." celah Hoseok membuatkan tiga pasang mata memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan suspen.

"Macam mana doc, kandungan isteri saya?"

Jimin terlebih dahulu bersuara setelah beberapa minit kami bertiga berdiam diri. Aku mengenggam tangan suamiku erat. Masih berdebar menanti keputusan dari dua ulas bibir doktor perempuan itu.

Hari ini Jimin membawa aku pergi check-up memandangkan usia kandungan ini hampir menginjak 5 bulan. Aku hairan, dah 5 bulan, tapi perut aku tak sebesar mana yang ku sangka.

Bak kata suamiku, "Lain orang lain saiznya. Tengok mak dia lah. Badan pun kecik nak expect perut besar." nasib baik sayang, kalau tak dah selamat kena makan penumbuk aku.

"Tahniah Tuan, Puan. Dengan result yang saya tengok, sihat baby ni. Pandai ibunya jaga kesihatan." ujar doktor perempuan itu dengan senyuman manis lagi.

"Lepas ni, puan tak perlu dah angkat benda berat atau buat kerja yang berat-berat. Sebab, baby ni makin besar, takut kalau buat kerja berat, kaki puan akan bengkak dan boleh tercedera dalaman."

Nasihatnya dengan lembut, tak lupa juga bersama senyuman manisnya. Aku mengangguk dan membalas senyuman.

"Ha, dengar tu sayang. Abang dah cakap, tak payah buat kerja rumah. Degil. Abang nak carikan bibik, sayang tak mahu. Maaf lah ye doc. Isteri saya ni rajin orangnya. Tapi susah juga kalau terlebih rajin, kalau boleh dia nak mesen rumput kat laman sebelah rumah kami." bebel Jimin.

Doktor itu ketawa kecil saat melihat aku dimarahi seperti anak kecil. Kepalaku diusap lembut. Haih, ini yang aku lemah bila Jimin layan aku dengan manja.

"Okay abang. Lepas ni saya duduk dalam almari je. Senang." aku mengulingkan mata. Geram barangkali dengannya.

"Terima kasih doktor! Jumpa lagi! Babai!" aku segera mempamit kemudian berlalu keluar dari bilik itu. Jimin mengejar langkahku.

"Yah! Sayang, tunggulah abang!"

Muahahaha, tadi bukan main seronok kutuk aku depan doktor tadi. Sudah tentu aku marah sebab dia kata ada bini terlebih rajin pun susah. Huh! Lepas ni aku tak nak masak untuk dia dah.

Eyes For You | 지민¹Where stories live. Discover now